30 Soalan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19

Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian

Tahniah sekiranya anda terlibat dengan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19 untuk kemasukkan ke Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Skop Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian U19

Sebelum kita meneruskan perkongsian soalan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19, terlebih dahulu calon perlu mengetahui secara ringkas jawatan yang dipohon .

Ianya merupakan soalan lazim ditanya semasa sesi temuduga untuk semua jawatan.

Berikut merupakan tugas seorang Pembantu Pembedahan Pergigian U19

“Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.”

Tangga Gaji Pembantu Pembedahan Pergigian U19

Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U19 bertindak sebagai pelaksana dalam kumpulan Pebubatan dan Kesihatan. Mereka yang terpilih akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut tangga gaji bagi jawatan ini;

  • Gaji permulaan bagi jawatan ini ialah RM1360.00.
  • Gaji maksimum bagi jawatan ini pula RM4052.00.
  • Kadar kenaikan tahunan pula RM100.00.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian

Sebanyak 30 soalan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian yang kerap ditanya dikumpul dan dihimpunkan sebagai panduan calon-calon temuduga untuk dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi tapisan temuduga.

1. Perkenalkan diri dan latarbelakang anda secara ringkas dan padat.
2. Semasa di sekolah dan di kolej, apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai?
3. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Pembantu Pembedahan Pergigian .
4. Menurut kelulusan anda, adakah anda memiliki kesemua kelayakan yang digariskan oleh SPA?
5. Beri 3 ciri-ciri yang digariskan untuk memasuki Latihan Pembedahan Pergigian?

6. Jika anda dilantik menjadi Pembantu Pembedahan Pergigian, bagaimana anda melayan karenah pesakit yang berbeza usia?
7. Namakan kolej Latihan Pembedahan Pergigian yang anda tahu.
8. Apakah 3 perbezaan di antara hospital dan klinik?
9. berikan 3 keistimewaan Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan semasa era kepimpinan Perdana Menteri ke 6.
10. Siapakah nama Menteri Kesihatan di Malaysia yang terbaru?

Rujukan Simulasi Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian [klik sini]

11. Ada 2 syif kerja di hospital kerajaan, mahukah anda bekerja dalam situasi tersebut?
12. Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
13. Ceritakan misi dan visi bagi KKM.
14. Bagaimana pula dengan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini?
15. Namakan 3 kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

16. Paras gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apa?
17. Bagaimana demam Malaria menjangkiti manusia dan terangkan 3 kaedah mudah untuk mencegahnya?
18. Jelaskan mengenai virus Covid-19
19. Nyatakan jenis Vaksin Covid-19 yang telah disuntik kepada rakyat Malaysia
20. Jelaskan mengenai dose penggalak (booster dose) bagi vaksin Covid -19

21. Jelaskan 3 peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
22. Apa yang anda faham mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
23. Apakah 3 kelebihan diri anda jika dibandingkan dengan calon-calon Pembantu Pembedahan Pergigian yang lain?
24. Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
25. Berikan 3 cara anda meningkatkan keyakinan diri anda.

26. Apakah kelebihan kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian dengan kerjaya lain?
27. Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan perubatan di Malaysia?
28. Berikan 3 cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di Malaysia.
29. Air yang tercemar mendatangkan pelbagai penyakit, berikan 3 contoh penyakit tersebut.
30. Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?

10 Latihan Perubatan Bertaraf Diploma

Tempoh Latihan separa perubatan bertaraf Diploma adalah selama 3 tahun dan calon akan ditempatkan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

Berikut merupakan 10 latihan separa perubatan bertaraf diploma:

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Juruterapi Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

3 Latihan Perubatan Bertaraf Sijil

Manakala, Tempoh Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil  adalah selama 2 tahun 6 bulan dan calon akan ditempatkan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia..

Berikut merupakan 3 latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Jururawat Masyarakat

Anda bakal menghadapi temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian tidak lama lagi? Rujukan berikut boleh membantu anda buat persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut.

Rujukan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian

Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga anda. Kemungkinan anda tidak dipanggil lagi selepas ini. Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga kali ini.

Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sebagai panduan persediaan anda untuk menghadapi temuduga. Rujukan ini bole digunakan untuk persediaan temuduga bagi semua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rujukan ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini. Jadi anda bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan anda

Rujukan ini BUKAN BUKU tetapi adalah eBOOK versi download (pdf file). Anda akan dapat akses ke laman download selepas bayaran disahkan.

Itu adalah panduan temuduga yang boleh anda gunakan untuk persediaan sebelum menghadiri temuduga sebenar Pembantu Pembedahan Pergigian nanti.

Rujukan Simulasi Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian [klik sini]

Semoga bermanfaat.

Baca juga [+] Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pembedahan Pergigian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment