Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41

Adakah anda Calon Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 ?

Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 | Tahniah kepada anda yang terpilih untuk menduduki ujian Psikometrik bagi jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran .

 

Ujian ini perlu diambil oleh calon yang terpilih sebelum dipanggil ke sesi temuduga. Jika anda sedang mencari panduan ujian psikometrik, berikut merupakan contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41.

 

Baca juga: [+] Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA

 

Apa itu Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menilai dan mengukur tahap psikologi seseorang calon. Jika sebelum ini ujian psikometrik ini dinamakan sebagai penilaian sahsiah dan minat.

Melalui ujian psikometrik ini, calon – calon dapat dinilai dari segi tahap kepimpinan, sahsiah diri, cara berfikir, kebolehan bersosial dan berkomunikasi, kerjasama, kestabilan emosi dan beberapa kriteria yang lain.

Apakah format ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

Tiada format tetap bagi soalan ujian psikometrik ini dan terdapat kepelbagaian pilihan jawapan. Jawapan yang diberikan samada terdiri daripada 2 pilihan jawapan (ya atau tidak) , 3 pilihan jawapan (betul, salah, tidak pasti) , 4 pilihan jawapan atau 5 pilihan jawapan.Wow, macam-macam bentuk jawapan yang diperlukan.

Berbeza dengan soalan peperiksaan online Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 sebelum ini, ia mengandungi format tertentu untuk penilaian terhadap calon.

 

Sebenarnya, jawapan yang diberikan oleh calon sedikit sebanyak dapat menggambarkan personaliti diri, minat dan  kecenderungan samada ke arah positif ataupun negatif.

 

Baca Juga [+] Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Meteorologi C41

 

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

Berikut merupakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik sebagai panduan dan rujukan anda.

1. Saya tidak mahu mengambil risiko, kerana bimbang kegagalan.
   A. Setuju

B. Tidak setuju

2. Perkara yang kurang diterima ialah
A.Hidup seperti biasa
B. Hidup tanpa arah tuju

3. Didalam interaksi sosial, saya rasa amat sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.
A. Wajar
B. Tidak wajar

4.Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau pertolongan orang lain.
A. Betul
B. Salah

5. Jika orang tidak menghormati saya, saya juga tidak akan menghormatinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar

6. Saya rasa amat gembira apabila bersama dengan rakan
A. Ya
B. Bukan

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Rawak
B. Teliti

8. Saya kurang berkeyakinan mencuba sesuatu yang baru kerana bimbang tidak dapat hasil yang memberangsangkan
A. Wajar
B. Tidak wajar

9. Apabila saya nampak kawan saya mendapat pencapaian yang baik, saya berusaha mencontohinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar

10. Marah adalah emosi negatif, yang boleh menimbulkan masalah teruk jika tidak dikawal.
A. Betul
B. Salah

11.Jika kita berbuat baik kepada seseorang, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti

12.Walaupun dimana sahaja saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti

13. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi suatu masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

14. Saya tidak suka sekiranya pandangan saya ditolak
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar

15. Saya kurang berani untuk memberi pendapat semasa mesyuarat.
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar

 

Baca juga :  Contoh Soalan ujian Psikometrik SPA Sesuai Untuk Semua jawatan Kerajaan

 

Tonjolkan Kelebihan Sembunyikan Kelemahan

Daripada beberapa contoh soalan ujian psikometrik di atas, hanya calon- calon yang cenderung ke arah positif sahaja yang lebih menonjol dan terpilih untuk hadir ke sesi temuduga kerja kerajaan.

Tips paling penting untuk jawab soalan psikometrik ini ialah “Tonjolkan Kelebihan Sembunyikan Kelemahan”.

Jadi, macam mana untuk lulus ujian psikometrik ini? Susah ke?

Tak susah. Yang penting, perlukan banyak latihan atau latih tubi dengan soalan- soalan yang mungkin akan ditanya semasa sesi ujian psikometrik. Perlu ada panduan khas untuk mantapkan lagi pemahaman mengenai soalan yang akan ditanya sesama sesi ujian psikometrik.

Baca juga : [+] Tips Mudah Jawab Soalan Psikometrik

Panduan Lengkap Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

Panduan ujian psikometrik ini boleh dijadikan sebagai rujukan khas bagi semua jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam yang mempunyai penilaian ujian psikometrik.

 


Sila join group Telegram khas Ujian Psikometrik untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut :

 

[+] https://t.me/tipstemuduga_ujianpsikometrik

 

Bantu diri anda untuk berjaya dengan menonjolkan aura positif anda berbanding dengan calon- calon peperiksaan jawatan kerajaan yang lain. Sila perbanyakkan latihan tubi dengan bantuan panduan ujian Psikometrik ini. Sila buat tempahan segera. Semoga berjaya.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment