Pengalaman Temuduga Jurutera J41
Tahniah kepada semua calon yang telah berjaya dipanggil untuk ke sesi temuduga Jurutera. Mesti anda sedang tercari cari bahan rujukan untuk buat persediaan sebelum menghadiri temuduga ini.
Bagi yang sedang mencari rujukan temuduga, saya sangat mengesyorkan anda dapatkan Rujukan Lengkap Temuduga Kerja Kerajaan ini.
Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan sekali lagi pengalaman temuduga Jurutera yang pernah dikongsikan oleh Cik Najwa, calon yang telah menghadiri temuduga tersebut.
Tahniah di ucapkan kepada Cik Najwa kerana beliau telah berjaya dalam sesi temuduga ini dan telah menjawat jawatan Jurutera J41 di KKR.
Diharap perkongsian pengalaman temuduga Jurutera dapat memberi gambaran dan bermanfaat kepada semua calon.
Artikel berkaitan:
[+] Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera J41
[+] Contoh Soalan Psikometrik Jurutera J41
[+] Contoh Soalan Temuduga Jurutera J41
Persediaan Fail
Time ni memang aku search la jugak apa yang patut kita buat/bawa untuk pergi interview tapi tak banyak yang fokus on J41 dibawah pengambilan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Aku time ni pun clueless, KKR tu JKR ke? Kerja Kementerian tu macam mana etc etc.
Aku pun prepare jela resume and fail sijil based on org share macam mana diorang interview SPA.
Mula-mula sekali dekat muka depan aku letak nama and gambar aku, and tulis untuk jawatan apa.
Aku pun xde ambil gambar lupa laa dah lama. Kemudian letak kad pengenalan, sijil lahir dan dokumen-dokumen yang diorang nak. Sijil-sijil akademik susun dari yang tertinggi ke terendah maksudnya Degree-Diploma/Asasi/Matrix-SPM.
Kemudian baru sijil-sijil penglibatan dan penghargaan. Cara susun fail ni pun penting ye untuk tengok tahap ketersediaan kau untuk menghadiri interview.
Persediaan sebelum hadir temuduga terutamanya pengurusan fail boleh juga rujukan di Portal SPA[klik].
Datang Awal Ke Pusat Temuduga
Tibalah hari interview yang dinanti-nantikan. Cehhh. Walaupun tak berharap tapi tetap nervous to the max ye.
Hari tu memang dah amik cuti siap-siap. Walaupun dalam email tulis pukul 10.00 pagi, pukul 8 aku dah sampai kat perkarangan bangunan JPA, Putrajaya. Kononnya untuk prepare la sikit-sikit baca apa yang patut.
Lepas dah daftar sebagai pelawat terus naik ke Aras 6. Hari tu ramai jugak orang yang datang untuk temuduga tapi pelbagai jawatan la.
Sampai kat kaunter pendaftaran, kita daftar dan dia akan cek fail kita lengkap atau tak dokumen yang diperlukan.
Petugas akan bagi satu borang untuk diisi dan no giliran. Aku tengok woihh lepas ni aku terus nerves nya sedangkan turn aku pukul 10.00 pagi
Tengah dok isi borang tu nombor aku kena panggil. Disebabkan petugas tu kata kena siap isi borang sebelum masuk aku pun cepat-cepat la setelkan borang.
Aku sampai je depan pintu bilik temuduga tu, penemuduga dah buka pintu nak panggil aku, mungkin sebab aku tak masuk-masuk hahha.
This is a big NO okayy jangan biar interviewer yang panggil kau.
Ada dua orang penemuduga sorang dari Jabatan Kerja Raya dan sorang lagi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Kalau sempat sila la bertanya pada petugas siapa interviewer korang sebab selalu nya yang dari SPA ni berpangkat. Takdela elok dia Dato’ kau Encik kan je (MACAM AKU LA!!!).
Pemilihan Pakaian ketika Temuduga
Oh ye, bab pakaian untuk perempuan aku rasa lebih elok dan sopan kalau pakai baju kurung dan kasut bertutup.
Tak perlu pun untuk pakai blazer sebab baju kurung dah dikira pakain formal. Tudung pun shawl/bawal yang kemas dan sopan.
Janganlah dok pakai shawl mengirai-mengirai pulak. Mungkin boleh simpan style tu untuk hari yang lain.
Baju pun kalau boleh tidak mencolok mata dan kemas. Bunga tak terlalu besar dan warna tak terlalu terang.
Aku pakai baju kurung warna biru pastel je.
Untuk lelaki nampak smart la kalau pakai kemeja and slack and brownie point if ada blazer sekali.
Kalau ada nametag boleh pakai untuk menunjukkan ciri-ciri penjawat awam. Aku takde and tak sempat pun nak tempah.
Pengalaman Temuduga ; Sesi Soalan Jawab
Masuk je dalam bilik temuduga tu, first thing yang aku cakap adalah mintak maaf sebab masuk lambat.
Aku hulurkan fail sijil dan resume kepada penemuduga tu. Letak handbag kat tepi dan duduk kat kerusi. Aku duduk tegak jela tak bersandar sebab takut nampak macam tak sopan.
Soalan “Tell Me About Yourself” atau soalan berkaitan latarbelakang
So temuduga bermula dengan suruh cerita latar belakang. Ni memang soalan bocor kan. Make it simple and meaningful. Yang paling penting adalah confident. Disebabkan interviewer tu tanya dalam bahasa melayu,aku pun jawab dalam bahasa melayu. Lagipun bahasa pengantar kerajaan memang bahasa melayu pun.
Kenapa Nak Kerja Kerajaan?
Kemudian soalan bocor yang lain adalah kenapa nak kerja kerajaan? Boleh jujur tapi mesti ada counterback untuk jawapan kau, goreng-goreng la bagi nampak jawapan tu macam power sikit.
Soalan Berkaitan JKR dan beberapa Soalan Lain
Kemudian, masuk yang lebih spesifik, penemuduga tanya
– warna logo JKR,
– Siapa menteri dan timbalan menteri,
– Ketua pengarah kerja raya, misi dan agensi-agensi bawah KKR.
To be honest aku tak ingat pun walaupun ada baca, aku jawab mana yang tau and cakap maaf saya terlepas pandang mengenai info tersebut. Ah gitcheww. Yang sebenarnya aku terboleh confident pun ye jugak.
Muka interviewer pun very intimidating, tapi kau kena buat relaks dan jangan gelabah. Tu semua dia nak saiko kau je.
Penemuduga dari JKR akan tanya soalan teknikal sedikit sebanyak, dan apa yang buat dekat company lama. Aku jawab apa yang aku tahu dan mana yang aku tak tahu aku bagi la solution if aku kena buat bila masuk kerja. Dont simply answer tak tahu. Walaupun dia gelakkan jawapan kau muka kena buat tebal je okay. Hahah
Sanggup Ke Jika Dihantar Ke Tempat Kerja Jauh Contoh Sabah Sarawak?
Penemuduga SPA tanya takpe ke kalau aku kena hantar kerja jauh-jauh dahlah aku anak sulung, ayah dah takde.
Sanggup ke?
Disebabkan aku dah buat research yang memang jawatan kosong banyak di Cawangan area KL je so aku yakin yang takkan kena pergi negeri lain ahhaah.
Aku cakap je jika kerja mendesak aku redha jela untuk mencari rezeki tapi aku prefer if dapat yang dekat-dekat. Jujur jela nokss.
Tak banyak pun yang dia tanya and aku rasa sekejap sangat aku kat dalam tu. Sebelum pukul 10 aku dah habis.
Keluar je bilik interview tu aku macam hm takde nye lah dapat ni, memang diorang dah ada calon yang diorang nak.
Semua pakai kabel la tu. Kita yang takde kabel ni buat filler jela cukup quota interview. Tipikal! Hahaha.
Terima kasih juga kepada beliau kerana telah kongsikan pengalaman Temuduga Jurutera beliau di blog. Bacaan Penuh DISINI.
Kenapa Ramai Gagal Temuduga
- 90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya.
- Penampilan diri yang salah menyebabkan peserta temuduga gagal diterima.
- Over Confident salah satu faktor utama kegagalan calon yang telah menghadiri temuduga.
- Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.
- Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temuduga hilang idea bercakap di depan panel.
Soalan lazim ketika sesi temuduga beserta cadangan jawapan
Berikut merupakan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya ketika sesi temuduga. Ia boleh dijadikan panduan dan idea bagi menjawab soalan yang ditanya.
1.” Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?”
Calon boleh cuba jawab berdasarkan cadangan jawapan berikut.
Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan – rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam -macam lagi persediaan yang saya buat.
Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir sahaja, saya juga membuat persediaan dari segi mentaljuga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya.
Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya. Sebab itulah saya mesti menjadi yang terbaik”
macam tu la salah satu idea bagaimana untuk menjawab soalan temuduga seperti di atas.
2. ” Apakah kelemahan anda?”
Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya lakukan siap lebih awal.
Sejak di universiti lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan lebih awal sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan.
Tetapi, apabila kerja saya siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru.
Mungkin kelemahan saya ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan seharian.
3. Apa Kelebihan Anda Berbanding Calon Lain? Adakah Anda Rasa Yang Membuatkan Anda Lebih Layak Untuk Jawatan Ini ?
Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan dari orang lain.
4. “Memandangkan Anda Baru Sahaja Menamatkan Pengajian Beberapa Bulan Yang Lepas, Adakah Anda Mempunyai Pengalaman Bekerja?“
Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa membuat apapun.
Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wang tambahan di samping membantu keluarga menguruskan kedai runcit tersebut.
Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya, saya belajar bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun perniagaan, dan juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan.
Dari pekerjaan-pekerjaan berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang ramai, mengurus data dan sebagainya.
Jika sekarang anda sedang bekerja dan terpilih untuk menghadiri temuduga, berikut mungkin beberapa soalan yang anda bakal ditanya.
5. “Apa pandangan anda tentang majikan anda sekarang ini”
“Pada pandangan saya, majikan saya sebelum ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan selalu memberi tunjuk ajar. Beliau juga mengajar saya enti disiplin dalam bekerja”
6.” Mengapakah kamu tidak gembira dengan pekerjaan sebelum ini?”
Tidak. Saya begitu gembira dengan pekerjaan sebelum ini tetapi apabila wujudnya peluang seperti iniiaitu bidang yang saya nantikan selama ini, sudah tentu saya tidak akan melepakan peluang ini.
7. “Mengapakah anda kerap menukar kerja?”
Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran.
Ini adalah antara contoh soalan beserta jawapan yang kami sediakan dalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga.
Selain daripada itu, didalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga terdapat juga;
- 46 Soalan berkenaan Pengenalan Diri. Soalan-soalan jenis ini merupakan soalan panel temuduga bertanya untuk mengenali diri anda dengan lebih dekat lagi. Perkenalkan diri anda kepada mereka dengan lebih efektif.
- 17 Soalan tentang Kelayakan dan Pengalaman untuk rujukan anda sebelum hari temuduga tiba. Jadi, buangkan rasa risau anda jauh-jauh.
- 45 Soalan tentang Info Jawatan memadai untuk rujukan anda.Dalam temuduga kerja kerajaan, anda mesti tahu skop jawatan yang anda pohon.
- Dan banyak lagi soalan-soalan tentang Penyelesaian Masalah, Kenegaraan, Isu Semasa, Integriti dan Akhlak dan soalan-soalan berdasarkan Psikologi. Pasti himpunan soalan ini bakal mengurangkan kerisauan anda.
Anda bakal hadir ke temuduga dengan lebih tenang dan bersedia dengan bantuan rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga ini.
Contoh lain Soalan Temuduga Jurutera J41
Seterusnya, kita akan bincangkan beberapa Contoh Soalan Temuduga lagi. Secara umumnya, soalan yang lazim ditanya ketika sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek:
- Latarbelakang dan kelayakan calon
- Jawatan yang dipohon
- Dasar kerajaan
- Isu Semasa berkaitan dalam dan luar negara
Ketahui kementerian atau jabatan yang terlibat
Anda perlu dapatkan maklumat secara ringkas mengenai kementerian dan jabatan yang terlibat. Untuk jawatan Jurutera J41, bagi anda yang berjaya melepasi peringkat temuduga ini, anda akan diserapkan ke dalam Jabatan Penyiaran Malaysia dan juga jabatan yang berkaitan.
Untuk dapatkan info berkaitan kementerian dan jabatan yang berkaitan, anda boleh terus ke website rasmi kementerian dan jabatan tersebut. Di website rasmi ini anda juga boleh dapatkan info mengenai:
- Nama Menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat
- Ketua Pengarah dan Penolong Ketua Pengarah
- Fungsi jabatan dan institusi yang terlibat
- Visi , misi bagi setiap kementerian dan jabatan
Berikut merupakan contoh -contoh lain soalan temuduga Jurutera J41 yang mungkin di tanya semasa sesi temuduga.
- Ceritakan serba sedikit latar belakang anda
- Apakah kelayakan yang anda ada?
- Adakah anda rasa anda layak untuk memegang jawatan ini? Sila berikan alasan anda
- Kenapa mohon kerja jawatan?
- Apakah kelebihan yang anda ada supaya kami pilih anda memegang jawatan ini berbanding orang lain?
- Apakah kelemahan anda ?
- Adakah anda pernah bekerja? Ceritakan peranan anda di tempat kerja dahulu
- Tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa.Boleh anda jelaskan bagaimana anda akan mengatasinya jika anda berada dalam situasi ini
- Apakah perkara yang boleh meningkatkan motivasi diri anda?
- Apakah yang anda paham mengenai bidang tugas?
Anda digalakkan untuk dapatkan jawapan bagi soalan – soalan di atas.
Tips Menghadapi Temuduga Jurutera J41
Tips tambahan sebagai persediaan anda untuk menghadapi temuduga ialah berkaitan dengan penampilan.
Penampilan semasa sesi temuduga juga menyumbang kepada pemarkahan semasa sesi temuduga. Ini kerana penampilan yang baik dan bersesuaian semasa sesi temuduga menggambarkan anda telah bersedia untuk di temuduga.
Secara tidak langsung ia juga boleh meningkatkan keyakinanan diri anda secara sesi temuduga dijalankan.
Banyak lagi tips temuduga yang kami kongsikan dalam panduan khas temuduga bagi membantu calon buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga. Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga kerja kerajaan ini.
Rujukan Temuduga Jurutera J41
Untuk makluman anda, pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya telah mengeluarkan satu Panduan Khas Temuduga bagi membantu calon yang akan menghadapi sesi temuduga. Ianya merupakan bacaan tambahan dan kami sangat mengesyorkan semua calon temuduga untuk dapatkan rujukan ini.
Rujukan temuduga ini sesuai bagi semua calon temuduga jawatan kerajaan.
Pakej Lengkap Temuduga ini mengandungi:
- Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga
- Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
- Rahsia Penulisan Resume Temuduga
- Rahsia Penampilan Temuduga
- Rahsia Lebih 250 Soalan dan Jawapan Temuduga
Dipersilakan join group Telegram khas Temuduga untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut :
Apa Kata Mereka Yang Telah Berjaya Dengan Bantuan Panduan Temuduga
Berikut merupakan testimoni bagi mereka yang telah lulus sesi temuduga dan dapat menyandang jawatan yang di pohon dengan menjadikan Panduan Temuduga ini sebagai rujukan utama mereka.
Ingin Dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
semoga anda juga berjaya seperti mereka.
Baca juga : [+] 50 Contoh Soalan Temuduga Yang Biasa Ditanya Penemuduga