Temuduga Penolong Pustakawan S29
Tahniah diucapkan kerana anda terpilih dan layak untuk menghadiri temuduga sesi Penolong Pustakawan S29 bagi Perpustakaan Negara Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimana dengan persediaan anda? Pasti anda sedang mencari contoh soalan temuduga bagi buat persediaan temuduga ini.
Dalam artikel ni kami ingin kongsikan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya dalam sesi temuduga.
Bagi calon yang mendapat panggilan temuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini, fasa temuduga ini merupakan fasa terpenting sebelum anda layak memegang jawatan Penolong Pustakawan S29 .
Kami telah menyediakan beberapa Contoh Soalan temuduga Penolong Pustakawan S29 di dalam artikel ini bagi bantu anda mendapat gambaran bentuk-bentuk soalan yang mungkin akan ditanya masa sesi temuduga nanti.
Tetapi seeloknya , anda perlu mengetahui terlebih dahulu skop tugas seorang Penolong Pustakawan S29 .
Skop Tugas Penolong Pustakawan S29
Soalan berkaitan skop tugas jawatan yang dipohon merupakan soalan popular yang biasa ditanya semasa sesi temuduga untuk semua jawatan.
Jadi sepatutnya calon perlu tahu huraikan skop tugas jawatan Penolong Pustakawan S29 .
Berdasarkan Portal Rasmi SPA, berikut merupakan tugas seorang Penolong Pustakawan S29.
Mengendali pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang oleh pengguna perpustakaan. Melaksanakan aplikasi ICT di
sumber : Portal SPA
perpustakaan, mengendali pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan membantu kerja
kewangan
Selain daripada skop tugas jawatan, markah bonus untuk anda jika anda mengetahui kaedah atau cara penilaian calon bagi sesi temuduga Penolong Pustakawan S29 oleh pihak penemuduga.
Baca Juga : [+] 15 Sebab Gagal Temuduga
Senarai Penilaian Temuduga Oleh Penemuduga
Dalam setiap temuduga SPA, anda akan dinilai oleh pihak penemuduga yang melibatkan beberapa kriteria seperti berikut:
- Penampilan
- Tingkah laku
- Kemahiran bertutur
- Keyakinan
- Kewibawaan (personaliti yang tegas dan meyakinkan)
- Motivasi
- Pembawaan (kemampuan bergaul dan mengawal emosi)
- Kecerdasan
- Pengetahuan
Semua kriteria di atas menyumbang kepada pemarkahan penilaian sesi temuduga anda. Daripada semua kriteria di atas, kita tidak akan dapat skor markah yang tinggi sekiranya, tidak buatsebarang persediaan sebelum sesi temuduga. Rugi tau..
Bukan mudah untuk anda dapat peluang seperti ini. Calon yang memohon terlalu ramai, tetapi anda yang layak untuk ke sesi temuduga ini. Jadi saya sangat berharap anda tidak sia-siakan peluang ini
Baca Juga : [+] Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pustakawan S29
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pustakawan S29
Seterusnya, kita akan bincangkan beberapa Contoh Soalan Temuduga . Secara umumnya, soalan yang lazim ditanya ketika sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek:
- Latarbelakang dan kelayakan calon
- Jawatan yang dipohon
- Dasar kerajaan
- Isu Semasa berkaitan dalam dan luar negara
Pengalaman Sebenar Temuduga Calon Penolong Pustakawan
Berikut antara koleksi soalan temuduga hasil perkongsian pengalaman calon yang telah menghadiri temuduga Penolong Pustakawan S29.
1.Diminta perkenalkan diri. Masa ni, masing-masing dah mula ‘jual diri’
2. Dalam situasi sekarang (Covid-19) dimana semua tak boleh pergi perpustakaan, macamana nak attract orang ramai untuk masih menggunakan dan tak melupakan perpustakaan.
3. Dengan situasi Covid 19 sekarang, semua online. Apa masalah utama kalau buat aktiviti secara maya atau online dan bagaimana mengatasinya ?
4. Macamana pemilihan buku untuk sesuatu perpustakaan dijalankan.
5. Apa itu integriti and apa situasi dalam perpustakaan yang melibatkan integriti.
6. Antara bahagian dalam perpustakaan yang mana melibatkan intergriti.
7. Apa aktiviti yang sesuai untuk attract orang datang library (yang working parents).
Boleh juga cuba jawab contoh -contoh soalan temuduga Penolong Pustakawan S29 yang mungkin di tanya semasa sesi temuduga dibawah.
1. Ceritakan serba sedikit latar belakang anda
2. Apakah kelayakan yang anda ada?
3. Adakah anda rasa anda layak untuk memegang jawatan ini? Sila berikan alasan anda
4. Kenapa mohon kerja jawatan Pembantu Pustakawan S19 ?
5. Apakah kelebihan yang anda ada supaya kami pilih anda memegang jawatan ini berbanding orang lain?
6. Apakah sistem klasifikasi pengkatalogan?(Library of Congress Classification Scheme dan Dewey Decimal Classification Scheme)
7. Apakah kelemahan anda ?
8. Adakah anda pernah bekerja? Ceritakan peranan anda di tempat kerja dahulu
9. Tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa.Boleh anda jelaskan bagaimana anda akan mengatasinya jika anda berada dalam situasi ini
10. Apakah perkara yang boleh meningkatkan motivasi diri anda?
11. Apakah yang anda paham mengenai bidang tugas Penolong Pustakawan S29 ?
11. Apa itu u-Pustaka?
12. Apakah surat khabar terkini yang terdapat dalam koleksi rujukan PNM?
13. Adakah penerbitan CD-ROM memerlukan nombor ISBN/ISSN?
Baca Juga [+] Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pustakawan S29
Tips Menghadapi Temuduga Penolong Pustakawan S29
Sila pastikan anda buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga ini kerana ini merupakan peringkat yang terakhir sebelum anda layak menyandang jawatan yang dinginkan. Gunakanlah peluang yang ada ini sebaiknya.
Cuba praktiskan menjawab contoh soalan temuduga di atas, sebagai persediaan untuk anda.
Penampilan semasa sesi temuduga juga menyumbang kepada pemarkahan semasa sesi temuduga. Ini kerana penampilan yang baik dan bersesuaian semasa sesi temuduga menggambarkan anda telah bersedia untuk di temuduga. Secara tidak langsung ia juga boleh meningkatkan keyakinana diri anda secara sesi temuduga dijalankan.
Banyak lagi tips temuduga yang kami kongsikan dalam panduan khas temuduga bagi membantu calon buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga.
5 Sebab Utama Gagal Temuduga
Ini adalah fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon penemuduga!
1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persediaan. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!
2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!
4. Penampilan yang tidak tepat. Penampilan yang sesuai untuk ke sesi temuduga itu penting. Semasa hadir ke sesi temuduga, ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul .
5. Over Confident! Terlalu yakin!. Ini kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh calon-calon terutamanya yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
Ya, ramai yang tersilap langkah dan tersungkur pada sesi temuduga ini!
Jadi jangan biarkan kesilapan-kesilapan kecil berlaku sewaktu sesi temuduga ini dan jangan biarkan ia menghancurkan imipian anda untuk menjawat jawatan sebagai pekerja kerajaan!
Pastikan diri anda betul-betul bersedia untuk menghadapi sesi temuduga tersebut kelak dan pastikan anda mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon-calon yang lain!
Rujukan Temuduga Penolong Pustakawan S29
Bagi melengkapkan lagi persediaan anda sebelum bertemu dengan panel-panel temuduga kerja kerajaan nanti , kami mengesyorkan anda dapatkan rujukan Rahsia Mudah Lulus Dalam Sesi Temuduga Kerja Kerajaan.
Ilmu yang terdapat di dalam ebook ini akan menjadikan anda beberapa langkah ke hadapan berbanding calon yang lain!

Apa yang ada dalam Rujukan Rahsia Mudah Lulus Temuduga ini;
✅ 11 rahsia berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.
✅ 9 kriteria calon temu duga yang dipilih
✅ Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan. A
✅ Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan.
✅ 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.
✅ Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan.
✅ 4 proses temu duga kerja kerajaan
✅ 20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga.
✅ 115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin.
✅ 6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.
✅ Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan.
BONUS #1 :72 Rahsia Menulis Resume Untuk Kerja Kerajaan
BONUS #2 :Pilihan 51 Templates Resume
BONUS #3 :Tips Bergambar Pakaian Semasa Temu Duga Kerja Kerajaan
Banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temu duga kerja kerajaan.
Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.
Dengan memiliki rujukan ini, ia merupakan langkah bijak anda yang pertama untuk menghadapi temu duga kerja kerajaan.
Pelaburan ilmu ini hanya berharga RM30 sahaja. (Harga asal RM90)
TEMPAH SEKARANG RUJUKAN TEMUDUGA [KLIK]
Baca juga : [+] 50 Contoh Soalan Temuduga Yang Biasa Ditanya Penemuduga