Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41

Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41| Adakah anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41?

Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa KP41

Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat peperiksaan online di FanPage SPA.

Boleh semak kelayakan menduduki Peperiksaan PSEE Pegawai Penguatkuasa KP41 DISINI [KLIK]

Baca juga
[+]
20 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa KP41
[+] Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguat Kuasa KP41
[+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguat Kuasa KP41

Tangga Gaji Pegawai Penguatkuasa KP41

Sebelum kami jelaskan mengenai skop tugas Pegawai Penguatkuasa KP41, perlu diketahui bahawa Jawatan ini berada bawah Pengurusan dan Profesional serta di Kementerian Dalam Negeri.

Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM2,081.00 manakala gaji maksimum pula ialah RM9,547.00 . Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM225.00 .

Baca juga : [+] Contoh soalan Temuduga Pembantu Syariah

Syarat Kelayakan Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41

Calon bagi lantikan jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau
  4. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
  5. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau
  6. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).

Syarat lantikan Pegawai Penguatkuasa KP41 untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:

  1. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,390.37);atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,693.84).

Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera calon Pegawai Penguatkuasa KP41 seperti yang berikut:

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Baca JUga [+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Skop Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41

Skop tugas Seorang Pegawai Penguatkuasa KP41 adalah seperti berikut:

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

portal SPA

Nak Contoh Soalan Peperiksaan?

Untuk buat persediaan awal, boleh dapatkan contoh soalan dan rujukan khas peperiksaan ini di link berikut. Kami sedang tunggu anda untuk kami bantu.

>> RUJUKAN PEGAWAI PENGUATKUASA KP41<<

Boleh juga terus join Telegram Khas Calon Peperiksaan PSEE Pegawai Penguatkuasa KP41 di link berikut:

Boleh juga whatsapp ke link berikut:

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment