20 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 JKM

Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Tahniah diucapkan kerana anda terpilih dan layak untuk meghadiri temuduga kerja kerajaan. Pasti anda sedang mencari contoh soalan temuduga bagi buat persediaan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Dalam artikel ni kami ingin kongsikan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya dalam sesi temuduga.

Bagi calon yang mendapat panggilan temuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini, fasa temuduga  ini merupakan fasa terpenting sebelum anda layak memegang jawatan yang anda pohon iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Tips temuduga serta soalan- soalan yang biasa ditanya ketika sesi temuduga perlulah anda kuasai bagi membolehkan anda rasa lebih yakin ketika sesi temuduga nanti.

Sekiranya anda mengetahui bentuk soalan yang mungkin akan ditanya nanti, anda lebih mudah untuk buat persediaan bagi menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Ini sangat membantu anda untuk menghadapi temuduga nanti.

Baca juga : [+] Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Kami sedia membantu anda . Jangan risau. Kami telah menyediakan beberapa Contoh Soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 di dalam artikel ini bagi bantu anda mendapat gambaran bentuk-bentuk soalan yang mungkin akan ditanya masa sesi temuduga nanti.

Tetapi seeloknya , anda perlu mengetahui terlebih dahulu skop tugas seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 .

Skop Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Soalan berkaitan skop tugas jawatan yang dipohon merupakan soalan popular yang biasa ditanya sesama sesi temuduga untuk semua jawatan.Jadi sepatutnya calon perlu tahu huraikan skop tugas jawatan yang dipohon .

Berikut merupakan tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

Portal SPA

Baca Juga : [+] 15 Sebab Gagal Temuduga

Penilaian Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Dalam setiap temuduga SPA, anda akan dinilai oleh pihak penemuduga yang melibatkan beberapa kriteria seperti berikut:

  1. Penampilan
  2. Tingkah laku
  3. Kemahiran bertutur
  4. Keyakinan
  5. Kewibawaan (personaliti yang tegas dan meyakinkan)
  6. Motivasi
  7. Pembawaan (kemampuan bergaul dan mengawal emosi)
  8. Kecerdasan
  9. Pengetahuan

Semua kriteria di atas menyumbang kepada pemarkahan penilaian sesi temuduga anda. Daripada semua kriteria di atas, kita tidak akan dapat skor markah yang tinggi sekiranya, tiada sebarang persediaan sebelum sesi temuduga.

Rugi tau..

Bukan mudah untuk anda dapat peluang seperti ini.

Calon yang memohon terlalu ramai, tetapi anda yang layak untuk ke sesi temuduga ini. Jadi saya sangat berharap anda tidak sia-siakan peluang ini.

Soalan lazim ketika sesi temuduga beserta cadangan jawapan

Berikut merupakan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya ketika sesi temuduga. Ia boleh dijadikan panduan dan idea bagi menjawab soalan yang ditanya.

1.” Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?”

Calon boleh cuba jawab berdasarkan cadangan jawapan berikut.

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan – rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam -macam lagi persediaan yang saya buat.

Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir sahaja, saya juga membuat persediaan dari segi mentaljuga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya.

Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya. Sebab itulah saya mesti menjadi yang terbaik”

macam tu la salah satu idea bagaimana untuk menjawab soalan temuduga seperti di atas.

2. ” Apakah kelemahan anda?”

Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya lakukan siap lebih awal.
Sejak di universiti lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan lebih awal sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan.
Tetapi, apabila kerja saya siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru.
Mungkin kelemahan saya ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan seharian.

 3. Apa Kelebihan Anda Berbanding Calon Lain? Adakah Anda Rasa Yang Membuatkan Anda Lebih Layak Untuk Jawatan Ini ?

Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan dari orang lain.

4. “Memandangkan Anda Baru Sahaja Menamatkan Pengajian Beberapa Bulan Yang Lepas, Adakah Anda Mempunyai Pengalaman Bekerja?

Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa membuat apapun.
Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wang tambahan di samping membantu keluarga menguruskan kedai runcit tersebut.
Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya, saya belajar bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun perniagaan, dan juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan.
Dari pekerjaan-pekerjaan berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang ramai, mengurus data dan sebagainya.

Jika sekarang anda sedang bekerja dan terpilih untuk menghadiri temuduga, berikut mungkin beberapa soalan yang anda bakal ditanya.

5. “Apa pandangan anda tentang majikan anda sekarang ini”

“Pada pandangan saya, majikan saya sebelum ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan selalu memberi tunjuk ajar. Beliau juga mengajar saya enti disiplin dalam bekerja”

6.” Mengapakah kamu tidak gembira dengan pekerjaan sebelum ini?”

Tidak. Saya begitu gembira dengan pekerjaan sebelum ini tetapi apabila wujudnya peluang seperti iniiaitu bidang yang saya nantikan selama ini, sudah tentu saya tidak akan melepakan peluang ini.

7. “Mengapakah anda kerap menukar kerja?”

Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran.

Ini adalah antara contoh soalan beserta jawapan yang kami sediakan dalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga.

Selain daripada itu, didalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga terdapat juga;

  • 46 Soalan berkenaan Pengenalan Diri. Soalan-soalan jenis ini merupakan soalan panel temuduga bertanya untuk mengenali diri anda dengan lebih dekat lagi. Perkenalkan diri anda kepada mereka dengan lebih efektif.
  • 17 Soalan tentang Kelayakan dan Pengalaman untuk rujukan anda sebelum hari temuduga tiba. Jadi, buangkan rasa risau anda jauh-jauh.
  • 45 Soalan tentang Info Jawatan memadai untuk rujukan anda.Dalam temuduga kerja kerajaan, anda mesti tahu skop jawatan yang anda pohon.
  • Dan banyak lagi soalan-soalan tentang Penyelesaian Masalah, Kenegaraan, Isu Semasa, Integriti dan Akhlak dan soalan-soalan berdasarkan Psikologi. Pasti himpunan soalan ini bakal mengurangkan kerisauan anda.

Anda bakal hadir ke temuduga dengan lebih tenang dan bersedia dengan bantuan rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga ini.

Contoh Lain Soalan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Secara umumnya, soalan yang lazim ditanya ketika sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek:

  • Latarbelakang dan kelayakan calon
  • Jawatan yang dipohon
  • Dasar kerajaan
  • Isu Semasa berkaitan dalam dan luar negara

Ketahui kementerian atau jabatan yang terlibat

Anda perlu dapatkan maklumat secara ringkas mengenai kementerian dan jabatan yang terlibat.

Untuk dapatkan info berkaitan kementerian dan jabatan yang berkaitan, anda boleh terus ke website rasmi kementerian dan jabatan tersebut. Di website rasmi ini anda juga boleh dapatkan info mengenai:

  • Nama Menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat
  • Ketua Pengarah dan Penolong Ketua Pengarah
  • Fungsi jabatan dan institusi yang terlibat
  • Visi , misi bagi setiap kementerian dan jabatan

Berikut merupakan contoh -contoh lain soalan yang mungkin di tanya semasa sesi temuduga.

1. Apakah visi dan misi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang anda tahu?
2. Apakah kumpulan yang disasarkan oleh JKM
3. Berikan contoh akta yang digunakan oleh JKM
4. Sebutkan nama menteri KPWKM yang anda tahu
5. Siapakah nama Ketua Pengarah JKM?

6. Nyatakan tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
7. Senaraikan perkhidmatan yang JKM sediakan
8. Mengapa anda pilih Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sebagai karier?
9. Terangkan definisi bagi seorang kanak-kanak
10. Nyatakan 3 contoh agensi di bawah KPWKM?

11. Apakah bantuan yang diberikan oleh JKM kepada mereka yang layak?
12. Beri contoh kategori OKU dan kelebihan bila mendaftar sebagai OKU
13. Apakah sumbangan yang pernah anda berikan kepada masyarakat?
14. Pernahkah anda terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan?
15. Apakah perbezaan Jabatan Kemajuan Masyarakat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?

16. Nyatakan golongan yang layak menerima Bantuan Pesakit dengan kadar yang layak diterima
17. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, apakah klasifikasi sekolah selamat?
18. Huraikan tanggung jawab sebagai seorang Pegawai Akhlak
19. Terangkan bagaimana prosedur untuk menangani kes bencana
20. Bagaimanakah prosedur untuk membuat pendaftaran bagi sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak?

Baca Juga : [+] Contoh Soalan Peperiksaan Pembangunan Masyarakat

Tips Menghadapi Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Sila pastikan anda buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga ini kerana ini merupakan peringkat yang terakhir sebelum anda layak menyandang jawatan yang dinginkan. Gunakanlah peluang yang ada ini sebaiknya.

Cuba praktiskan menjawab contoh soalan temuduga  di atas, sebagai persediaan untuk anda.

Penampilan semasa sesi temuduga juga menyumbang kepada pemarkahan semasa sesi temuduga. Ini kerana penampilan yang baik dan bersesuaian semasa sesi temuduga menggambarkan anda telah bersedia untuk di temuduga. Secara tidak langsung ia juga boleh meningkatkan keyakinana diri anda secara sesi temuduga dijalankan.

Banyak lagi tips temuduga yang kami kongsikan dalam panduan khas temuduga bagi membantu calon buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk makluman anda, pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya telah mengeluarkan satu Panduan Khas Temuduga bagi membantu calon yang akan menghadapi sesi temuduga. Walaupun ianya bukan spesifik kepada rujukan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29, ianya boleh dijadikan bacaan tambahan.

Kami sangat mengesyorkan semua calon temuduga untuk dapatkan rujukan ini.

Rujukan temuduga ini sesuai bagi semua calon temuduga jawatan kerajaan.

tempah sekarang

Pakej Lengkap Temuduga ini mengandungi:

  1. Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga
  2. Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
  3. Rahsia Penulisan Resume Temuduga
  4. Rahsia Penampilan Temuduga
  5. Rahsia Lebih 250 Soalan dan Jawapan Temuduga

Dipersilakan join group Telegram khas Temuduga untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut :

[+] https://t.me/tipstemuduga_ujianpsikometrik

Apa Kata Mereka Yang Telah Berjaya Dengan Bantuan Panduan Temuduga

Berikut merupakan testimoni bagi mereka yang telah lulus sesi temuduga dan dapat menyandang jawatan yang di pohon dengan menjadikan Panduan Temuduga ini sebagai rujukan utama mereka.

testimoni rujukan rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
testimoni rujukan rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
testimoni rujukan rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
testimoni rujukan rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
testimoni rujukan rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
testimoni rujukan rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
testimoni rujukan rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29
Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29
Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29
Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29

Ingin Dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

rahsia-tips-temuduga-SPA
tempah sekarang

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

semoga anda juga berjaya seperti mereka.

Baca juga : [+] 50 Contoh Soalan Temuduga Yang Biasa Ditanya Penemuduga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment