Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan N19| Adakah anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 di Kementerian Kesihatan Malaysia?

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Khidmat Pelanggan N19
Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat peperiksaan online di FanPage SPA.
Boleh semak kelayakan menduduki Peperiksaan PSEE Pegawai Khidmat Pelanggan N19 DISINI [KLIK]
Baca juga :[+] Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa KP41
Tangga Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan N19
Sebelum kami jelaskan mengenai skop tugas Pegawai Khidmat Pelanggan N19 , perlu diketahui bahawa Jawatan ini berada bawah Kumpulan Pelaksana di Kementerian Kesihatan Malaysia dan kementerian lain.
Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1,352.00 manakala gaji maksimum pula ialah RM4,003.00. Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM100.00 .
Baca juga : [+] Contoh soalan Temuduga Pembantu Syariah
Syarat Kelayakan Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19
Calon bagi lantikan jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Baca JUga [+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41
Skop Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan N19
Skop tugas Seorang Pegawai Khidmat Pelanggan N19 adalah seperti berikut:
Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon,
melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra,
memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi,
membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai.
Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.
– Portal SPA
Nak Contoh Soalan Peperiksaan?
Untuk buat persediaan awal, boleh dapatkan contoh soalan dan rujukan khas peperiksaan ini di link berikut. Kami sedang tunggu anda untuk kami bantu.
>> RUJUKAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19<<
Boleh juga terus join Telegram Khas Calon Peperiksaan PSEE Pegawai Khidmat Pelanggan N19 di link berikut:
Boleh juga whatsapp ke link berikut:
Semoga bermanfaat. Selamat berjaya