Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan

Adakah anda dipanggil untuk menghadiri Peperiksaan Latihan Separa Perubatan? Jika ya, Tahniah kerana anda terpilih. Berikut ingin saya kongsikan contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Rujukan ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada calon untuk buat persediaan rapi sebelum peperiksaan.

Peperiksaan online Separa Perubatan ini akan dilakukan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat seperti mana yang telah dijadualkan oleh pihak SPA. Latihan ini terbahagi kepada 2 iaitu Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan lagi satu Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil.

Untuk melayakkan diri anda mengikuti Latihan Separa Perubatan ini, para calon perlu lulus peperiksaan online yang merangkumi soalan Pengetahuan Am dan ujian Psikometrik serta Temuduga .

LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Tempoh Latihan separa perubatan bertaraf Diploma adalah selama 3 tahun dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Berikut merupakan 10 latihan separa perubatan bertaraf diploma:

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Juruterapi Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan PEnolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Manakala, Tempoh Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil  adalah selama 2 tahun 6 bulan dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Berikut merupakan 2 latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Setiap Tahun Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan çun’, no problem!
3. Tak Terkejar!
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejai.

4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

 

Sebab itu calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai panduan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Jika calon ingin dapatkan contoh soalan , sila tekan link whatsapp berikut. Kami sedang tunggu anda untuk kami bantu.

www.wasap.my/nak-contoh-soalan

PEPERIKSAAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Untuk melayakkan diri mengikuti Latihan ini, calon perlulah lulus di peringkat peperiksaan  dan Temuduga Separa Perubatan.

Format bagi peperiksaan online Separa Perubatan merangkumi 3 bahagian iaitu:

  • Bahagian A : Pengetahuan Am
  • Bahagian B : Kefahaman Bahasa Inggeris ( Terbaru 2019)

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Berikut merupakan contoh soalan pengetahuan Am bagi peperiksaan Latihan Separa Perubatan.

1 . Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam

i. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
ii. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30
minit.
iii. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit
sepanjang 15 minit.
iv. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk
minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

 

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

 

2 . Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A. Bila anda berasa penat

B. Bila anda sudah bosan

C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa

D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

 

3 . Pilih kenyataan yang SALAH mengenai senaman

 

A. Untuk penghidap tekanan darah tinggi, berhenti bersenam jika berasa sakit dada, sukar bernafas dan pening.
B. Teruskan senaman seperti biasa walau pun rasa sakit melanda kerana ianya hanya seketika sahaja.
C. Bagi penghidap diabetes, pakai kasut sarung yang selesa untuk elakkan
kecederaan di kaki.
D. Jika anda seorang yang obes, kurangkan gerakan agresif yang boleh
mencederakan otot.
4. Pendermaan organ ialah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas kematian. Organ –organ yang boleh didermakan ialah:

i. Peparu

ii. Pankreas

iii . Buah pinggang

iv.Hati

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D.I, II, III dan IV

 

5 . Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan

A. Makanan dimasak tidak sedap

B. Makanan dimasak oleh warga asing

C. Makanan tidak dimasak dengan baik

D.Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

 

6. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening

B. Sakit kepala

Muntah-muntah

Berpeluh/demam

 

7. Berikut merupakan fungsi unit psikologi dan kaunseling KECUALI

A. melaksanakan program –program pembangunan modal insan di kalangan penjawat awam di hospital
B. Program pembangunan insan turut dibuka kepada penjawat swasta
C. menjalankan sesi Klinik Kaunseling/ Intervensi ke atas klien yang dirujuk/ sukarela (walk in)
D. Intervensi yang dijalankan bertujuan untuk membantu penyelesaian isu dan konflik yang dihadapi

.

Baca juga [+] Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19

PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Calon peperiksaan  yang tengah mencari contoh soalan, panduan dan rujukan boleh dapatkan panduan lengkap peperiksaan  ini bagi membantu anda membuat persediaan sebelum peperiksaan.

Panduan ini mengandungi format peperiksaan  ,skop kerja berkaitan dengan separa perubatan, huraian ringkas jawatan dan contoh soalan peperiksaan .

Contoh Soalan Separa Perubatan

p/s: Tempahan jualan panduan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan adalah secara berkuota dan terhad. Sila dapatkan panduan ini dengan segera.

 

Klik sini dan join channel telegram Khas .

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *