50 Contoh Soalan Temuduga SPA Yang Biasa Ditanya

50 Contoh Soalan Temuduga SPA Yang Biasa Ditanya penemuduga

Anda sedang membuat persediaan untuk sesi temuduga SPA? Kami sediakan artikel ini untuk bantu anda dengan menyediakan contoh soalan yang biasa ditanya ketika sesi temuduga.

50 C0NT0H SOALAN TEMUDUGA YANG BIASA DITANYA PENEMUDUGA

Untuk pengetahuan anda terdapat banyak jenis soalan yang biasa ditanyakan penemuduga kepada calon yang hadir. Ada sebahagian soalan yang seakan-akan sama tetapi berada dalam kategori yang berbeza.

Dengan mengetahui bentuk soalan ini, anda semestinya dapat membuat persediaan dengan rapi dan membolehkan anda lebih yakin untuk menghadapi temuduga nanti.

Koleksi 50 Contoh Soalan Temuduga SPA

Para calon boleh terus dapatkan contoh soalan temuduga berikut untuk persediaan untuk menghadiri sesi temuduga nanti.

Soalan Temuduga Asas

1. Beritahu kami tentang diri anda?
2. Apakah kekuatan diri anda?
3. Apakah kelemahan diri anda?
4. Mengapa anda mahukan kerjaya ini?
5. Apa yang anda mahu capai dalam karier anda 5 tahun dari sekarang?

6. Apakah syarikat yang ideal bagi anda?
7. Apa yang menarik perhatian anda dalam syarikat ini?
8. Mengapa kami patut ambil anda?
9. Apa yang anda gemar mengenai kerjaya anda sebelum ini?
10. Di manakah anda rasa berpuas hati dengan kerjaya anda?

11. Apa yang anda boleh lakukan untuk kami yang calon lain tidak boleh?
12. Apakah tanggungjawab anda dalam kerjaya sebelum ini?
13. Mengapa anda meninggalkan kerja yang sekarang?
14. Apa yang anda tahu mengenai industri ini?
15. Apa yang anda tahu mengenai syarikat kami?

16. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke mana-mana?
17. Ada sebarang soalan untuk saya?

Soalan Temuduga Berkaitan Sikap

18. Apakah projek terakhir yang anda jalankan, dan apakah hasilnya?
19. Berikan saya contoh masa yang anda rasakan anda boleh hadir dan dipanggil kerja untuk menjalankan tugasan.
20. Terangkan bilakah hasil kerja anda telah dikritik?

21. Adakah anda berada di dalam sebuah kumpulan yang seseorang tidak bekerjasama bersama anda? Bagaimana anda mengendalikannya?
22. Beritahu kami bilakah anda perlu memberi sebuah maklumbalas yang sukar? Bagaimana anda mengendalikannya?
23. Apakah kegagalan anda yang terbesar, dan apakah yang dapat anda pelajari darinya?
24. Apakah yang mengganggu anda mengenai orang lain, dan bagaimana anda menguruskannya?
25. Jika anda merupakan ketua jabatan dan diminta untuk melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apa tindakan anda?

Jika anda tidak pasti apakah soalan-soalan yang bakal ditanya, anda perlu mengambil inisiatif tambahan dengan serius.

26. Apakah saat yang paling sukar dalam hidup anda, dan bagaimana anda berhadapan dengannya?
27. Berikan contoh di mana anda membuat satu kesilapan, bagaimana anda menguruskannya?
28. Kongsikan dengan kami di mana anda perlu menghadapi konflik dalam kerja.
29. Jika anda berada di sebuah jamuan makan tengahari dan anda memesan menu yang jarang ditemui, apakah yang perlu anda lakukan?
30. Sekiranya syarikat anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang seperti penipuan, apakah tindakan anda?

31. Apakah tugasan yang sukar bagi anda, dan bagaimana anda menyelesaikannya.
32. Apakah keputusan yang paling sukar anda lakukan 2 tahun yang lepas, dan bagaimana anda menyelesaikannya?
33. Terangkan bagaimana anda mengendalikan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan sebelum meninggalkan pejabat, dan agak mustahil untuk anda selesaikannya.

Soalan Temuduga Berkaitan Gaji

34. Gaji yang bagaimana anda cari?
35. Bagaimana sejarah gaji anda?
36. Adakah dengan gaji ini anda mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik?
37. Adakah anda sanggup dipotong gaji jika kualiti kerja anda menurun?

Soalan Temuduga Berkaitan Perkembangan Kerjaya

38. Apakah yang anda cari dalam perkembangan karier anda?
39. bagaimana anda mahu meningkatkan diri anda untuk tahun berikutnya?
40. Apakah matlamat anda sekiranya anda berjaya mendapatkan kerja ini?
41. Sekiranya kami memohon untuk ketua jabatan anda terdahulu untuk memberikan latihan atau pendedahan, apa yang boleh beliau cadangkan?

Soalan Temuduga Bagaimana Kerjaya Anda Bermula

42. Bagaimana anda membina kredibiliti yang pantas di dalam kumpulan?
43. Berapa lama anda mengambil masa untuk memberikan sumbangan yang signifikan?
44. Apa yang dapat anda lihat dalam diri anda dalam masa 30 hari yang pertama semasa bekerja?
45. Jika terpilih untuk jawatan ini, bolehkan anda terangkan strategi untuk 90 hari yang pertama?

Soalan Temuduga Tambahan Tentang Diri Anda

46. Bagaimana anda menerangkan cara kerja anda?
47. Bagaimana persekitaran kerja yang anda perlukan?
48. Apakah teknik yang anda gunakan untuk memastikan kerja anda terurus?
49. Sekiranya anda perlu membuat pilihan, siapakah orang yang bakal anda pilih untuk membantu anda sama ada “big-picture person” atau “detail-oriented person”?
50. Beritahu kami apakah pencapaian anda yang paling dibanggakan?

Selain daripada contoh soalan di atas , berikut beberapa lagi contoh soalan lazim temuduga beserta contoh jawapan . Semoga ia juga dapat membantu calon membuat persediaan awal sebelum sesi temuduga.

Soalan lazim ketika sesi temuduga beserta cadangan jawapan

Semoga soalan – soalan ini juga dapat dijadikan panduan dan idea bagi menjawab soalan yang ditanya.

1.” Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?”

Calon boleh cuba jawab berdasarkan cadangan jawapan berikut.

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan – rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam -macam lagi persediaan yang saya buat.

Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir sahaja, saya juga membuat persediaan dari segi mentaljuga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya.

Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya. Sebab itulah saya mesti menjadi yang terbaik”

macam tu la salah satu idea bagaimana untuk menjawab soalan temuduga seperti di atas.

2. ” Apakah kelemahan anda?”

Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya lakukan siap lebih awal.
Sejak di universiti lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan lebih awal sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan.
Tetapi, apabila kerja saya siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru.
Mungkin kelemahan saya ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan seharian.

 3. Apa Kelebihan Anda Berbanding Calon Lain? Adakah Anda Rasa Yang Membuatkan Anda Lebih Layak Untuk Jawatan Ini ?

Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan dari orang lain.

4. “Memandangkan Anda Baru Sahaja Menamatkan Pengajian Beberapa Bulan Yang Lepas, Adakah Anda Mempunyai Pengalaman Bekerja?

Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa membuat apapun.
Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wang tambahan di samping membantu keluarga menguruskan kedai runcit tersebut.
Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya, saya belajar bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun perniagaan, dan juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan.
Dari pekerjaan-pekerjaan berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang ramai, mengurus data dan sebagainya.

Jika sekarang anda sedang bekerja dan terpilih untuk menghadiri temuduga, berikut mungkin beberapa soalan yang anda bakal ditanya.

5. “Apa pandangan anda tentang majikan anda sekarang ini”

“Pada pandangan saya, majikan saya sebelum ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan selalu memberi tunjuk ajar. Beliau juga mengajar saya enti disiplin dalam bekerja”

6.” Mengapakah kamu tidak gembira dengan pekerjaan sebelum ini?”

Tidak. Saya begitu gembira dengan pekerjaan sebelum ini tetapi apabila wujudnya peluang seperti iniiaitu bidang yang saya nantikan selama ini, sudah tentu saya tidak akan melepakan peluang ini.

7. “Mengapakah anda kerap menukar kerja?”

Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran.

Ini adalah antara contoh soalan beserta jawapan yang kami sediakan dalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga.

Selain daripada itu, didalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga terdapat juga;

  • 46 Soalan berkenaan Pengenalan Diri. Soalan-soalan jenis ini merupakan soalan panel temuduga bertanya untuk mengenali diri anda dengan lebih dekat lagi. Perkenalkan diri anda kepada mereka dengan lebih efektif.
  • 17 Soalan tentang Kelayakan dan Pengalaman untuk rujukan anda sebelum hari temuduga tiba. Jadi, buangkan rasa risau anda jauh-jauh.
  • 45 Soalan tentang Info Jawatan memadai untuk rujukan anda.Dalam temuduga kerja kerajaan, anda mesti tahu skop jawatan yang anda pohon.
  • Dan banyak lagi soalan-soalan tentang Penyelesaian Masalah, Kenegaraan, Isu Semasa, Integriti dan Akhlak dan soalan-soalan berdasarkan Psikologi. Pasti himpunan soalan ini bakal mengurangkan kerisauan anda.

Anda bakal hadir ke temuduga dengan lebih tenang dan bersedia dengan bantuan rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga ini.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan SPA

Khas untuk semua calon Temuduga SPA sekiranya anda ingin mendapatkan panduan atau ingin tahu cara temuduga kerajaan sebenar, jalan terbaik adalah dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan .

Walaupun ianya tidak spesifik kepada jawatan tertentu , ianya boleh juga dijadikan rujukan tambahan bagi membantu anda buat persediaan temuduga. Rujukan ini sesuai dijadikan panduan temuduga untuk semua jawatan SPA.

rahsia-tips-temuduga-SPA

Pakej Lengkap temuduga ini mengandungi:
1) Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga
2) Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
3) Rahsia Penulisan Resume Temuduga
4) Rahsia Penampilan Temuduga
5) Rahsia Lebih 250 Soalan dan Jawapan Temuduga

Di dalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga yang terdapat dalam pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, kami ada senaraikan soalan beserta jawapan yang biasa ditanya oleh penemuduga .Antaranya seperti berikut:

” Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?”

Calon boleh cuba jawab berdasarkan cadangan jawapan berikut.

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan – rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam -macam lagi persediaan yang saya buat.

Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir sahaja, saya juga membuat persediaan dari segi mentaljuga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya.

Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya. Sebab itulah saya mesti menjadi yang terbaik”

macam tu la salah satu cara idea cara nak jawab soalan temuduga.

Jika sekarang anda sedang bekerja dan terpilih untuk menghadiri temuduga, berikut mungkin beberapa soalan yang anda bakal ditanya.

“Apa pandangan anda tentang majikan anda sekarang ini”

“Pada pandangan saya, majikan saya sebelum ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan selalu memberi tunjuk ajar. Beliau juga mengajar saya enti disiplin dalam bekerja”

” Mengapakah kamu tidak gembira dengan pekerjaan sebelum ini”

Tidak. Saya begitu gembira dengan pekerjaan sebelum ini tetapi apabila wujudnya peluang seperti iniiaitu bidang yang saya nantikan selama ini, sudah tentu saya tidak akan melepakan peluang ini.

“Mengapakah anda kerap menukar kerja?”

Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran.

Banyak lagi idea bagaimana cara menjawab soalan yang mungkin bakal ditanya oleh penemuduga yang terdapat dalam rujukan berikut. Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan ini. Ianya adalah salah satu rujukan yang terdapat dalam pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
tempah sekarang

Semoga bermanfaat.

[+] Contoh Soalan Temuduga Kurator S41

[+] Contoh Soalan Temuduga Jurutera J41

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment