Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
Adakah anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 Negeri Johor ? Tahniah sekiranya anda terlibat.

Pasti anda sedang tercari-cari bahan untuk buat persediaan sebelum peperiksaan berlangsung. Disini saya akan kongsikan soalan dan rujukan untuk bantu anda membuat persediaan ini.
Belum semak kelayakan menduduki peperiksaan? [KLIK SINI]
Sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan ini, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh semua calon iaitu seperti berikut
1.Semua calon perlu mengetahui format peperiksaan dan mesti bersedia dengan topik soalan yang bakal anda jawab nanti semasa peperiksaan.
2.Perlu menjawab dengan pantas terutama soalan yang melibatkan pengiraan Matematik. Anda perlu memperbanyakkan ulang kaji untuk topik ini.
3.Anda perlu mengetahui skop tugas jawatan yang anda pohon iaitu Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.
Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan peperiksaan ini untuk bantu anda buat persediaan sebelum peperiksaan.
Baca juga :
[+] 20 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
[+] 10 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Negeri N41
Untuk menjawat jawatan ini, para calon perlulah lulus peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 nanti. Yang pasti, untuk lulus, calon-calon perlulah membuat persediaan yang rapi.
Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
Untuk pengetahuan semua calon, peperiksaan online bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon , kemahiran mengaplikasi maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan pengalaman.
Berikut merupakan format peperiksaan online yang melibatkan 2 seksyen sahaja :
- Seksyen A : Pengetahuan Am
- Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan
- pengurusan sumber manusia dan organisasi,
- perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur,
- pentadbiran dan pembangunan tanah/ daerah/ tempatan,
- pengurusan sumber ekonomi,
- pengurusan sumber kewangan,
- pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, serta lain-lain perkembangan semasa di dalam negeri Johor dan di Malaysia.
Contoh soalan Pengetahuan Am
1.Siapakah di antara tokoh-tokoh utama negeri Johor berikut yang bergelar Datuk Seri Amar DiRaja?
A. Abdullah bin Tahir
B. Mohd Salleh bin Perang
C. Abdul Rahman bin Andak
D. Abdul Samad bin Ibrahim
Jawapan C
Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
Penerangan Format dan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik dan Akaun
I) Kemahiran Logik
Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.
Contoh soalan seperti berikut:
- Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah

Jawapan : D
2. apakah simbol yang diwakili oleh S?

Jawapan : A
3. Apakah bentuk berikutnya?

Jawapan : C
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis
Contoh Soalan seperti berikut:
- Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A. 20 orang
B. 40 orang
C. 60 orang
D. 80 orang
Jawapan : B
Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40
iii) Konsep Matematik
Penerangan Format
Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif
Contoh Soalan seperti berikut:
1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000
Jawapan :B.
Teknik menjawab:
10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500
2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?

A. 64
B. 54
C. 49
D. 4
Jawapan : B
Teknik Menjawab:
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54
( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)
Baca juga : [+] 20 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 di bawah untuk dapatkan contoh soalan peperiksaan.
Setiap Tahun Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan “cun”, no problem!
3. Tak Terkejar! Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejai.
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Nak Lebih Banyak Contoh Soalan
Untuk makluman semua calon, kami tiada rujukan spesifik kepada peperiksaan ini. Tetapi untuk alternatif dan sebagai rujukan tambahan, kami ada ebook Extra Seksyen ini untuk persediaan semua calon.
Rujukan Extra Seksyen ini mengandungi :
๐ Nota dan formula matematik,
๐senarai TOPIK POPULAR yang biasa keluar dalam exam SPA
๐ 70 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah
๐Jawapan bagi setiap soalan
๐Beserta jalan kira.
๐ Nota Grammar
๐ 65 contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dan
๐ Jawapan bagi setiap soalan
Sebagai bacaan tambahan, calon juga perlu buat dapatkan maklumat mengenai isu terkini negeri Johor, Tanah Johor serta maklumat tambahan berkaitan negeri Johor.

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 di bawah untuk dapatkan contoh soalan peperiksaan bagi membantu anda membuat persediaan awal peperiksaan. Kami juga dalam proses menyediakan rujukan khas untuk peperiksaan ini.
Kami bersama Tim Infokerjaya telah membantu lebih berpuluh ribu calon sejak tahun 2008 lagi.
Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan.




Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan dijalankan.
Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor di bawah untuk dapatkan contoh soalan peperiksaan.
Semoga bermanfaat. Selamat berjaya