Gaji, Kelayakan dan Skop Tugas Pembantu Syariah LS19

Gaji, Kelayakan dan Skop Tugas Pembantu Syariah LS19| Anda telah dapat panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Pembantu Syariah? Dah Semak kelayakan menduduki peperiksaan? Terlebih dahulu tahniah kami ucapkan kerana anda terpilih.

Pasti anda tengah tercari-cari mengenai maklumat jawatan ini. Di sini kami ingin kongsikan maklumat jawatan, skop tugas Pembantu Syariah

Semakan Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19

Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat peperiksaan online Pembantu Syariah :

Baca juga :[+] Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19

Tangga Gaji Pembantu Syariah LS19

Sebelum kami jelaskan mengenai skop tugas Pembantu Syariah, perlu diketahui bahawa Jawatan ini berada bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta di Pelbagai Kementerian/Jabatan.

Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1,355.00 manakala gaji maksimum pula ialah RM4007.00 . Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM100.

aca juga : [+] Contoh soalan Temuduga Pembantu Syariah

Syarat Kelayakan Jawatan Pembantu Syariah LS19

Calon bagi lantikan jawatan Pembantu Syariah LS19 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
  4. Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  6. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau
  7. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  8. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).
  9. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Skop Tugas Pembantu Syariah LS19

Skop tugas Seorang Pembantu Syariah adalah seperti berikut:

Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah. .

Sumber :Portal SPA

Nak Contoh Soalan Peperiksaan?

Untuk buat persediaan awal, boleh dapatkan contoh soalan dan rujukan khas peperiksaan ini di link berikut. Kami sedang tunggu anda untuk kami bantu.

>> Contoh Soalan dan Jawapan Pembantu Syariah<<

Boleh juga whatsapp ke link berikut:

www.wasap.my/nak-contoh-soalan

Boleh juga terus join Telegram Khas Calon -calon exam SPA di link berikut:

[+] https://t.me/ExamSPA

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *