Kelebihan Dropship Dengan Shopee

Kelebihan Dropship Dengan Shopee | Siapa kat sini yang tak tahu Shopee tu apa? Rasanya hampir semua orang pernah dengar pasal Shopee kan? Shopee ni merupakan sebuah marketplace (tempat berjual beli) yang semakin popular di Malaysia.

Dalam Malaysia ni, banyak je marketplace yang ada. Antaranya ialah (selain daripada Shopee) :

 

  • Lazada
  • my
  • 11street
  • Lelong
  • Carousell
  • Zalora
  • Ebay
  • Facebook

 

Kalau yang lain-lain ni mesti anda pernah dengar kan? Shopee ni pun sama je dengan yang lain. Tapi, Shopee ni lagi banyak kelebihannya. Lagi-lagi kalau anda baru nak bermula sebagai dropship, Shopee ni memang merupakan platform yang terbaik.

 

So, baik saya terus straight to the point mengenai kelebihan Shopee ni. Okay?

Scammer susah nak cari makan di Shopee

 

Shopee memang terkenal dan tidak disukai scammer sebab pelanggan perlu buat bayaran terlebih dahulu dan duit tersebut akan disimpan didalam sistem Shopee sehinggalah anda selaku penjual menghantar barang tersebut dan disahkan sendiri sebagai telah diterima oleh pelanggan.

 

Kadang-kadang pelanggan lupa nak sahkan. Tapi, Shopee akan trace rekod penghantaran daripada kurier (contoh: poslaju) samada barang tersebut dah selamat sampai atau tak. Disini kiranya win-win situation untuk pelanggan dan juga anda yang menjual sebagai dropship.

 

Satu nasihat saya, lakukan segala urusan menerusi Shopee sebab anda akan menerima mesej yang mengajak anda melakukan urusan menerusi whatsapp dan sebagainya daripada scammer.

 

Tak perlu pening kepala nak “closing”

 

Closing ni merupakan satu skil yang susah untuk anda kuasai kecuali owner produk atau pembekal produk menyediakan kelas khas untuk anda melakukan closing. Di Shopee, anda cuma perlu belajar cara untuk menghasilkan description produk yang menarik dan betul je.

 

Selebihnya, pelanggan anda akan dengan sendirinya melakukan pembayaran dan pembelian. Agak jarang sebenarnya untuk pelanggan menghantar chat kepada anda di Shopee. Kecuali pelanggan anda memang betul-betul tak faham.

 

Iklan Shopee sangat-sangat murah

 

Part ni merupakan kelebihan  Shopee yang tak dapat ditandingi marketplace yang lain. Anda fikir balik. Anda buat dropship dengan shopee sebab anda tak ada modal yang besar untuk buat kempen pemasaran – iklan!

 

Kenapa anda perlu buat iklan? Kalau anda tak buat, anda tak boleh duduk dan berharap orang akan datang kepada anda dan beli produk anda. Agak mustahil untuk berlaku macam tu kalau ada ramai lagi yang menjual produk yang sama dengan anda.

 

Cara nak buat iklan pun mudah. Tak pening, tak rumit dan tak leceh.

 

Ada panduan super duper mudah untuk dropship dengan Shopee!

 

Ni satu lagi kelebihan dropship dengan Shopee yang anda boleh dapat. Panduan untuk buat duit minimum 4 angka dengan Shopee. Teknik yang proven, result yang gempak, cara yang mudah dan sangat-sangat simple untuk anda follow.

 

Saya sangat-sangat cadangkan anda untuk “keluarkan” modal sikit untuk dapatkan ilmu yang sangat berharga ni. Anda boleh KLIK SINI

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *