Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Penolong Pegawai Sains C29

Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Penolong Pegawai Sains C29| Adakah anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Sains C29 di Agensi Nuklear Malaysia ?

Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Penolong Pegawai Sains C29

Semakan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Sains C29

Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat peperiksaan online di FanPage SPA.

Boleh semak kelayakan menduduki Peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Sains C29 DISINI [KLIK]

Baca juga :[+] Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Sains

Tangga Gaji Penolong Pegawai Sains

Sebelum kami jelaskan mengenai skop tugas Penolong Pegawai Sains , perlu diketahui bahawa Jawatan ini berada bawah Pengurusan dan Profesional serta di Kementerian Dalam Negeri.

Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1,505.00 Manakala gaji maksimum pula ialah RM5,696.00 . Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM145.00 .

Baca juga : [+] Contoh soalan Psikometrik Penolong Pegawai Sains C29

Syarat Kelayakan Jawatan Penolong Pegawai Sains

Calon bagi lantikan jawatan Penolong Pegawai Sains C29 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
      (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
    2. Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau
    3. Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pen Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pen Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pen Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    had umur pelantikan:berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  4. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Baca JUga [+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Skop Tugas Penolong Pegawai Sains C29

Skop tugas Seorang Penolong Pegawai Sains C29 adalah seperti berikut:

Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.

Sumber Portal SPA

Nak Contoh Soalan Peperiksaan ?

Untuk buat persediaan awal, boleh dapatkan contoh soalan dan rujukan khas peperiksaan ini di link berikut. Kami sedang tunggu anda untuk kami bantu.

>> RUJUKAN PENOLONG PEGAWAI SAINS C29<<

Boleh juga terus join Telegram Khas Calon Peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Sains di link berikut:

Boleh juga whatsapp ke link berikut:

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya



  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *