Contoh Soalan PSEE Jurutera J41 & Penolong Jurutera JA29
PSEE Jurutera J41 & Penolong Jurutera JA29| Tahniah sekiranya anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan online PSEE Jurutera J41 & Penolong Jurutera JA29 . Mesti anda sedanag tercari-cari maklumat bagi membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan ini. Di sini ingin kami kongsikan info bagi bantu calon-calon untuk menghadapi peperiksaan online ini.
Baca juga : [+] Contoh Soalan Temuduga Penolong Jurutera JA29
Skop Tugas PSEE Jurutera J41 & Penolong Jurutera JA29
Terlebih dahulu, calon-calon perlulah mengetahui serba ringkas skop tugas bagi setiap jawtan yang dipohon.
Rujukan Peperiksaan Jurutera J41 dan Penolong Jurutera JA29 [KLIK SINI]
Berdasarkan Portal SPA, skop tugas seorang Jurutera J41 adalah seperti berikut:
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.
Manakala, skop tugas seorang Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut
Penolong Jurutera JA29 bertanggungjawab :
mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Untuk menjawat jawatan ini, para calon perlulah lulus peperiksaan online PSEE Jurutera J41 & Penolong Jurutera nanti. Yang pasti, untuk lulus, calon-calon perlulah membuat persediaan yang rapi.
www.wasap.my/nak-contoh-soalan
Boleh juga terus join Telegram Khas Jurutera dan Penolong Jurutera JA29 di link berikut:
[+] https://t.me/Jurutera
Penerangan Format dan Contoh Soalan PSEE Jurutera J41 & Penolong Jurutera JA29
Untuk pengetahuan semua calon, peperiksaan online bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon , kemahiran mengaplikasi maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan pengalaman.
Berikut merupakan format peperiksaan online yang melibatkan 2 seksyen sahaja :
- Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik, IQ, Kefahaman).
Penerangan Format
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:
i) Kemahiran Logik
ii) Kemahiran menginterpretasi Data
iii) Konsep matematik
Masa : 20 minit
Soalan : 15 (aneka pilihan)
I) Kemahiran Logik
Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.
Contoh soalan seperti berikut:
- Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah

Jawapan : D
2. apakah simbol yang diwakili oleh S?

Jawapan : A
3. Apakah bentuk berikutnya?

Jawapan : C
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Penerangan Format
Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis
Contoh Soalan seperti berikut:
- Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A. 20 orang
B. 40 orang
C. 60 orang
D. 80 orang
Jawapan : B
Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40
iii) Konsep Matematik
Penerangan Format
Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif
Contoh Soalan seperti berikut:
1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000
Jawapan :B.
Teknik menjawab:
10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500
2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?

A. 64
B. 54
C. 49
D. 4
Jawapan : B
Teknik Menjawab:
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54
( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)
Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Format
Dalam bahagian ini calon – calon akan dibekalkan dengan satu petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.
Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.
Setiap Tahun Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan çun’, no problem!
3. Tak Terkejar! Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejai.
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Panduan Khas Peperiksaan PSEE Jurutera J41 & Penolong Jurutera JA29
Kami bersama-sama Tim Infokerjaya akan menerbitkan satu panduan Khas Peperiksaan Online PSEE Jurutera J41& Penolong Jurutera JA29 bagi membantu calon membuat persediaan sebelum peperiksaan berlangsung.


Panduan khas ini mengandungi
- Nota Pantas Jawatan dan penerangan format peperiksaan terkini
- Nota, formula Matematik, Contoh Soalan, Jawapan serta Jalan Kira
- Nota Bahasa Inggeris, Contoh Soalan & Jawapan
Rujukan dalam bentuk EBOOK yang dihantar ke email dengan pantas selepas tempahan disemak. TIADA buku dipos ke rumah.
Jika anda berminat untuk mendapatkan contoh soalan dan rujukan peperiksaan, sila whatsapp admin dengan tekan link dibawah.
[+] www.wasap.my/nak-contoh-soalan
Boleh juga terus join Telegram Khas Penolong Jurutera di link berikut untuk dapatkan contoh soalan:
[+] https://t.me/Jurutera
Kami bersama Tim Infokerjaya telah membantu lebih berpuluh ribu calon sejak tahun 2008 lagi.
Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan.




Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan dijalankan.
Jika ada sebarang pertanyaan ,boleh whatsapp admin dengan terus tekan link dibawah ye
www.wasap.my/nak-contoh-soalan
Jika anda merupakan calon peperiksaan Penolong Jurutera, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan panduan ini bagi bantu anda membuat persediaan yang sewajarnya.
Semoga bermanfaat. Selamat berjaya