Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Pegawai Sains C41

Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Pegawai Sains C41| Adakah anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Pegawai Sains C41 di Kementerian Kesihatan Malaysia?

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Sains C41

Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat peperiksaan online di FanPage SPA.

Boleh semak kelayakan menduduki Peperiksaan PSEE Pegawai Sains C41 DISINI [KLIK]

Baca juga :[+] Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Sains C41

Tangga Gaji Pegawai Sains C41

Sebelum kami jelaskan mengenai skop tugas Pegawai Sains C41, perlu diketahui bahawa Jawatan ini berada bawah Pengurusan dan Profesional serta di Kementerian Dalam Negeri.

Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM2317.00 manakala gaji maksimum pula ialah RM9,620.00 . Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM225.00 .

Baca juga : [+] Tugas Penolong Pegawai Sains C29

Syarat Kelayakan Jawatan Pegawai Sains C41

Calon bagi lantikan jawatan Pegawai Sains C41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia; 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c)ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
   
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan 
(b)had umur pelantikan: 
 berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atauberumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atauberumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Baca Juga [+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41

Skop Tugas Pegawai Sains C41

Skop tugas Seorang Pegawai Sains C41 adalah berbeza mengikut pecahan bidang dan ia melibatkan 2 kementerian:

i) Kementerian Kesihatan Malaysia 

Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
Kimia Hayat – bidang Biokimia
Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
Embriologi – Biologi, Genetik
Forensik – Sains Forensik
Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

ii) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 

Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

Nak Contoh Soalan Peperiksaan?

Untuk buat persediaan awal, boleh dapatkan contoh soalan dan rujukan khas peperiksaan ini di link berikut. Kami sedang tunggu anda untuk kami bantu.

>> RUJUKAN PEGAWAI SAINS C41<<

Boleh juga terus join Telegram Khas Calon Peperiksaan PSEE Pegawai Sains C41 di link berikut:

Boleh juga whatsapp ke link berikut:

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya

  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *