20 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29

20 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29 di Jabatan Kebajikan Masyarakat | Tahniah diucapkan kerana anda terpilih dan layak untuk meghadiri temuduga kerja kerajaan. Pasti anda sedang mencari contoh soalan temuduga bagi buat persediaan temuduga tersebut .

Dalam artikel ni kami ingin kongsikan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya dalam sesi temuduga.

Bagi calon yang mendapat panggilan temuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini, fasa temuduga  ini merupakan fasa terpenting sebelum anda layak memegang jawatan yang anda pohon iaitu Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29.

Tips temuduga serta soalan- soalan yang biasa ditanya ketika sesi temuduga perlulah anda kuasai bagi membolehkan anda rasa lebih yakin ketika sesi temuduga nanti.

Sekiranya anda mengetahui bentuk soalan yang mungkin akan ditanya nanti, anda lebih mudah untuk buat persediaan bagi menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Ini sangat membantu anda untuk menghadapi temuduga nanti.

Baca juga : [+] Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan

Kami sedia membantu anda . Jangan risau. Kami telah menyediakan beberapa Contoh Soalan Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29 di dalam artikel ini bagi bantu anda mendapat gambaran bentuk-bentuk soalan yang mungkin akan ditanya masa sesi temuduga nanti.

Tetapi seeloknya , anda perlu mengetahui terlebih dahulu skop tugas seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29 .

Skop Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29

Soalan berkaitan skop tugas jawatan yang dipohon merupakan soalan popular yang biasa ditanya sesama sesi temuduga untuk semua jawatan.Jadi sepatutnya calon perlu tahu huraikan skop tugas jawatan yang dipohon .

Berikut merupakan tugas tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 :

-Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.  

-Portal SPA

Manakala skop tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 adalah seperti berikut

Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

Portal SPA

Baca Juga : [+] 15 Sebab Gagal Temuduga

Penilaian Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29

Dalam setiap temuduga SPA, anda akan dinilai oleh pihak penemuduga yang melibatkan beberapa kriteria seperti berikut:

  1. Penampilan
  2. Tingkah laku
  3. Kemahiran bertutur
  4. Keyakinan
  5. Kewibawaan (personaliti yang tegas dan meyakinkan)
  6. Motivasi
  7. Pembawaan (kemampuan bergaul dan mengawal emosi)
  8. Kecerdasan
  9. Pengetahuan

Semua kriteria di atas menyumbang kepada pemarkahan penilaian sesi temuduga anda. Daripada semua kriteria di atas, kita tidak akan dapat skor markah yang tinggi sekiranya, tidak buatsebarang persediaan sebelum sesi temuduga. Rugi tau..

Bukan mudah untuk anda dapat peluang seperti ini. Calon yang memohon terlalu ramai, tetapi anda yang layak untuk ke sesi temuduga ini. Jadi saya sangat berharap anda tidak sia-siakan peluang ini

Baca Juga : [+] 50 Contoh Soalan Temuduga SPA Yang Biasa Ditanya Temuduga

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29

Seterusnya, kita akan bincangkan beberapa Contoh Soalan Temuduga . Secara umumnya, soalan yang lazim ditanya ketika sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek:

  • Latarbelakang dan kelayakan calon
  • Jawatan yang dipohon
  • Dasar kerajaan
  • Isu Semasa berkaitan dalam dan luar negara

Soalan dan jawapan bagi soalan yang biasa ditanya penemuduga

Di dalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga yang terdapat dalam pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, kami ada senaraikan soalan beserta jawapan yang biasa ditanya oleh penemuduga .Antaranya seperti berikut:

” Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?”

Calon boleh cuba jawab berdasarkan cadangan jawapan berikut.

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan – rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam -macam lagi persediaan yang saya buat.

Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir sahaja, saya juga membuat persediaan dari segi mentaljuga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya.

Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya. Sebab itulah saya mesti menjadi yang terbaik”

macam tu la salah satu cara idea cara nak jawab soalan temuduga.

Jika sekarang anda sedang bekerja dan terpilih untuk menghadiri temuduga, berikut mungkin beberapa soalan yang anda bakal ditanya.

“Apa pandangan anda tentang majikan anda sekarang ini”

“Pada pandangan saya, majikan saya sebelum ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan selalu memberi tunjuk ajar. Beliau juga mengajar saya enti disiplin dalam bekerja”

” Mengapakah kamu tidak gembira dengan pekerjaan sebelum ini”

Tidak. Saya begitu gembira dengan pekerjaan sebelum ini tetapi apabila wujudnya peluang seperti iniiaitu bidang yang saya nantikan selama ini, sudah tentu saya tidak akan melepakan peluang ini.

“Mengapakah anda kerap menukar kerja?”

Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran.

Banyak lagi idea bagaimana cara menjawab soalan yang mungkin bakal ditanya oleh penemuduga yang terdapat dalam rujukan berikut. Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan ini. Ianya adalah salah satu rujukan yang terdapat dalam pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

tempah sekarang

Berikut merupakan contoh -contoh soalan temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29  yang mungkin di tanya semasa sesi temuduga

1. Apakah visi dan misi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang anda tahu?
2. Apakah kumpulan yang disasarkan oleh JKM
3. Berikan contoh akta yang digunakan oleh JKM
4. Sebutkan nama menteri KPWKM yang anda tahu
5. Siapakah nama Ketua Pengarah JKM?

6. Nyatakan tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
7. Senaraikan perkhidmatan yang JKM sediakan
8. Mengapa anda pilih Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sebagai karier?
9. Terangkan definisi bagi seorang kanak-kanak
10. Nyatakan 3 contoh agensi di bawah KPWKM?

11. Apakah bantuan yang diberikan oleh JKM kepada mereka yang layak?
12. Beri contoh kategori OKU dan kelebihan bila mendaftar sebagai OKU
13. Apakah sumbangan yang pernah anda berikan kepada masyarakat?
14. Pernahkah anda terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan?
15. Apakah perbezaan Jabatan Kemajuan Masyarakat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?

16. Nyatakan golongan yang layak menerima Bantuan Pesakit dengan kadar yang layak diterima
17. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, apakah klasifikasi sekolah selamat?
18. Huraikan tanggung jawab sebagai seorang Pegawai Akhlak
19. Terangkan bagaimana prosedur untuk menangani kes bencana
20. Bagaimanakah prosedur untuk membuat pendaftaran bagi sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak?

Tips Menghadapi Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29

Sila pastikan anda buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga ini kerana ini merupakan peringkat yang terakhir sebelum anda layak menyandang jawatan yang dinginkan. Gunakanlah peluang yang ada ini sebaiknya.

Cuba praktiskan menjawab contoh soalan temuduga  di atas, sebagai persediaan untuk anda.

Penampilan semasa sesi temuduga juga menyumbang kepada pemarkahan semasa sesi temuduga. Ini kerana penampilan yang baik dan bersesuaian semasa sesi temuduga menggambarkan anda telah bersedia untuk di temuduga. Secara tidak langsung ia juga boleh meningkatkan keyakinana diri anda secara sesi temuduga dijalankan.

Banyak lagi tips temuduga yang kami kongsikan dalam panduan khas temuduga bagi membantu calon buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41/S29

Untuk makluman anda, pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya telah mengeluarkan satu Rujukan Khas Temuduga bagi membantu calon yang akan menghadapi sesi temuduga. Ianya sangat sesuai bagi bantu calon untuk  semua temuduga jawatan kerajaan.

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Apa yang best sangat dengan panduan ini:

  • Rahsia Persiapan Temuduga
  • Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga
  • Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
  • Rahsia Penulisan Resume Temuduga
  • Rahsia Lebih 250 soalan dan Jawapan temuduga

Dipersilakan join group Telegram khas Temuduga untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut :

[+] https://t.me/tipstemuduga_ujianpsikometrik

Apa Kata Mereka Yang Telah Berjaya Dengan Bantuan Panduan Temuduga

Berikut merupakan testimoni bagi mereka yang telah lulus sesi temuduga dan dapat menjawab jawatan yang di idamkan  dengan menjadikan Panduan Temuduga ini sebagai rujukan utama.

Inginkan Panduan Khas Temuduga Kerja Kerajaan?

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Semoga anda juga berjaya seperti mereka.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment