30 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan Terkini
Keputusan peperiksaan online Separa Perubatan sudah diumumkan oleh SPA beberapa hari yang lepas. Calon-calon yang sudah berjaya melepasi tapisan pertama perlu membuat persediaan untuk menghadapi tapisan kedua iaitu temuduga Separa Perubatan.

Sebanyak 30 soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang kerap ditanya dikumpul dan dihimpunkan sebagai panduan calon-calon temuduga untuk dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi tapisan temuduga.
1. Perkenalkan diri dan latarbelakang anda secara ringkas dan padat.
2. Semasa di sekolah dan di kolej, apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai?
3. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Separa Perubatan.
4. Menurut kelulusan anda, adakah anda memiliki kesemua kelayakan yang digariskan oleh SPA?
5. Beri 3 ciri-ciri yang digariskan untuk memasuki latihan Separa Perubatan?
6. Jika anda dilantik menjadi jururawat, bagaimana anda melayan karenah pesakit yang berbeza usia?
7. Beri 3 bidang dalam latihan Separa Perubatan yang anda mahir tentangnya.
8. Namakan 3 kolej latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
9. Apakah 3 perbezaan di antara hospital dan klinik?
10. berikan 3 keistimewaan Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan semasa era kepimpinan Perdana Menteri ke 6.
11. Bagaimana demam Malaria menjangkiti manusia dan terangkan 3 kaedah mudah untuk mencegahnya?
12. Siapakah nama Menteri Kesihatan di Malaysia yang terbaru?
13. Bagaimana pula dengan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini?
14. Air yang tercemar mendatangkan pelbagai penyakit, berikan 3 contoh penyakit tersebut.
15. Namakan 3 kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
16. Paras gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apa?
17. Namakan 3 jabatan yang ada di hospital kerajaan.
18. Ada 2 syif kerja di hospital kerajaan, mahukah anda bekerja dalam situasi tersebut?
19. Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
20. Ceritakan misi dan visi bagi KKM.
21. Jelaskan 3 peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
22. Apa yang anda faham mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
23. Apakah 3 kelebihan diri anda jika dibandingkan dengan calon-calon Separa Perubatan yang lain?
24. Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
25. Berikan 3 cara anda meningkatkan keyakinan diri anda.
26. Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan dengan kerjaya lain?
27. Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan perubatan di Malaysia?
28. Berikan 3 cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di Malaysia.
29. Jika anda seorang mekanik, apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum membaiki kerosakan pada kenderaan?
30. Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?
10 Latihan Perubatan Bertaraf Diploma
Tempoh Latihan separa perubatan bertaraf Diploma adalah selama 3 tahun dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
Berikut merupakan 10 latihan separa perubatan bertaraf diploma:
- Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Jururawat
- Latihan Juruterapi Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
3 Latihan Perubatan Bertaraf Sijil
Manakala, Tempoh Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil adalah selama 2 tahun 6 bulan dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
Berikut merupakan 3 latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Jururawat Masyarakat
Anda bakal menghadapi temuduga Separa Perubatan U29 tidak lama lagi? Rujukan berikut boleh membantu anda buat persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut.
Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Diploma dan Sijil
Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga anda. Kemungkinan anda tidak dipanggil lagi selepas ini? Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga kali ini.
Jadi komponen Simulasi Temuduga ini anda boleh gunakan untuk persediaan temuduga anda tahun ini untuk semua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rujukan ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini. Jadi anda bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan anda
Itu adalah contoh soalan temuduga yang boleh anda gunakan untuk latihan sebelum menghadiri temuduga sebenar Separa Perubatan. Anda juga harus mendapatkan ebook Contoh Soalan Dan Teknik Menjawab Soalan Temuduga Separa Perubatan supaya anda dapat membuat persediaan yang secukupnya.
Baca juga [+] Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan