Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19



Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak | Berikutan musim COVID-19 ini ada beberapa peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dijadualkan tahun 2020 ini ditangguhkan . Antaranya peperiksaan Imigresen dan beberapa ujian Psikometrik.

Saya ada menerima banyak pertanyaan mengenai rujukan khas untuk exam Pembantu Syariah LS19 untuk negeri Perak. Ada ujian online yang dijadualkan pada 12 Jun 2020.


Baca juga : [+] Gaji Kelayakan dan Skop Tugas Pembantu Syariah LS19

Sebenarnya ada satu ujian untuk gred L19/LS19 ini telah dijalankan pada peringkat SPA pusat pada FEBRUARI 2020. Tim Infokerjaya ada mengeluarkan rujukan khusus untuk sesi ini dan telah bantu calon-calon sesi tersebut.

Kita rasakan yang untuk jawatan Pembantu Syariah LS19 negeri Perak ini boleh gunakan rujukan yang sama. Tetapi apabila dilihat pada format negeri Perak, ada sedikit kelainan. Ada seksyen penilaian Kefahaman Bahasa Melayu yang tiada dalam rujukan SPA Pusat sesi Februari 2020 yang lepas.

Mari kita lihat format peperiksaan Pembantu Syariah LS19 negeri Perak yang bakal dilangsungkan;

Format Pembantu Syariah LS19 (PERAK) 2020

Format 2020 untuk kebanyakan jawatan ambilan SPA sekarang dimasukkan komponen penilaian Kefahaman Bahasa Inggeris. Boleh dikatakan hampir semua penilaian bermula tahun 2019 ini menggunakan format ini. Tetapi untuk ujian LS19 Perak kali ini ada tambahan baru iaitu Kefahaman Bahas Melayu.

  • Bahagian A: Kefahaman Bahasa Melayu
  • Bahagian B: Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Bahagian C: Daya Menyelesaikan Masalah

Setiap bahagian diperuntukkan masa selama 30 minit.

www.wasap.my/nak-contoh-soalan

Huraian Contoh Soalan Pembantu Syariah LS19.

Bahagian A: Kefahaman Bahasa Melayu

Format sebegini tiada dalam sesi peperiksaan SPA PUSAT untuk tahun 2017 – 2019. Tetapi soalan penilaian ini ada ditanya dalam peperiksaan ambilan melalui Ujian Pengambilan Lantikan Baru (REQT) Sarawak tahun 2018.

Mengikut pengalaman Tim Infokerjaya, penilaian Kefahaman Bahasa Melayu ini antara lain memerlukan anda membaca sebuah esei dan memahami keseluruhan esei tersebut. Setelah anda memahami petikan esei tersebut, anda diberi beberapa soalan yang menyoal anda tentang petikan esei yang telah anda baca.

Poin penting di sini, anda boleh membaca sambil lalu terlebih dahulu soalan-soalan yang diberikan dan mula membaca petikan esei selepas itu. Anda boleh disoal 5-10 soalan bagi setiap petikan esei dengan diberi pilihan jawapan objektif A, B, C dan D.

Bahagian B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA dan dimasukkan dalam penilaian Pembantu Syariah LS19. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini

pembantu antidadah s19

Question 15 – 19
Read the passage below and answer the questions that follow.

David, my son was born by emergency caesarean section in a hospital in Cambridge, England. The first thing I noticed when they pulled him into the world was a gaping black hole in the middle of his face. Strangely, I wasn’t shocked by his harelip. I was infatuated by the tiny life I held in my arms.

But things did not go well. David struggled to feed, he choked and slept a lot. I could no longer hide my fear I knew that he was ill. We were back in hospital before he was a month old. There we saw various specialists who meticulously catalogued a long list of abnormalities. After days of tests and consultations, the doctor told us among other things that David had holes in the heart, only one kidney, spinal abnormalities and the fibres connecting the two hemispheres of the brains were missing. The doctor said that David has to have open-heart surgery really soon.

His words sank in, but I had already made the decision. David was all right. “But he is so much more at ease away from here. We don’t want any more investigations. No more needles or tests unless you can prove they will improve his quality of life. We fly back to Nepal this Sunday.”

Back in Nepal, the peace and pace was healing for all of us, and David’s tube stayed in less and less. He seemed to be doing so well that we decided to take a break and head into the mountains. We flew to Pokhara and we walked north towards the grand Annapura, through the deepest gorge in the world. At a height of 2807m above sea level, we were short of breath but the holes in David’s heart had stimulated him to produce more red blood cells to cope in the thin mountain air.

When David was five months old, we took him back to the Cambridge hospital. The clinical staffs were amazed at how well David had done. They were astonished that his growing heart had repaired theholes. He no longer needed the medicines – and he never had that open heart surgery.

Adapted from an article “Mountain Baby” in the Guardian by Dr. Jane Wilson Howarth

exam penolong pegawai tadbir n29
Soalan penolong pegawai tadbir n29

Bahagian C: Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah

penolong pegawai tadbir n29

Jawapan: D

Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kerana jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh. Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya.

“Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”


soalanpenolongpegawaitadbir

Jawapan: C

Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.


penolong pegawai tadbir n29 pengurusan stor
penolong pegawai tadbir n29 penurusan stor

soalan pegawia tadbir pengurusan stor
soalan exam pegawai tadbir

contohsoalanpenolongpegawaitadbir
pengurusan stor penolong pegawai tadbir

Nak Rujukan Pembantu Syariah LS19 Perak?

Anda boleh gunakan rujukan exam SPA Pusat sesi Jun 2020. Untuk anda yang dah dapatkan rujukan tersebut, buka semula laman download anda, kita dah masukkan komponen EXTRA yang tiada dalam rujukan Jun 2020 iaitu KEFAHAMAN BAHASA MELAYU. Jadi anda boleh gunakan rujukan ini untuk persediaan Pembantu Syariah LS19 negeri Perak sesi JUN 2020 ini

>> KLIK SINI RUJUKAN PEMBANTU SYARIAH LS19 PERAK<<

Manfaatkan rujukan ini. Kami ucapkan salam sukses untuk anda!



  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment