50 Contoh Soalan Temuduga SPA Yang Biasa Ditanya

50 Contoh Soalan Temuduga SPA Yang Biasa Ditanya penemuduga

Anda sedang membuat persediaan untuk sesi temuduga SPA? Kami sediakan artikel ini untuk bantu anda dengan menyediakan contoh soalan yang biasa ditanya ketika sesi temuduga.

50 C0NT0H SOALAN TEMUDUGA YANG BIASA DITANYA PENEMUDUGA

Untuk pengetahuan anda terdapat banyak jenis soalan yang biasa ditanyakan penemuduga kepada calon yang hadir. Ada sebahagian soalan yang seakan-akan sama tetapi berada dalam kategori yang berbeza.

Dengan mengetahui bentuk soalan ini, anda semestinya dapat membuat persediaan dengan rapi dan membolehkan anda lebih yakin untuk menghadapi temuduga nanti.

Koleksi 50 Contoh Soalan Temuduga SPA

Para calon boleh terus dapatkan contoh soalan temuduga berikut untuk persediaan untuk menghadiri sesi temuduga nanti.

Soalan Temuduga Asas

1. Beritahu kami tentang diri anda?
2. Apakah kekuatan diri anda?
3. Apakah kelemahan diri anda?
4. Mengapa anda mahukan kerjaya ini?
5. Apa yang anda mahu capai dalam karier anda 5 tahun dari sekarang?

6. Apakah syarikat yang ideal bagi anda?
7. Apa yang menarik perhatian anda dalam syarikat ini?
8. Mengapa kami patut ambil anda?
9. Apa yang anda gemar mengenai kerjaya anda sebelum ini?
10. Di manakah anda rasa berpuas hati dengan kerjaya anda?

11. Apa yang anda boleh lakukan untuk kami yang calon lain tidak boleh?
12. Apakah tanggungjawab anda dalam kerjaya sebelum ini?
13. Mengapa anda meninggalkan kerja yang sekarang?
14. Apa yang anda tahu mengenai industri ini?
15. Apa yang anda tahu mengenai syarikat kami?

16. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke mana-mana?
17. Ada sebarang soalan untuk saya?

Soalan Temuduga Berkaitan Sikap

18. Apakah projek terakhir yang anda jalankan, dan apakah hasilnya?
19. Berikan saya contoh masa yang anda rasakan anda boleh hadir dan dipanggil kerja untuk menjalankan tugasan.
20. Terangkan bilakah hasil kerja anda telah dikritik?

21. Adakah anda berada di dalam sebuah kumpulan yang seseorang tidak bekerjasama bersama anda? Bagaimana anda mengendalikannya?
22. Beritahu kami bilakah anda perlu memberi sebuah maklumbalas yang sukar? Bagaimana anda mengendalikannya?
23. Apakah kegagalan anda yang terbesar, dan apakah yang dapat anda pelajari darinya?
24. Apakah yang mengganggu anda mengenai orang lain, dan bagaimana anda menguruskannya?
25. Jika anda merupakan ketua jabatan dan diminta untuk melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apa tindakan anda?

Jika anda tidak pasti apakah soalan-soalan yang bakal ditanya, anda perlu mengambil inisiatif tambahan dengan serius.

26. Apakah saat yang paling sukar dalam hidup anda, dan bagaimana anda berhadapan dengannya?
27. Berikan contoh di mana anda membuat satu kesilapan, bagaimana anda menguruskannya?
28. Kongsikan dengan kami di mana anda perlu menghadapi konflik dalam kerja.
29. Jika anda berada di sebuah jamuan makan tengahari dan anda memesan menu yang jarang ditemui, apakah yang perlu anda lakukan?
30. Sekiranya syarikat anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang seperti penipuan, apakah tindakan anda?

31. Apakah tugasan yang sukar bagi anda, dan bagaimana anda menyelesaikannya.
32. Apakah keputusan yang paling sukar anda lakukan 2 tahun yang lepas, dan bagaimana anda menyelesaikannya?
33. Terangkan bagaimana anda mengendalikan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan sebelum meninggalkan pejabat, dan agak mustahil untuk anda selesaikannya.

Soalan Temuduga Berkaitan Gaji

34. Gaji yang bagaimana anda cari?
35. Bagaimana sejarah gaji anda?
36. Adakah dengan gaji ini anda mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik?
37. Adakah anda sanggup dipotong gaji jika kualiti kerja anda menurun?

Soalan Temuduga Berkaitan Perkembangan Kerjaya

38. Apakah yang anda cari dalam perkembangan karier anda?
39. bagaimana anda mahu meningkatkan diri anda untuk tahun berikutnya?
40. Apakah matlamat anda sekiranya anda berjaya mendapatkan kerja ini?
41. Sekiranya kami memohon untuk ketua jabatan anda terdahulu untuk memberikan latihan atau pendedahan, apa yang boleh beliau cadangkan?

Soalan Temuduga Bagaimana Kerjaya Anda Bermula

42. Bagaimana anda membina kredibiliti yang pantas di dalam kumpulan?
43. Berapa lama anda mengambil masa untuk memberikan sumbangan yang signifikan?
44. Apa yang dapat anda lihat dalam diri anda dalam masa 30 hari yang pertama semasa bekerja?
45. Jika terpilih untuk jawatan ini, bolehkan anda terangkan strategi untuk 90 hari yang pertama?

Soalan Temuduga Tambahan Tentang Diri Anda

46. Bagaimana anda menerangkan cara kerja anda?
47. Bagaimana persekitaran kerja yang anda perlukan?
48. Apakah teknik yang anda gunakan untuk memastikan kerja anda terurus?
49. Sekiranya anda perlu membuat pilihan, siapakah orang yang bakal anda pilih untuk membantu anda sama ada “big-picture person” atau “detail-oriented person”?
50. Beritahu kami apakah pencapaian anda yang paling dibanggakan?

Diharap senarai contoh soalan di atas dapat membantu calon membuat persediaan awal sebelum sesi temuduga.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan SPA

Khas untuk semua calon Temuduga SPA sekiranya anda ingin mendapatkan panduan atau ingin tahu cara temuduga kerajaan sebenar, jalan terbaik adalah dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan menerusi link di bawah ;

rahsia-tips-temuduga-SPA

Pakej Lengkap temuduga ini mengandungi:
1) Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga
2) Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
3) Rahsia Penulisan Resume Temuduga
4) Rahsia Penampilan Temuduga
5) Rahsia Lebih 250 Soalan dan Jawapan Temuduga

Semoga bermanfaat

  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *