Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41| Adakah anda terlibat dengan peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41?

Bacaan Tambahan
[+] Skop tugas dan tangga Gaji Pegawai Penguat Kuasa KP41
[+] Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa KP41
[+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguat Kuasa KP41

Tahniah sekiranya anda dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini .

Belum semak kelayakan menduduki peperiksaan? [SEMAK SINI]

Sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan ini, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh semua calon iaitu seperti berikut

  1. Semua calon perlu mengetahui format peperiksaan dan mesti bersedia dengan topik soalan yang bakal anda jawab nanti semasa peperiksaan
  2. Perlu menjawab dengan pantas terutama soalan yang melibatkan pengiraan Matematik. Anda perlu memperbanyakkan ulang kaji untuk topik ini.
  3. Anda perlu mengetahui skop tugas jawatan yang anda pohon iaitu Pegawai Penguatkuasa KP41

Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan peperiksaan ini untuk bantu anda buat persediaan sebelum peperiksaan.

Baca juga : [+] Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Penguatkuasa KP41

Skop Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41

Terlebih dahulu, calon-calon perlulah mengetahui serba ringkas skop tugas seorang Pegawai Penguatkuasa KP41 .

Sebagai Pegawai Penguatkuasa KP41 , bertanggungjawab :

  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
    Portal SPA

Baca juga [+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Untuk menjawat jawatan ini, para calon perlulah lulus peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41 nanti. Yang pasti, untuk lulus, calon-calon perlulah membuat persediaan yang rapi.

Format Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa KP41

Untuk pengetahuan semua calon, peperiksaan online bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon , kemahiran mengaplikasi maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan pengalaman.

Berikut merupakan format peperiksaan online  yang melibatkan 2 seksyen sahaja :

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Nota Peperiksaan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penguatkuasa KP41

Penerangan Format dan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:

i) Kemahiran Logik
ii) Kemahiran menginterpretasi Data
iii) Konsep matematik

Masa : 20 minit
Soalan : 15 (aneka pilihan)

I) Kemahiran Logik

Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.

Contoh soalan seperti berikut:

  1. Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah
Contoh Soalan peperiksaan SPA

Jawapan : D

2. apakah simbol yang diwakili oleh S?

Contoh Soalan peperiksaan SPA

Jawapan : A

3. Apakah bentuk berikutnya?

Contoh Soalan peperiksaan SPA

Jawapan : C

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Penerangan Format

Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis

Contoh Soalan seperti berikut:

  1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac
Contoh Soalan peperiksaan SPA

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan  adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang

B. 40 orang

C. 60 orang

D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240

Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200

Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40

iii) Konsep Matematik

Penerangan Format

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif

Contoh Soalan seperti berikut:

1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000

Jawapan :B.

Teknik menjawab:

10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500

2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?

Contoh Soalan peperiksaan SPA

A. 64

B. 54

C. 49

D. 4

Jawapan : B

Teknik Menjawab:

Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54

( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)

Dapatkan Contoh Soalan dan rujukan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 [KLIK SINI]

This image has an empty alt attribute; its file name is e8bd23b84dfb16e00493a6733bb6b091.png

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 di bawah.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-ikon-2.jpg

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Penguatkuasa KP41

Dalam bahagian ini calon – calon akan dibekalkan dengan satu petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.

Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.

Contoh soalan peperiksaan Kefahaman Bahasa Inggeris

Read the passage below carefully. Then, answer the questions that follow. 

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut. 

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish. 

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things. 

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking! 

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays

  • A. use flavouring when they cook.
  • B. use spices in their cooking.
  • C. eat vegetables everyday.
  • D. eat spicy food only.


2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means

  • A. main ingredient in a dish
  • B main food that a person eats
  • C food that is eaten by everyone
  • D food that is everyone’s favourite


3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it

  • A. has coconut milk in it
  • B. has local ingredients
  • C. is cooked with spices
  • D. is simply delicious

1. The ______________ has been prompt to react to the crisis.

  • A. goverment
  • B. government
  • C. gavernment
  • D. governmant

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

  • A. He picked up the penny from beneath the couch.
  • B. Side from singing, she also plays the piano at the bar.
  • C. My car is parked in front of the mailbox.
  • D. The loud noise came from within the stadium.

3. Find the best answer for this question, “Could I ask you something personal?”

  • A. Of course, I can.
  • B. Yes, I may.
  • C. Certainly.
  • D. Yes, you couldn’t.

Setiap Tahun Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.  

2. Tak Cukup MASA Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan “cun”, no problem!  

3. Tak Terkejar! Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejai.

4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Rujukan Seksyen Pegawai Penguatkuasa KP41

Kami bersama-sama Tim Infokerjaya menyediakan satu rujukan Khas bagi membantu calon membuat persediaan dalam masa terdekat.

Sekiranya anda merupakan calon peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 dan berminat untuk dapatkan rujukan khas ini, dapatkan sekarang di link berikut:

Bonus Tambahan:
Koleksi 100 Soalan Sebenar (exam lepas) Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah lengkap dengan jawapan dan jalan kira sebagai gambaran awal soalan sebear peperiksaan nanti.

Bonus ini khas kepada pembeli yang membuat tempahan dilink di atas sahaja.

tempah sekarang

Kami bersama Tim Infokerjaya telah membantu lebih berpuluh ribu calon sejak tahun 2008 lagi.

Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan.

Contoh Soalan peperiksaan SPA
Contoh Soalan peperiksaan SPA
Contoh Soalan peperiksaan SPA Pendaftaran KP19
Contoh Soalan peperiksaan SPA

Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan dijalankan.

Sekiranya anda merupakan calon peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 dan berminat untuk dapatkan rujukan khas ini, dapatkan sekarang di link berikut;

TEMPAH SEKARANG [KLIK SINI]

Jika ada sebarang pertanyaan ,boleh whatsapp admin dengan terus tekan link dibawah ye

This image has an empty alt attribute; its file name is e8bd23b84dfb16e00493a6733bb6b091.png

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 di bawah.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-ikon-2.jpg

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment