Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan

Adakah anda dipanggil untuk menghadiri Peperiksaan Latihan Separa Perubatan? Jika ya, Tahniah kerana anda terpilih. Berikut ingin saya kongsikan contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Rujukan ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada calon Latihan Separa Perubatan bagi menghadapi peperiksaan online Latihan Separa Perubatan.

Peperiksaan online Separa Perubatan ini akan dilakukan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat seperti mana yang telah dijadualkan oleh pihak SPA. Latihan Separa Perubatan ini terbahagi kepada 2 iaitu Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan lagi satu Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil.

Untuk melayakkan diri anda mengikuti Latihan Separa Perubatan ini, para calon perlu lulus peperiksaan online yang merangkumi soalan Pengetahuan Am dan ujian Psikometrik serta Temuduga Separa Perubatan.

LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Tempoh Latihan separa perubatan bertaraf Diploma adalah selama 3 tahun dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Berikut merupakan 10 latihan separa perubatan bertaraf diploma:

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Juruterapi Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan PEnolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Manakala, Tempoh Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil  adalah selama 2 tahun 6 bulan dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Berikut merupakan 2 latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

PEPERIKSAAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Untuk melayakkan diri mengikuti Latihan Separa perubatan ini, calon perlulah lulus di peringkat peperiksaan Separa Perubatan dan Temuduga Separa Perubatan.

Format bagi peperiksaan online Separa Perubatan merangkumi 3 bahagian iaitu:

  • Bahagian A : Pengetahuan Am Separa Perubatan
  • Bahagian B : Ujian Psikologi Separa Perubatan
  • Bahagian C : Kefahaman Bahasa Inggeris ( Terbaru 2019)

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM SEPARA PERUBATAN

Berikut merupakan contoh soalan pengetahuan Am bagi peperiksaan Latihan Separa Perubatan.

Boleh download dan baca contoh soalan yang terdapat dalam dokumen tersebut.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Calon peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang tengah mencari contoh soalan, panduan dan rujukan boleh dapatkan panduan lengkap peperiksaan Latihan Separa Perubatan ini bagi membantu anda membuat persediaan sebelum peperiksaan.

Panduan ini mengandungi format peperiksaan latihan separa perubatan ,skop kerja berkaitan dengan separa perubatan, huraian ringkas jawatan dan contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan

p/s: Tempahan jualan panduan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan adalah secara berkuota dan terhad. Sila dapatkan panduan ini dengan segera.

 

Klik sini dan join channel telegram Khas calon bagi Latihan Separa Perubatan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *