Tips Jawab Soalan Psikometrik SPA

Tips jawab soalan psikometrik SPA : Ramai calon yang tertanya-tanya cara untuk menjawab soalan psikometrik yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini.

Ujian psikometrik ini adalah tapisan terakhir sebelum calon layak untuk ditemuduga bagi jawatan yang dipohon. Dalam kata lain, jika anda memang nak masuk ke kerjaya kerajaan, memang kena paham dan tahu bagaimana nak lulus tapisan ini.

 

Baca juga: [+] Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA

 

Apa itu Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik ini bertujuan  untuk menilai dan mengukur tahap psikologi , kepimpinan, sahsiah diri, cara berfikir, kebolehan bersosial dan berkomunikasi, kerjasama, kestabilan emosi dan beberapa kriteria yang lain.

Secara ringkasnya, ujian psikometrik ini merupakan hasil refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Ianya untuk melihat kecenderungan anda samada ke arah positif atau kearah negatif. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran anda ianya di nilai dalam ujian ini.

Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing.

Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Ianya sesuatu yang bagus untuk pastikan yang betul-betul layak sahaja terpilih. Tapi agak malang untuk yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal anda layak untuk lulus.

Alhamdulillah ramai yang berjaya dan menunggu sesi temuduga.

Ujian Psikometrik ni sebenarnya tak sesusah yang disangka.

Calon hanya perlu tahu beberapa perkara yang sepatutnya.

Seharusnya, yang paling penting, aura positif yang perlu menguasai diri anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

 

Cara jawab soalan Psikometrik Yang betul

Untuk menjawab soalan psikometrik ini, anda perlu bijak mengurus masa. Respon calon daripada ujian yang lepas mendapati ramai calon gagal dalam ujian ini kerana masa yang diberikan tidak mencukupi untuk jawab soalan yang diberikan. Sebenarnya untuk jawab ujian ini, anda tidak perlu berfikir panjang. Dengan kata mudah “Jawab secepat mungkin, tidak perlu berfikir panjang dan yang paling penting jawab semua soalan yang diberikan “.

Yang paling utama anda perlu sentiasa ada kosistensi ketika menjawab soalan.

 

Cuba anda bayangkan situasinya begini;

[SOALAN 1] Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain

[SOALAN 23] Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul , biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan

[SOALAN 57] Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya

[SOALAN 78] Saya tidak suka pandangan saya ditolak

 

Daripada situasi di atas, soalan ini mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi menilai  sifat mementingkan diri sendiri. Jadi calon perlu sentiasa konsisten dalam menjawab soalan yang diberikan bagi membolehkan kita dapat menonjolkan aura yang positif dari dalam diri .

Key paling penting adalah “Sembunyikan KELEMAHAN dan tonjolkan KELEBIHAN”.

Senang tak? Kena faham, ujian ini mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan personaliti.

[Baca juga] Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Anda boleh cuba dahulu menjawab soalan berikut sebagai latih tubi untuk anda.

1. Saya tidak mahu mengambil risiko, kerana bimbang kegagalan.
A. Setuju
B. Tidak setuju

2. Perkara yang kurang diterima ialah
A.Hidup seperti biasa
B. Hidup tanpa arah tuju

3. Didalam interaksi sosial, saya rasa amat sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.
A. Wajar
B. Tidak wajar

4.Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau pertolongan orang lain.
A. Betul
B. Salah

5. Jika orang tidak menghormati saya, saya juga tidak akan menghormatinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar

6. Saya rasa amat gembira apabila bersama dengan rakan
A. Ya
B. Bukan

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Rawak
B. Teliti

8. Saya kurang berkeyakinan mencuba sesuatu yang baru kerana bimbang tidak dapat hasil yang memberangsangkan
A. Wajar
B. Tidak wajar

9. Apabila saya nampak kawan saya mendapat pencapaian yang baik, saya berusaha mencontohinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar

10. Marah adalah emosi negatif, yang boleh menimbulkan masalah teruk jika tidak dikawal.
A. Betul
B. Salah

11.Jika kita berbuat baik kepada seseorang, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti

12.Walaupun dimana sahaja saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti

13. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi suatu masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

14. Saya tidak suka sekiranya pandangan saya ditolak
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar

15. Saya kurang berani untuk memberi pendapat semasa mesyuarat.
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar

Daripada beberapa contoh soalan ujian psikometrik di atas, hanya calon- calon yang cenderung ke arah positif sahaja yang lebih menonjol dan terpilih untuk hadir ke sesi temuduga kerja kerajaan.

Jadi, macam mana untuk lulus ujian psikometrik ini? Susah ke?

Tak susah. Yang penting, perlukan banyak latihan atau latih tubi dengan soalan- soalan yang mungkin akan ditanya semasa sesi ujian psikometrik. Perlu ada panduan khas untuk mantapkan lagi pemahaman mengenai soalan yang akan ditanya sesama sesi ujian psikometrik.

 

Panduan Lengkap Ujian Psikometrik

Ingin lebih banyak lagi soalan latih tubi? Kami bersama-sama dengan Tim Infokerjaya sudah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu dalam panduan lengkap Psikometrik ini.
Apa yang terkandung dalam panduan ini :
  • tip jawab soalan
  • contoh soalan
  • cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Tim Infokerjaya dah bantu calon sejak tahun 2008/09. Kita ada pengalaman ini dan pengalaman bagaimana untuk calon lulus ada dalam pengetahuan pengalaman ini.

Ribuan calon dah lulus dan kini masa untuk anda pula! Rujukan PSIKOMETRIK ini khusus untuk ujian tahun ini dan khusus untuk anda

Kesemua calon yang lulus ujian Psikometrik di atas menggunakan Panduan Lengkap Psikometrik sebagai rujukan utama mereka bagi membuat persediaan menghadapi ujian psikometrik ini.

Jika anda adalah calon bagi ujian Psikometrik ini, sila dapatkan segera rujukan lengkap ini.

Semoga berjaya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *