Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Institut Kemajuan Desa INFRA | Tahniah sekiranya anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Mesti anda masih tercari-cari maklumat bagi membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan ini.

Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Berikut merupakan maklumat peperiksaan yang telah di hebahkan oleh pihak SPA di Laman Sosial Rasmi Facebook SPA.

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===============================================

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29 DI INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
TARIKH PEPERIKSAAN : 13 JULAI 2020 (ISNIN)
MASA PEPERIKSAAN : 02:00 PETANG – 03:40 PETANG

Boleh juga terus join Telegram Khas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat  di link berikut:

[+]https://t.me/PenPegPembangunanMasyarakat

 

Untuk menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyakat S29 ini, calon-calon perlu buat persediaan sewajarnya sebelum peperiksaan dijalankan. Peluang yang diberikan perlulah digunakan sebaik mungkin. Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini dilakukan secara online oleh pihak SPA. Semestinya ramai calon yang tengah tercari- cari rujukan atau panduan  berkaitan dengan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat  ini. Kami bersedia untuk bantu anda.

Baca Juga : [+] Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat

Setiap Tahun Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
 
2. Tak Cukup MASA
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan çun’, no problem!
 
3. Tak Terkejar!
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejai.
 

4. Silap Persediaan Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

 
Sebab itu calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sebagai panduan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
 

Jika calon ingin dapatkan contoh soalan , sila tekan link whatsapp berikut. Kami sedang tunggu anda untuk kami bantu.

Penerangan Format dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Seperti yang telah sedia maklum, format untuk peperiksaan ini terbahagi kepada 3 seksyen seperti dibawah:

i) Seksyen A Pengetahuan Am

ii) Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

iii)  Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris.

Seksyan A Pengetahuan Am

Penerangan Format

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia,perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara

Masa :25 minit

Soalan : 20 (aneka pilihan)

Contoh soalan

1. Berikut merupakan komponen utama Badan perundangan di Malaysia KECUALI
A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Jawapan : B

2. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A.penubuhan ASEAN

B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN

C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN

D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara

Jawapan D

3. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu temasya sukan yang berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah temasya sukan tersebut?

A. Sukan Olimpik

B. Sukan Paralimpik

C. Sukan Malaysia (SUKMA)

D. Sukan Komanwel

Jawapan : D

4. Kuasa tertinggi Pentadbiran negara adalah

A. Perdana Menteri

B. Majlis Raja- raja

C. Yang di-Pertuan Agong

D. Perlembabagaan Malaysia

Jawapan : D

5. Berikut ialah Bidang bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kecuali

A. Menangani kos sara hidup

B. mengurangkan perbelanjaan megurus kerajaan

C. Memperkasaprasarana luar bandar dan pedalaman

D. meningkatkan taraf hidup rakyat yag berpendapatan rendah.

Jawapan : B

6. Senaraikan 2 pihak yang terlibat dengan pengubahan sempadan sesebuah negeri.

i. Badan Perudangan Negeri

ii. Majlis Raja-raja

iii. Majlis Daerah

iv. Majlis Bandaraya

A. i dan ii

B. i dan iv

C. ii dan iii

D. iii dan iv

Jawapan : A

7. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam

B. keturunan Melayu

C. pernah menjadi Menteri Kabinet

D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang

Jawapan : D

8. “Gempa bumi dan Tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran logi nuklear”.

Dimanakah letaknya logi nuklear tersebut?

A. Chiba

B. Kyoto

C. Takashi Kurita

D. Fukushima Daiichi

Jawapan : D

9. Siapakah pihak yang perlu dirujuk oleh Perdana Menteri sebelum beliau melantik Hakim

A. Ketua Hakim Negara

B. Hakim-hakim Besar

C. Ketua Menteri Sabah

D. Ketua Menteri Sarawak

Jawapan : B

Nak contoh soalan?

Boleh juga terus join Telegram Khas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat  di link berikut:

[+]https://t.me/PenPegPembangunanMasyarakat

 

Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik, IQ, Kefahaman).

Penerangan Format

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:

i) Kemahiran Logik

ii) Kemahiran menginterpretasi Data

iii) Konsep matematik

Masa : 20 minit

Soalan : 15 (aneka pilihan)

I) Kemahiran Logik

Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.

Contoh soalan seperti berikut:

  1. Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah

Jawapan : D

2. apakah simbol yang diwakili oleh S?

Jawapan : A

3. Apakah bentuk berikutnya?

Jawapan : C

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Penerangan Format

Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis

Contoh Soalan seperti berikut:

  1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan  adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang

B. 40 orang

C. 60 orang

D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240

Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200

Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40

iii) Konsep Matematik

Penerangan Format

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif

Contoh Soalan seperti berikut:

1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000

Jawapan :B.

Teknik menjawab:

10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500

2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?

A. 64

B. 54

C. 49

D. 4

Jawapan : B

Teknik Menjawab:

Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54

( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Format

Dalam bahagian ini calon – calon peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 akan dibekalkan dengan satu petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.

Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.

Untuk mendapatkan rujukan yang lebih lengkap dan menjimatkan masa, kami sangat mengesyorkan untuk anda mendapatkan panduan berikut sebagai panduan serta persediaan untuk menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

[+] BACA JUGA : Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Untuk dapatkan lebih banyak contoh soalan bagi Penilaian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini, anda boleh dapatkan rujukan Pakej Combo Ultimate berikut:

http://www.jvsecurepay.com/affiliates/seksyen/66085

Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan

testimoni rujukan exam SPA

Sebarang pertanyaan boleh terus klik link berikut:

Jom join Channel Telegram Khas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

[+]https://t.me/PenPegPembangunan Masyarakat

Semoga bermanfaat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment