Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruteknik Perubatan U19 | Tahniah sekiranya anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19. Mesti anda masih tercari-cari maklumat bagi membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan ini. Berikut merupakan beberapa perkongsian bagi bantu calon untuk menghadapi peperiksaan Juruteknik Perubatan U19.
Skop Tugas Juruteknik Perubatan U19
Sebelum kita bincangkan lebih lanjut mengenai peperiksaan Juruteknik Perubatan U19 ini, ingin saya kongsikan dengan calon- calon skop tugas seorang Juruteknik Perubatan U19 sedikit sebanyak bagi membolehkan calon mendapat gambaran tugas jawatan yang dipohon.
Berikut merupakan skop tugas Juruteknik Perubatan U19:
- Mengambil ukuran sama ada secara acuan atau profile semua kerja-kerja ortotik dan yang diarahkan.
- Memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki, cara-cara menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan tahan lama. [Sumber Portal SPA]
Peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19
Berikut merupakan maklumat peperiksaan yang telah di hebahkan oleh pihak SPA di Laman Sosial Rasmi Facebook SPA.
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Tarikh Peperiksaan : 5 Julai 2019 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi – 10:50 pagi
Sila layari laman web :
———————–
http://e-semakan.spa.gov.my/juruteknik_perubatan
Untuk menghadapi peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19 ini, calon-calon perlu buat persediaan sewajarnya sebelum peperiksaan dijalankan. Yang pasti, peluang yang diberikan perlulah digunakan sebaik mungkin.
Peperiksaan Juruteknik Perubatan U19 ini dilakukan secara online oleh pihak SPA dan semestinya ramai calon yang tengah tercari- cari rujukan atau panduan berkaitan dengan peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19 ini. Seperti biasa, kami bersama-sama dengan Tim Infokerjaya bersedia untuk bantu anda dengan menyediakan rujukan bagi Peperiksaan Juruteknik Perubatan U19 ini.
Pakej rujukan ini mengandungi contoh-contoh soalan peperiksaan Juruteknik Perubatan U19, tips dan panduan menjawab soalan.
Untuk dapatkan pakej panduan ini, boleh dapatkan di Channel Telegram Khas peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19 dengan klik di bawah :
Penerangan Format dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruteknik Perubatan U19
Untuk pengetahuan semua calon, peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19 bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon , kemahiran mengaplikasi maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan pengalaman. Secara umumnya, bagi calon -calon yang terpilih untuk menghadiri peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19, calon perlulah mengetahui
- Skop tugas seorang Juruteknik Perubatan U19.
- Format peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19 yang mana format ini berbeza bagi setiap peperiksaan jawatan yang dipohon.
- Teknik atau cara menjawab soalan yang bakal di tanya ketika peperiksaan.
Berikut merupakan format peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19
Merujuk kepada maklumat diatas, peperiksaan pada kali ini hanya melibatkan 2 seksyen sahaja iaitu
- Seksyen A : Daya menyelesaikan masalah
- Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik, IQ, Kefahaman).
Penerangan Format
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:
i) Kemahiran Logik
ii) Kemahiran menginterpretasi Data
iii) Konsep matematik
Masa : 20 minit
Soalan : 15 (aneka pilihan)
I) Kemahiran Logik
Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.
Contoh soalan seperti berikut:
- Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah
Jawapan : D
2. apakah simbol yang diwakili oleh S?
Jawapan : A
3. Apakah bentuk berikutnya?
Jawapan : C
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Penerangan Format
Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis
Contoh Soalan seperti berikut:
- Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A. 20 orang
B. 40 orang
C. 60 orang
D. 80 orang
Jawapan : B
Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40
iii) Konsep Matematik
Penerangan Format
Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif
Contoh Soalan seperti berikut:
1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000
Jawapan :B.
Teknik menjawab:
10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500
2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?
A. 64
B. 54
C. 49
D. 4
Jawapan : B
Teknik Menjawab:
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54
( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)
Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Format
Dalam bahagian ini calon – calon peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19 akan dibekalkan dengan satu petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.
Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.
Panduan Khas Peperiksaan Online Juruteknik Perubatan U19
Untuk mendapatkan rujukan yang lebih lengkap dan menjimatkan masa, kami sangat mengesyorkan untuk anda mendapatkan panduan berikut sebagai panduan serta persediaan untuk menghadapi peperiksaan online Juruteknik Perubatan U19.
Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan
Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan dijalankan.
Jika anda merupakan calon peperiksaan Juruteknik Perubatan U19, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan panduan ini bagi bantu anda membuat persediaan yang sewajarnya.
Semoga bermanfaat. Selamat berjaya