Soalan Popular Temuduga SPA

TEMUDUGA SPA KERJA KERAJAAN | Tahniah sekiranya anda di panggil untuk menghadiri temuduga kerja. Ini merupakan peringkat yang sangat penting sebelum anda dapat menjawat jawatan yang diidamkan. Pastikan anda telahpun membuat persediaan yang rapi sebelum menghadiri temuduga tersebut

SOALAN TEMUDUGA SPA

Salah satu soalan yang popular ditanya tak kira temuduga SPA kerja kerajaan atau swasta adalah

Boleh kawal tekanan ? Boleh kerja ke kalau dalam tekanan?

BOOM!

Anda boleh menggunakan struktur ayat di bawah untuk menjawab soalan sebegini tetapi pastikan anda juga bersedia untuk menjawab jika soalan yang diajukan berbunyi begini,

Boleh berikan saya contoh dan pengalaman yang pernah anda lalui semasa bekerja di bawah persekitaran yang penuh dengan tekanan.

 

Ingat ! Anda mesti berikan sekurang-kurangnya 2 contoh semasa menghadiri temuduga nanti.

Contoh itu adalah pengalaman anda ‘handle’ tekanan sebelum ini. Paling kurangkan tekanan semasa zaman kerja sebelum ini atau semasa belajar dahulu.

Yang penting ada contoh bagaimana anda berjaya menghadapi tekanan sebelum ini.

 

Contoh struktur jawapan yang boleh diberikan :

Ya, saya sememangnya boleh berfikiran positif dan mampu bekerja dalam keadaan yang tertekan samaada tekanan dari pihak atasan atau tekanan yang meminta saya menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, saya mementingkan pengurusan masa yang efisien dan melakukan perancangan yang teliti di dalam setiap tindak-tanduk yang akan saya ambil.

 

Untuk lebih persediaan bagi menghadapi temuduga Kerja Kerajaan, berikut merupakan panduan WAJIB untuk anda rujuk sebelum menghadapu temuduga SPA.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Anda juga boleh persiapkan diri anda untuk menghadapi temuduga dengan merujuk Ebook rahsia lulus temuduga kerajaan ini, yang kami keluarkan khas untuk anda. Panduan ini menyediakan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan ini telah banyak membantu calon -calon untuk lulus temuduga sejak tahun 2009 lagi. Berikut merupakan  testimoni calon yang telah lulus temuduga setelah merujuk panduan rahsia lulus temuduga ini.

 

Semoga bermanfaat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *