Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA 2019

 

Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA 2019 terbuka kepada lepasan SPM yang berumur 18 hingga 25 tahun. Ramai yang masih belum mengetahui peluang pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat hebahan IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM di dalam media sosial, dengan menyediakan 1515 kekosongan latihan bertaraf sijil dan diploma.

Pecahan kekosongan latihan adalah seperti berikut:

  • Kekosongan latihan bertaraf sijil: 150
  • Kokosongan latihan bertaraf diploma : 1365

 

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
==========================================

LATIHAN SEPARA PERUBATAN
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

Maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui :
http://www.spa.gov.my/…/deskripsi-…/latihan-separa-perubatan

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Julai 2019 (Ahad) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila mohon melalui Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

 

 

Syarat kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

 

  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

Syarat kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

 

  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Tempoh Latihan separa perubatan bertaraf Diploma adalah selama 3 tahun dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

Berikut merupakan 10 latihan separa perubatan bertaraf diploma:

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Juruterapi Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan PEnolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

 

[Baca juga] Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Manakala, Tempoh Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil  adalah selama 2 tahun 6 bulan dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

Berikut merupakan 2 latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Mohon segera. Semoga berjaya

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *