Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA

CONTOH SOALAN MATEMATIK PSIKOMETRIK SPA

Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA

Ujian Psikometrik bertujuan untuk menguji calon dari segi personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum layak dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Berikut merupakan antara contoh soalan Matematik Psikometrik SPA yang boleh dijadikan rujukan untuk calon bagi buat persediaan awal.

Untuk pengetahuan anda, Ujian Psikometrik SPA ini hampir di jadikan peringkat ‘wajib’ bagi penilaian calon untuk kemasukan kerja kerajaan bagi semua jawatan.Tujuannya tidak lain, bagi menilai personaliti calon, dan juga dijadikan sebagai tapisan calon bg peringkat seterusnya.

Ia merupakan peringkat yang perlu dijawab oleh calon didalam peperiksaan Pegawai Sains, Pembantu Operasi N11, Pembantu Tadbir, Penolong Pegawai Anti Dadah, Pembantu Awam dan pelbagai jawatan lain.

Ujian Psikometrik SPA akan digunakan untuk menapis calon-calon yang layak sahaja untuk menyandang jawatan yang dipohon.

 

Apa itu Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menilai dan mengukur tahap psikologi seseorang calon. Jika sebelum ini ujian psikometrik ini dinamakan sebagai penilaian sahsiah dan minat.

Melalui ujian psikometrik ini, calon – calon dapat dinilai dari segi tahap kepimpinan, sahsiah diri, cara berfikir, kebolehan bersosial dan berkomunikasi, kerjasama, kestabilan emosi dan beberapa kriteria yang lain.

Rujukan Ujian Psikometrik

Rujukan Ujian Psikometrik yang kami keluarkan ini tidak spesifik kepada Jawatan tertentu sahaja. Bahkan , ianya panduan ujian psiometrik yang sesuai untuk semua jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam yang melibatkan penilaian psikometrik SPA.

Kami sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan ini dan jadikan ia sebagai rujukan tambahan yang lengkap dengan koleksi soalan latih tubi beserta huraian jawapan.

Kami juga telah mengumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu dan perlu tahu untuk ujian psikometrik dalam panduan Psikometrik ini. Dengan adanya rujukan ini, pasti anda akan beberapa langkah ke depan berbanding calon lain.

preview copy dan rujukan psikometrik terkini
Dalam rujukan psikometrik, terdapat 200 contoh soalan psikometrik lengkap dengan jawapan beserta HURAIAN JAWAPAN sebagai bahan ulangkaji bagi bantu anda buat persediaan sebelum ujian psikometrik sebenar
Klik SINI untuk Rujukan Lengkap

Rujukan Psikometrik ini mengandungi:
☑ 200 Contoh soalan dan jawapan sebagai gambaran awal bentuk soalan yang bakal ditanya.
☑ HURAIAN JAWAPAN. Kita berikan huraian kepada setiap jawapan yang diberikan. Jadi akan mudahkan kefahaman calon bagi ‘trick‘ soalan yang dikemukakan.
☑ Tips jawab soalan
☑ Cara jawab soalan supaya tak tersasar
☑ Apa yang bakal mengGAGALkan PSIKOMETRIK anda
☑ BONUS 50 Contoh Soalan Matematik

Nak Preview Copy Rujukan Psikometrik? Sila klik sini

contoh soalan dan rujukan psikometrik
tempah sekarang

Apakah format ujian Psikometrik

Tiada format tetap bagi soalan ujian psikometrik ini dan terdapat kepelbagaian pilihan jawapan. Jawapan yang diberikan samada terdiri daripada 2 pilihan jawapan (ya atau tidak) , 3 pilihan jawapan (betul, salah, tidak pasti) , 4 pilihan jawapan atau 5 pilihan jawapan.Wow, macam-macam bentuk jawapan yang diperlukan.

Sebenarnya, jawapan yang diberikan oleh calon sedikit sebanyak dapat menggambarkan personaliti diri, minat dan  kecenderungan samada ke arah positif ataupun negatif.

Contoh Soalan Matematik Psikometrik & Jawapan

Soalan berikut merupakan contoh soalan Matematik Psikometrik SPA yang boleh anda cuba menjawab. Ianya bukan soalan ramalan.

Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA

Berikut merupakan contoh soalan yang boleh anda jadikan sebagai bahan untuk latih tubi bagi ujian psikometrik.

1 . Dalam turutan nombor 3,4,6,9,…. apakah nombor ke 8?

A. 24

B. 27

C. 29

D. 31

Jawapan : D

2 . Zainab membeli meja makan dengan harga Rm7800.Potongan sebanyak 6% kerana Zainab membeli dengan menggunakan kupon diskaun. Berapakah harga meja makan selepas menggunakan kupon diskaun?

A. rm7440

B. RM7120

C. RM7332

D. RM7540

Jawapan : C

3 . Ramlah memerlukan 0.5m tali untuk ikat 1 kotak. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk ikat 200 kotak?

A. 60m

B. 80m

C. 100m

D.120m

Jawapan : C

4 . Dalam sebuah kelas terdapat 40 murid. 10 % telah mendapat penyakit tangan , kaki dan mulut. 10% daripadanya demam dan selebihnya sihat.Berapakah jumlah murid yang sihat?

A.20

B.24

C. 28

D. 32

Jawapan : D

5 . Dalam sebuah majlis makan malam terdapat mempunyai 120 orang yang hadir. 55% adalah wanita dan 10% daripadanya adalah kanak-kanak. Selebihnya adalah lelaki. Berapakah golongan lelaki yang hadir ke majlis tersebut?

A.30 orang

B. 35 orang

C . 42 orang

D. 49 orang

Jawapan : C

6 . Selesaikan, 3 jam 30 minit – 55 minit =

A. 1 jam 20 minit

B. 1 jam 35 minit

C. 1 jam 40 minit

D 1 jam 55 minit

Jawapan : B

7 . Sekiranya harga 1 kilogram gula kasar meningkat daripada RM2.60 kepada RM3.20, berapakah peratus peningkatan harga gula kasar tersebut?

A . 22.42%

B . 23.08%

C . 23.15%

D . 24.03%

Jawapan : B

8 . Aiman ada seorang abang dan seorang adik perempuan. Berat adalah 26kg. Berat adiknya separuh dari berat Aiman . Manakala berat abangnya 3 kali ganda daripada berat adik perempuannya. Berapakah berat abangnya.

A. 34kg

B.37kg

C. 39kg

D.42kg

Jawapan : C

9 . Hitungkan : 122 x (6+4-2) ÷ 2=

A. 312

B. 380

C. 450

D. 488

Jawapan : D

10 . Nana mencatat skor 84,90,84 dan 82 dalam empat kertas Ujian Akhir tahun. Berapakah markah yang harus dia capai dalam kertas kelima untuk mendapatkan purata markah 85?

A . 78

B. 85

C. 87

D. 89

Jawapan : B

11 . Saiful telah membeli 8 biji durian dengan harga RM168. Berapakah harga purata sebiji durian tersebut?

A. RM20

B. RM21

C. RM22

D. RM23

Jawapan : B

12 . Di antara berikut yang manakah nilai paling kecil?

A. 4/20

B. 0.002

C.23%

D. 6/50

Jawapan : B

13 . Ali telah membeli 2 kotak air milo untuk dikongsikan bersama-sama  4 orang rakannya. Setiap kotak mengandungi 1 liter air. Berapa liter untuk dibahagikan sama rata antara mereka?

A. 0.25L

B. 0.3L

C. 0.4L

D 0.5L

Jawapan : C

Pastikan anda cuba menjawab soalan di atas terlebih dahulu kemudian bandingkan jawapan anda dengan jawapan yang disediakan.

Tips Jawab Soalan dan Koleksi Soalan Psikometrik [KLIK SINI]

Jemput join group Telegram khas Ujian Psikometrik untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut

Bantu diri anda untuk berjaya dengan menonjolkan aura positif anda berbanding dengan calon- calon peperiksaan jawatan kerajaan yang lain.

Sila perbanyakkan latihan tubi dengan bantuan panduan ujian Psikometrik ini. Sila buat tempahan segera. Semoga berjaya.

Berikut merupakan kriteria penilaian Ujian Psikometrik ini

Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.

Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.

Manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Apa kata mereka yang telah dapatkan rujukan psikometrik ini.

Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan Rujukan Psikometrik bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji .

testimoni rujukan

Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum ujian dijalankan.

Jangan berlengah lagi. Jom dapatkan Rujukan Psikometrik ini.

Rujukan Psikometrik [KLIK]

Semoga bermanfaat.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment