Tangga Gaji, Kelayakan dan Skop Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

GAJI, SKOP TUGAS DAN KELAYAKAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN KP29

Gaji, Kelayakan & Skop Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29| Anda telah dapat panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29? Tahniah.

Pasti anda tengah tercari-cari mengenai maklumat jawatan ini. Di sini kami ingin kongsikan maklumat jawatan, skop tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 .

Semakan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat peperiksaan online Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 :

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===============================================

PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29 DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
TARIKH PEPERIKSAAN : 5 DISEMBER 2019 (KHAMIS) DAN 13 DISEMBER 2019 (JUMAAT)

Pautan Alternatif:
———————–
http://e-semakan.spa.gov.my/pen_peg_pendaftaran

Sila layari laman web:
—————————-
http://www.spa.gov.my/…/pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan…

PERHATIAN :
——————
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Baca juga : Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Tangga Gaji Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Sebelum kami jelaskan mengenai skop tugas penolong Pegawai Pendaftaran KP29, perlu diketahui bahawa Jawatan ini berada bawah kumpulan Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) dalam Jabatan Pendaftaran Negara.

Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1493.00 manakala gaji maksimum pula ialah RM5696.00 . Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM145.

Syarat Kelayakan Jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Calon bagi lantikan jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

    – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);
    atau
    – Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);
    atau
    – diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).
  2. Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  3. Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
    lulus Peperiksaan Khas; dan
    had umur pelantikan:berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Skop Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19

Skop tugas Seorang Penolong Pegawai Pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
2. Urusan Kad Pengenalan
3. Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
4. Urusan Kewarganegaraan
5. Urusan Perkahwinan dan Perceraian
6. Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan

Sumber :Portal SPA

Ujian Psikometrik

Semua calon yang layak akan dipanggil oleh Pihak SPA untuk menduduki Ujian Psikometrik yang biasanya dijalankan secara atas talian. Kaedah ujian bertujuan untuk menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.

Tak tahu nak buat persediaan apa untuk ujian psikometrik? Ramai yang gagal exam ini. Jangan risau. Anda berada di tempat yang betul. Kami akan cuba bantu anda.

Rujukan Ujian Psikometrik

Rujukan Psikometrik ini khas untuk anda Ianya mengandungi:
☑ 200 Contoh soalan dan jawapan sebagai gambaran awal bentuk soalan yang bakal ditanya.
☑ HURAIAN JAWAPAN. Kita berikan huraian kepada setiap jawapan yang diberikan. Jadi akan mudahkan kefahaman calon bagi ‘trick‘ soalan yang dikemukakan.
☑ Tips jawab soalan
☑ Cara jawab soalan supaya tak tersasar
☑ Apa yang bakal mengGAGALkan PSIKOMETRIK anda

Nak Preview Copy Rujukan Psikometrik Terkini? Sila KLIK SINI

contoh soalan dan rujukan psikometrik
tempah sekarang

Join telegram

Jemput join group Telegram khas Ujian Psikometrik untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment