Adakah anda Calon Ujian Psikometrik Operator Logi H11?
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Operator Logi H11| Tahniah kepada anda yang terpilih untuk menduduki ujian Psikometrik bagi jawatan Operator Logi H11 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ujian ini perlu diambil oleh calon yang terpilih sebelum dipanggil ke sesi temuduga. Jika anda sedang mencari panduan ujian psikometrik, berikut merupakan contoh soalan ujian psikometrik Operator Logi H11.
Baca juga: [+] Contoh Soalan psikometrik Pegawai Hidupan Liar G41
Apa itu Ujian Psikometrik
Ujian Psikometrik merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menilai dan mengukur tahap psikologi seseorang calon dari segi tahap kepimpinan, sahsiah diri, cara berfikir, kebolehan bersosial dan berkomunikasi, kerjasama, kestabilan emosi dan beberapa kriteria yang lain.
Tiada format tetap bagi soalan ujian psikometrik ini dan terdapat kepelbagaian pilihan jawapan. Jawapan yang diberikan samada terdiri daripada 2 pilihan jawapan (ya atau tidak) , 3 pilihan jawapan (betul, salah, tidak pasti) , 4 pilihan jawapan atau 5 pilihan jawapan.Wow, macam-macam bentuk jawapan yang diperlukan.
Rujukan Psikometrik Operator Logi H11 [klik]
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Operator Logi H11
Berikut merupakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik sebagai panduan dan rujukan anda.
1. Saya tidak mahu mengambil risiko, kerana bimbang kegagalan.
A. Setuju
B. Tidak setuju
2. Perkara yang kurang diterima ialah
A.Hidup seperti biasa
B. Hidup tanpa arah tuju
3. Didalam interaksi sosial, saya rasa amat sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.
A. Wajar
B. Tidak wajar
4.Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau pertolongan orang lain.
A. Betul
B. Salah
5. Jika orang tidak menghormati saya, saya juga tidak akan menghormatinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar
6. Saya rasa amat gembira apabila bersama dengan rakan
A. Ya
B. Bukan
7. Pilihan anda dibuat secara
A. Rawak
B. Teliti
8. Saya kurang berkeyakinan mencuba sesuatu yang baru kerana bimbang tidak dapat hasil yang memberangsangkan
A. Wajar
B. Tidak wajar
9. Apabila saya nampak kawan saya mendapat pencapaian yang baik, saya berusaha mencontohinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar
10. Marah adalah emosi negatif, yang boleh menimbulkan masalah teruk jika tidak dikawal.
A. Betul
B. Salah
11.Jika kita berbuat baik kepada seseorang, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti
12.Walaupun dimana sahaja saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti
13. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi suatu masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
14. Saya tidak suka sekiranya pandangan saya ditolak
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar
15. Saya kurang berani untuk memberi pendapat semasa mesyuarat.
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar
Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA
Berikut merupakan contoh soalan yang boleh anda jadikan sebagai bahan untuk latih tubi bagi ujian psikometrik.
1 . Dalam turutan nombor 3,4,6,9,…. apakah nombor ke 8?
A. 24
B. 27
C. 29
D. 31
Jawapan : D
2 . Zainab membeli meja makan dengan harga Rm7800.Potongan sebanyak 6% kerana Zainab membeli dengan menggunakan kupon diskaun. Berapakah harga meja makan selepas menggunakan kupon diskaun?
A. rm7440
B. RM7120
C. RM7332
D. RM7540
Jawapan : C
3 . Ramlah memerlukan 0.5m tali untuk ikat 1 kotak. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk ikat 200 kotak?
A. 60m
B. 80m
C. 100m
D.120m
Jawapan : C
4 . Dalam sebuah kelas terdapat 40 murid. 10 % telah mendapat penyakit tangan , kaki dan mulut. 10% daripadanya demam dan selebihnya sihat.Berapakah jumlah murid yang sihat?
