Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Tahniah sekiranya anda terlibat dengan temuduga Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pasti anda sedang tercari-cari contoh soalan dan pengalaman temuduga Separa Perubatan sebagai bahan persediaan temuduga anda.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan contoh soalan temuduga yang telah dikongsikan oleh calon temuduga.

Latihan separa perubatan ini terbahagi kepada 2 iaitu Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

10 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Tempoh Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma adalah selama 3 tahun dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

Berikut merupakan 10 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Juruterapi Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

3 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Manakala, Tempoh Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil  adalah selama 2 tahun 6 bulan dan calon akan ditempatkan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia..

Berikut merupakan 3 latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Jururawat Masyarakat

Contoh Soalan Temuduga

Sebanyak 30 soalan temuduga Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang kerap ditanya dikumpul dan dihimpunkan sebagai panduan calon-calon temuduga untuk dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi tapisan temuduga.

1. Perkenalkan diri dan latarbelakang anda secara ringkas dan padat.
2. Semasa di sekolah dan di kolej, apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai?
3. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma .
4. Menurut kelulusan anda, adakah anda memiliki kesemua kelayakan yang digariskan oleh SPA?
5. Beri 3 ciri-ciri yang digariskan untuk memasuki Temuduga Latihan Separa Perubatan ?

6. Jika anda dilantik menjadi Separa Perubatan , bagaimana anda melayan karenah pesakit yang berbeza usia?
7. Namakan kolej Latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
8. Apakah 3 perbezaan di antara hospital dan klinik?
9. berikan 3 keistimewaan Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan semasa era kepimpinan Perdana Menteri ke 6.
10. Siapakah nama Menteri Kesihatan di Malaysia yang terbaru?

Rujukan Simulasi Temuduga Latihan Separa Perubatan [klik sini]

11. Ada 2 syif kerja di hospital kerajaan, mahukah anda bekerja dalam situasi tersebut?
12. Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
13. Ceritakan misi dan visi bagi KKM.
14. Bagaimana pula dengan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini?
15. Namakan 3 kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

16. Paras gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apa?
17. Bagaimana demam Malaria menjangkiti manusia dan terangkan 3 kaedah mudah untuk mencegahnya?
18. Jelaskan mengenai virus Covid-19
19. Nyatakan jenis Vaksin Covid-19 yang telah disuntik kepada rakyat Malaysia
20. Jelaskan mengenai dose penggalak (booster dose) bagi vaksin Covid -19

21. Jelaskan 3 peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
22. Apa yang anda faham mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
23. Apakah 3 kelebihan diri anda jika dibandingkan dengan calon-calon Latihan Separa Perubatan yang lain?
24. Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
25. Berikan 3 cara anda meningkatkan keyakinan diri anda.

26. Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan dengan kerjaya lain?
27. Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan perubatan di Malaysia?
28. Berikan 3 cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di Malaysia.
29. Air yang tercemar mendatangkan pelbagai penyakit, berikan 3 contoh penyakit tersebut.
30. Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?

Anda bakal menghadapi temuduga Latihan Separa Perubatan tidak lama lagi? Rujukan berikut boleh membantu anda buat persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut.

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga anda. Kemungkinan anda tidak dipanggil lagi selepas ini. Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga kali ini.

Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sebagai panduan persediaan anda untuk menghadapi temuduga. Rujukan ini bole digunakan untuk persediaan temuduga bagi semua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rujukan ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini. Jadi anda bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan anda

Rujukan ini BUKAN BUKU tetapi adalah eBOOK versi download (pdf file). Anda akan dapat akses ke laman download selepas bayaran disahkan.

Itu adalah panduan temuduga yang boleh anda gunakan untuk persediaan sebelum menghadiri temuduga sebenar Pembantu Pembedahan Pergigian nanti.

Rujukan Simulasi Temuduga Latihan Separa Perubatan [klik sini]

Semoga bermanfaat.

Baca juga [+] Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pembedahan Pergigian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment