Gaji, Kelayakan & Skop Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 | Anda telah dapat panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 ? Tahniah. Pasti anda tengah tercari-cari mengenai maklumat jawatan ini. Di sini kami ingin kongsikan maklumat jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Semakan Peperiksaan Online Pembantu Perusahaan Perhubungan Perusahaan S19.
Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat peperiksaan online Pembantu Perhubungan Perusaan S19:
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GRED S19
Tarikh Peperiksaan : 29 Mei 2019 (Rabu)
Masa : 2:00 petang hingga 2:50 petang
Sila layari laman web :
———————–
http://e-semakan.spa.gov.my/ppperusahaan
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang hingga 2:50 petang
Mesti Baca : Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Gaji Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Jawatan ini berada bawah kumpulan Pelaksana dalam Kementeriaan Sumber Manusia.
Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1352.00 manakala gaji maksimum pula ialah RM4003.00 . Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM100
Baca juga : [+] Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Syarat Kelayakan Jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan S19.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Baca juga : [+] Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Skop Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat / kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan / perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.
Sumber :Portal SPA
Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Format untuk peperiksaan ini terbahagi kepada 2 seksyen sahaja iaitu
- Seksyan A Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia,perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara
- Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik, IQ, Kefahaman).
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calondengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:
i) Kemahiran Logik
ii) Kemahiran menginterpretasi Data
iii) Konsep matematik
Berita baik untuk anda. Kami bersama- sama dengan Tim Infokerjaya telah menyediakan satu panduan lengkap dan pantas untuk peperiksaan online Pembantu Perhubungan Perusahaan S19.

Untuk dapatkan panduan lengkap peperiksaan online Pembantu Perhubungan perusahaan ini, sila klikĀ berikut:
Sila join Group Telegram Khas Bagi Jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
Untuk join, sila klik link berikut:
[+] https://t.me/PemPPerusahaanS19
Semoga bermanfaat. Selamat berjaya
