Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Tahniah diucapkan kerana anda terpilih dan layak untuk meghadiri temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Adakah anda telah membuat persediaan bagi menghadiri temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 dan telah dapatkan maklumat jawatan yang anda pohon?

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Pasti anda sedang mencari contoh soalan temuduga bagi buat persediaan temuduga tersebut .Dalam artikel ni kami ingin kongsikan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya dalam sesi temuduga.

Bagi calon yang mendapat panggilan temuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini, fasa temuduga  ini merupakan fasa terpenting sebelum anda layak memegang jawatan yang dipohon iaitu Pembantu Perawatan Kesihatan U11 .

Tips temuduga serta soalan- soalan yang biasa ditanya ketika sesi temuduga perlulah anda kuasai bagi membolehkan anda rasa lebih yakin ketika sesi temuduga nanti.

Sekiranya anda mengetahui bentuk soalan yang mungkin akan ditanya nanti, anda lebih mudah untuk buat persediaan bagi menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Ini sangat membantu anda untuk menghadapi temuduga nanti.

Baca juga : [+] Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Kami telah menyediakan beberapa Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 di dalam artikel ini bagi bantu anda mendapat gambaran bentuk-bentuk soalan yang mungkin akan ditanya masa sesi temuduga nanti.

Tetapi seeloknya , anda perlu mengetahui terlebih dahulu skop tugas seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 .

Skop Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Soalan berkaitan skop tugas jawatan yang dipohon merupakan soalan popular yang biasa ditanya sesama sesi temuduga untuk semua jawatan.

Jadi sepatutnya calon perlu tahu huraikan skop tugas jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 .

Berdasarkan Portal Rasmi SPA, berikut merupakan tugas seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 .

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Selain daripada skop tugas jawatan, markah bonus untuk anda jika anda mengetahui kaedah atau cara penilaian calon bagi sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 oleh pihak penemuduga.

Baca Juga : [+] Skop Tugas, Tangga Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Siasatan P29

Penilaian Temuduga

Dalam setiap temuduga SPA, anda akan dinilai oleh pihak penemuduga yang melibatkan beberapa kriteria seperti berikut:

  1. Penampilan
  2. Tingkah laku
  3. Kemahiran bertutur
  4. Keyakinan
  5. Kewibawaan (personaliti yang tegas dan meyakinkan)
  6. Motivasi
  7. Pembawaan (kemampuan bergaul dan mengawal emosi)
  8. Kecerdasan
  9. Pengetahuan

Semua kriteria di atas menyumbang kepada pemarkahan penilaian sesi temuduga anda. Daripada semua kriteria di atas, kita tidak akan dapat skor markah yang tinggi sekiranya, tidak buatsebarang persediaan sebelum sesi temuduga. Rugi tau..

Bukan mudah untuk anda dapat peluang seperti ini. Calon yang memohon terlalu ramai, tetapi anda yang layak untuk ke sesi temuduga ini. Jadi saya sangat berharap anda tidak sia-siakan peluang ini

Baca Juga : [+] 15 Sebab Anda Gagal Temuduga Kerja Kerajaan

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Berikut merupakan contoh -contoh soalan temuduga yang mungkin di tanya semasa sesi temuduga.

1. Ceritakan serba sedikit latar belakang anda
2. Apakah kelayakan yang anda ada?
3. Kenapa mohon kerja jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ?
4. Jelaskan tugas Pembantu Perawatan Kesihatan PPK U11.
5. Apakah Misi, Visi, Moto KKM?

6. Namakan menteri, timbalan dan pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ?
7. Adakah anda pernah bekerja? Ceritakan peranan anda di tempat kerja dahulu
8. Tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa.Boleh anda jelaskan bagaimana anda akan mengatasinya jika anda berada dalam situasi ini
9. Apakah perkara yang boleh meningkatkan motivasi diri anda?

Rujukan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Untuk makluman anda, pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya telah mengeluarkan satu Panduan Khas Temuduga bagi membantu calon yang akan menghadapi sesi temuduga. Ianya sangat sesuai bagi bantu calon untuk  semua temuduga jawatan kerajaan.

Semoga bermanfaat

  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *