Jadual Temuduga SPA Januari Hingga Februari 2020 | Sejak awal tahun 2020, banyak kementerian dan Jabatan Kerajaan yang melalukan sesi temuduga bagi calon yang telah melepasi Peperiksaan Online PSEE dan Ujian Psikometrik.
Adakah anda terlibat?
Semakan Panggilan Temuduga SPA
Bagi anda yang masih belum menyemak kelayakan anda untuk sesi temuduga SPA ini, boleh buat semakan di link berikut:
SEMAK KELAYAKAN TEMUDUGA SPA [KLIK SINI]
Tahniah kami ucapkan kepada anda yang layak ke sisi temuduga.Peluang ini haruslah dimanfaakan sebaik-baiknya. Buat persediaan yang rapi.
Anda adalah calon yang terpilih berbanding calon calon yang lain, kebanyakan mereka ramai yang gagal di peringkat tapisan pertama iaitu Peperiksaan PSEE lagi.
Berikut merupakan senarai Jawatan yang ditawarkan untuk sesi temuduga SPA sesi Januari hingga Februari 2020.
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 ( Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Pengurusan Stor) (Kementerian Kesihatan Malaysia)
- Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 ( Jabatan Pengangkutan Jalan)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Tesl)
- Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
- Pembantu Tadbir (Kewangan ) W19
- Penolong Pegawai SeniBina JA29
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
- Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 (Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- Pembantu Kemahiran Gred H19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) N19
- Pembantu Operasi N11
- Latihan Jururawat Masyarakat (PSL) Sesi Julai 2020 (Sarawak) Kementeriaan Kesihatan Malaysia
- Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ( Jabatan Pendaftaran Negara)
Jawatan-jawatan yang disenaraikan di atas merupakan jawatan yang mempunyai permintaan tinggi dalam mana-mana Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan. Untuk merebut jawatan yang ditawarkan, anda yang berminat haruslah membuat permohonan dengan mengisi borang secara online di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Tips temuduga ringkas untuk kerja kerajaan
Secara amnya, temuduga kerja kerajaan adalah tapisan akhir dilakukan untuk memilih calon-calon yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.Secara ringkas,persediaan hendaklah dilakukan untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan tersebut.
1. Sediakan dokumen lengkap akademik dan sijil ko-kurikulum.Seeloknya dibawa dalam fail lutsinar yang mudah dibawa dan dilihat oleh panel temuduga. Susunan adalah mengikut turutan pendidikan anda yang paling tinggi kepada pendidikan yang terendah.
2. Pakaian ke sesi temuduga jangan terlalu menonjol. Bagi calon lelaki, pilih warna baju yang sesuai dan sepadan dengan seluar dan tali leher. Pakai kasut berwarna hitam dan berstokin. Bagi calon wanita, pilih tudung yang sesuai dengan baju kurung yang dipakai. Pakai kasut bertumit rendah.
3. Rambut hendaklah kemas dan dipotong pendek bagi calon lelaki. Bagi calon wanita, pakai tudung yang biasa dan tidak terlalu bergaya. Jika tidak bertudung, sikat rambut dengan kemas.
4. Pastikan kuku dipotong bersih dan kemas.
5. Tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup supaya anda segar dan tidak lesu sekaligus anda boleh bangun awal untuk ke lokasi temuduga.
6. Datang temuduga awal 1 jam dari waktu yang diberikan. Anda boleh ambil masa ini untuk membetulkan penampilan diri dan mempersiapkan diri untuk masuk ke bilik temuduga.
5 Sebab Utama Kegagalan!
Ini adalah fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon penemuduga!
1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!
2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!
4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.
5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
>>Klik Sini untuk Soalan dan Jawapan bagi Persediaan Pantas Temuduga<<
Sudah pasti anda tertanya-tanya apakah persediaan untuk menghadapi soalan-soalan temuduga SPA dan bagaimanakah untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan?
Bagi menjimatkan masa dan membuat persediaan pantas anda, anda boleh terus rujuk Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.