A.20
B.24
C. 28
D. 32
Jawapan : D
5 . Dalam sebuah majlis makan malam terdapat mempunyai 120 orang yang hadir. 55% adalah wanita dan 10% daripadanya adalah kanak-kanak. Selebihnya adalah lelaki. Berapakah golongan lelaki yang hadir ke majlis tersebut?
A.30 orang
B. 35 orang
C . 42 orang
D. 49 orang
Jawapan : C
6 . Selesaikan, 3 jam 30 minit – 55 minit =
A. 1 jam 20 minit
B. 1 jam 35 minit
C. 1 jam 40 minit
D 1 jam 55 minit
Jawapan : B
7 . Sekiranya harga 1 kilogram gula kasar meningkat daripada RM2.60 kepada RM3.20, berapakah peratus peningkatan harga gula kasar tersebut?
A . 22.42%
B . 23.08%
C . 23.15%
D . 24.03%
Jawapan : B
8 . Aiman ada seorang abang dan seorang adik perempuan. Berat adalah 26kg. Berat adiknya separuh dari berat Aiman . Manakala berat abangnya 3 kali ganda daripada berat adik perempuannya. Berapakah berat abangnya.
A. 34kg
B.37kg
C. 39kg
D.42kg
Jawapan : C
9 . Hitungkan : 122 x (6+4-2) ÷ 2=
A. 312
B. 380
C. 450
D. 488
Jawapan : D
10 . Nana mencatat skor 84,90,84 dan 82 dalam empat kertas Ujian Akhir tahun. Berapakah markah yang harus dia capai dalam kertas kelima untuk mendapatkan purata markah 85?
A . 78
B. 85
C. 87
D. 89
Jawapan : B
11 . Saiful telah membeli 8 biji durian dengan harga RM168. Berapakah harga purata sebiji durian tersebut?
A. RM20
B. RM21
C. RM22
D. RM23
Jawapan : B
12 . Di antara berikut yang manakah nilai paling kecil?
A. 4/20
B. 0.002
C.23%
D. 6/50
Jawapan : B
13 . Ali telah membeli 2 kotak air milo untuk dikongsikan bersama-sama 4 orang rakannya. Setiap kotak mengandungi 1 liter air. Berapa liter untuk dibahagikan sama rata antara mereka?
A. 0.25L
B. 0.3L
C. 0.4L
D 0.5L
Jawapan : C
Baca juga : Contoh Soalan ujian Psikometrik SPA Sesuai Untuk Semua jawatan Kerajaan
Tonjolkan Kelebihan Sembunyikan Kelemahan
Daripada beberapa contoh soalan ujian psikometrik di atas, hanya calon- calon yang cenderung ke arah positif sahaja yang lebih menonjol dan terpilih untuk hadir ke sesi temuduga kerja kerajaan.
Tips paling penting untuk jawab soalan psikometrik ini ialah “Tonjolkan Kelebihan Sembunyikan Kelemahan”.
Yang penting, perbanyakkan latihan atau latih tubi dengan soalan- soalan yang mungkin akan ditanya semasa sesi ujian psikometrik. Perlu ada panduan khas untuk mantapkan lagi pemahaman mengenai soalan yang akan ditanya sesama sesi ujian psikometrik.
Baca juga : [+] Tips Mudah Jawab Soalan Psikometrik
Panduan Lengkap Ujian Psikometrik Operator Logi H11
Panduan ujian psikometrik ini boleh dijadikan sebagai rujukan khas bagi semua jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam yang mempunyai penilaian ujian psikometrik.
Sila join group Telegram khas Ujian Psikometrik untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut :
[+] https://t.me/tipstemuduga_ujianpsikometrik
Bantu diri anda untuk berjaya dengan menonjolkan aura positif anda berbanding dengan calon- calon peperiksaan jawatan kerajaan yang lain. Sila perbanyakkan latihan tubi dengan bantuan panduan ujian Psikometrik ini. Sila buat tempahan segera. Semoga berjaya.