Temuduga Pengajar U41 (Jururawat)
Tahniah diucapkan kerana anda terpilih dan layak untuk menghadiri temuduga Pengajar U41 (Jururawat) yang akan diadakan tidak lama lagi. Apakah persediaan anda?
Pasti anda sedang tercari-cari contoh soalan temuduga serta perkongsian pengalaman calon temuduga yang lepas sebagai persediaan temuduga anda pula.
Bacaan Tambahan :
[+] Contoh Soalan Psikometrik Pengajar U41

Dalam artikel ni kami ingin kongsikan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya dalam sesi temuduga.
Bagi calon yang mendapat panggilan temuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini, fasa temuduga ini merupakan fasa terpenting sebelum anda layak menyandang jawatan Pengajar U41 (Jururawat) .
Tips temuduga serta soalan- soalan yang biasa ditanya ketika sesi temuduga perlulah anda kuasai bagi membolehkan anda rasa lebih yakin dan bersedia untuk ke sesi temuduga nanti.
Skop Tugas Pengajar U41 (Jururawat)
Sebelum kita meneruskan perbincangan kita mengenai contoh soalan temuduga , anda perlu mengetahui skop tugas sebagai seorang Pengajar U41 (Jururawat) .
Pengajar U41 (Jururawat) bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan, penyediaan dan pengurusan latihan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari yang lengkap dan berkesan supaya bekalan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari adalah mencukupi, berkelayakan dan berkualiti untuk menampung keperluan di sektor awam pada masa sekarang dan akan datang.
Syarat Lantikan Pengajar U41 (Jururawat)
SYARAT LANTIKAN :
1. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |
(a) | warganegara Malaysia; | |
(b) | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |
(c) | ||
(i) | ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; | |
(ii) | mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan | |
(iii) | telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan). (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00) |
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Gred U29, U32 atau U36, Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32 atau U36, Juru X-Ray Gred U29, U32 atau U36, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32 atau U36, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruterapi Pergigian, Juruteknologi Pergigian dan Penolong Pegawai Farmasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengajar Gred U41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) | mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan | |
(b) | had umur pelantikan: | |
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atauberumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atauberumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. |
Tangga Gaji Pengajar U41 (Jururawat)
Jawatan Pengajar U41 (Jururawat) dikategorikan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Mereka yang terpilih akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berikut tangga gaji bagi jawatan ini;
Gaji Minimum | RM2,429.00 |
Gaji Maksimum | RM9,656.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM225.00 |
Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan amat tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung tidak tahu bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.
Markah bonus untuk anda jika anda mengetahui kaedah atau cara penilaian calon bagi sesi temuduga Pengajar U41 (Jururawat) oleh pihak penemuduga.
Baca Juga : [+] 15 Sebab Gagal Temuduga
Penilaian Temuduga Pengajar U41 (Jururawat)
Dalam setiap temuduga SPA, penilaian anda oleh pihak penemuduga melibatkan beberapa kriteria seperti berikut:
- Penampilan
- Tingkah laku
- Kemahiran bertutur
- Keyakinan
- Kewibawaan (personaliti yang tegas dan meyakinkan)
- Motivasi
- Pembawaan (kemampuan bergaul dan mengawal emosi)
- Kecerdasan
- Pengetahuan
Semua kriteria di atas menyumbang kepada pemarkahan penilaian sesi temuduga anda. Daripada semua kriteria di atas, kita tidak akan dapat skor markah yang tinggi sekiranya, tiada sebarang persediaan sebelum sesi temuduga.
Rugi tau..
Bukan mudah untuk anda dapat peluang seperti ini.
Calon yang memohon terlalu ramai, tetapi anda yang layak untuk ke sesi temuduga ini. Jadi saya sangat berharap anda tidak sia-siakan peluang ini.
Soalan lazim ketika sesi temuduga
Berikut merupakan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya ketika sesi temuduga. Ia boleh dijadikan panduan dan idea bagi menjawab soalan yang ditanya.
1.” Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?”
Calon boleh cuba jawab berdasarkan cadangan jawapan berikut.
Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan – rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam -macam lagi persediaan yang saya buat.
Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir sahaja, saya juga membuat persediaan dari segi mentaljuga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya.
Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya. Sebab itulah saya mesti menjadi yang terbaik”
macam tu la salah satu cara idea cara nak jawab soalan temuduga.
Jika sekarang anda sedang bekerja dan terpilih untuk menghadiri temuduga, berikut mungkin beberapa soalan yang anda bakal ditanya.
2. “Apa pandangan anda tentang majikan anda sekarang ini”
“Pada pandangan saya, majikan saya sebelum ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan selalu memberi tunjuk ajar. Beliau juga mengajar saya enti disiplin dalam bekerja”
3.” Mengapakah kamu tidak gembira dengan pekerjaan sebelum ini?”
Tidak. Saya begitu gembira dengan pekerjaan sebelum ini tetapi apabila wujudnya peluang seperti iniiaitu bidang yang saya nantikan selama ini, sudah tentu saya tidak akan melepakan peluang ini.
“Mengapakah anda kerap menukar kerja?”
Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran.
Ini adalah antara contoh soalan beserta jawapan yang kami sediakan dalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga.
Selain daripada itu, didalam rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga terdapat juga;
- 46 Soalan berkenaan Pengenalan Diri. Soalan-soalan jenis ini merupakan soalan panel temuduga bertanya untuk mengenali diri anda dengan lebih dekat lagi. Perkenalkan diri anda kepada mereka dengan lebih efektif.
- 17 Soalan tentang Kelayakan dan Pengalaman untuk rujukan anda sebelum hari temuduga tiba. Jadi, buangkan rasa risau anda jauh-jauh.
- 45 Soalan tentang Info Jawatan memadai untuk rujukan anda.Dalam temuduga kerja kerajaan, anda mesti tahu skop jawatan yang anda pohon.
- Dan banyak lagi soalan-soalan tentang Penyelesaian Masalah, Kenegaraan, Isu Semasa, Integriti dan Akhlak dan soalan-soalan berdasarkan Psikologi. Pasti himpunan soalan ini bakal mengurangkan kerisauan anda.
Anda bakal hadir ke temuduga dengan lebih tenang dan bersedia dengan bantuan rujukan Rahsia Lebih dari 250 Soalan dan Jawapan Temuduga ini.
Contoh lain Soalan Temuduga Pengajar U41 (Jururawat)
Seterusnya, kita akan bincangkan beberapa Contoh Soalan Temuduga lagi. Secara umumnya, soalan yang lazim ditanya ketika sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek:
- Latarbelakang dan kelayakan calon
- Jawatan yang dipohon
- Dasar kerajaan
- Isu Semasa berkaitan dalam dan luar negara
Ketahui kementerian atau jabatan yang terlibat
Anda perlu dapatkan maklumat secara ringkas mengenai kementerian dan jabatan yang terlibat.
Untuk dapatkan info berkaitan kementerian dan jabatan yang berkaitan, anda boleh terus ke website rasmi kementerian dan jabatan tersebut. Di website rasmi ini anda juga boleh dapatkan info mengenai:
- Nama Menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat
- Ketua Pengarah dan Penolong Ketua Pengarah
- Fungsi jabatan dan institusi yang terlibat
- Visi , misi bagi setiap kementerian dan jabatan
Berikut merupakan contoh -contoh lain soalan temuduga Pengajar U41 (Jururawat) yang mungkin di tanya semasa sesi temuduga.
- Ceritakan serba sedikit latar belakang anda
- Apakah kelayakan yang anda ada?
- Adakah anda rasa anda layak untuk memegang jawatan ini? Sila berikan alasan anda
- Kenapa mohon kerja jawatan Pengajar Jururawat U41?
- Apakah kelebihan yang anda ada supaya kami pilih anda memegang jawatan ini berbanding orang lain?
- Apakah kelemahan anda ?
- Adakah anda pernah bekerja? Ceritakan peranan anda di tempat kerja dahulu
- Tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa.Boleh anda jelaskan bgaimana anda akan mengatasinya jika anda berada dalam situasi ini
- Apakah perkara yang boleh meningkatkan motivasi diri anda?
- Apakah yang anda paham mengenai bidang tugas Pengajar Jururawat U41?
- Siapakah nama Menteri Kesihatan Malaysia?
- Boleh jelaskan mengenai Covid -19
- Jelaskan mengenai dose penggalak (booster dose) bagi vaksin Pfizer
- Apakah itu transfusi darah? Sila jelaskan juga prosedur transfusi darah
- Nyatakan jenis transfusi darah
- jelaskan mengenai kumpulan darah
- Jelaskan mengenai jenis diabetes dan juga teknik yang betul bagi pemberian insulin
Anda digalakkan untuk dapatkan jawapan bagi soalan – soalan di atas.
Tips Menghadapi Temuduga Pengajar U41 (Jururawat)
Tips tambahan sebagai persediaan anda untuk menghadapi temuduga ialah berkaitan dengan penampilan.
Penampilan semasa sesi temuduga juga menyumbang kepada pemarkahan semasa sesi temuduga. Ini kerana penampilan yang baik dan bersesuaian semasa sesi temuduga menggambarkan anda telah bersedia untuk di temuduga.
Secara tidak langsung ia juga boleh meningkatkan keyakinanan diri anda secara sesi temuduga dijalankan.
Banyak lagi tips temuduga yang kami kongsikan dalam panduan khas temuduga bagi membantu calon buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga. Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga kerja kerajaan ini.
Rujukan Temuduga Pengajar U41 (Jururawat)
Untuk makluman anda, pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya telah mengeluarkan satu Panduan Khas Temuduga bagi membantu calon yang akan menghadapi sesi temuduga. Ianya sangat sesuai bagi membantu calon temuduga untuk semua temuduga jawatan kerajaan.
Pakej Lengkap Temuduga ini mengandungi:
- Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga
- Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
- Rahsia Penulisan Resume Temuduga
- Rahsia Penampilan Temuduga
- Rahsia Lebih 250 Soalan dan Jawapan Temuduga
Dipersilakan join group Telegram khas Temuduga untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut :
Apa Kata Mereka Yang Telah Berjaya Dengan Bantuan Panduan Temuduga
Berikut merupakan testimoni bagi mereka yang telah lulus sesi temuduga dan dapat menyandang jawatan yang di pohon dengan menjadikan Panduan Temuduga ini sebagai rujukan utama mereka.












Inginkan Panduan Khas Temuduga
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
semoga anda juga berjaya seperti mereka.
Baca juga : [+] 50 Contoh Soalan Temuduga Yang Biasa Ditanya Penemuduga