Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu

Contoh Soalan Pegawai Tadbir N41 Terengganu

Tahniah untuk anda yang terpilih! Berikut merupakan contoh soalan  peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu bagi membantu calon yang sedang mencari bahan rujukan, panduan serta contoh soalan Pegawai Tadbir N41 .

Seperti yang telah sedia maklum, calon-calon yang terlibat akan menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 Terengganu pada 13 Oktober 2020.

Terlebih dahulu, ingin saya kongsikan dengan anda bidang tugas sebagai seorang Pegawai Tadbir N41 , tangga gaji pegawai tadbir, format peperiksaan online pegawai tadbir  serta contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Tugas Pegawai Tadbir N41 Terengganu

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, tangga gaji bagi Pegawai Tadbir N41 di antara RM2080 (minimum) hingga RM9546 (maksimum).

Berikut merupakan bidang tugas atau skop kerja Pegawai Tadbir N41:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat (sumber)

Selain itu, tugas seorang Pegawai Tadbir N41 juga,

Bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.(sumber)

Bagaimana persediaan calon -calon sekarang? Sudah bersedia ke belum?

Kalau ya, itu sangat bagus. Persediaan untuk menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 Terengganu ini perlulah dilakukan dengan rapi bagi melayakkan diri anda ke peringkat seterusnya iaitu ke sesi temuduga. Tambahan pula, mungkin ini merupakan satu titik tolak permulaan anda untuk bekerja di sektor awam.

Pasti ramai calon peperiksaan Pegawai Tadbir N41 ini sedang tercari- cari panduan serta rujukan yang sesuai untuk membantu mereka dalam hal ini.

Kami berbesar hati ingin membantu anda. Pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya sedang dalam proses menyediakan rujukan dan panduan khas bagi Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41 ini.

Pakej panduan ini mengandungi himpunan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu, skema jawapan yang lengkap serta nota ringkas dan tips untuk membantu calon peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Baca juga:
[+] Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Terengganu N41
[+] 20 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Terengganu N41
[+] 15 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Tadbir Terengganu N41

Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu

Bagi calon- calon yang berjaya dalam peperiksaan ini sahaja yang akan berjaya melayakkan diri ke tapisan yang seterusnya iaitu temuduga sebelum anda menyandang jawatan Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Namun, ramai juga calon yang gagal dalam peringkat tapisan yang pertama ini berikutan gagal menjawab soalan yang dikemukan dengan baik.

Daripada maklumbalas yang kami perolehi daripada calon, terdapat pelbagai punca penyebab kepada kegagalan calon. Salah satu punca utama ialah tidak mengetahui dengan jelas format soalan dan cara untuk menjawab soalan ketika peperiksaan sedang berlangsung.

Format soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Terengganu N41

Untuk makluman anda , jika peperiksaan sebelum ini ada 3 bahagian iaitu Pengetahuan Am, Penyelesaian masalah dan Ujian Psikometrik.

Baca juga [+] Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Jawatan Kerajaan

Manakala, format peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 Terengganu  ini secara umumnya terbahagi kepada 2 bahagian. adalah seperti berikut:

  • Bahagian A : Soalan mengenai Pengetahuan Am

Calon perlu memantapkan pengetahuan Am mengenai bidang pentadbiran negeri dan pusat, sosioekonomi, isu semasa didalam mahupun diluar negara.

  • Bahagian B : Soalan penyelesaian masalah

Dalam bahagian ini, calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan memahami kemahiran menginterpretasi data  serta konsep matematik.

Matlamat peperiksaan ini mengukur dan menguji tahap kematangan dan daya pemikiran calon bagi melayakkan diri menjawat jawatan Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Maka, apa yang penting di sini ,sebelum peperiksaan bermula , persediaan perlu dilakukan supaya anda dapat menjawab soalan yang dikemukan dengan baik.

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 di bawah untuk dapatkan contoh soalan dan rujukan peperiksaan.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-ikon-2.jpg
Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Contoh Soalan Pengetahuan Am

1. Berikut merupakan komponen utama Badan perundangan di Malaysia KECUALI
A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Jawapan : B Parlimen

2. Berikut merupakan misi pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu kecuali
A. Mentadbir Negeri Dengan Efektif Dan Efisien Berteraskan Perbelanjaan Kewangan Yang Berhemah.
B. Merealisasikan Agenda Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman Maju Pada Tahun 2020 Dengan Melaksanakan Semua Dasar Yang Diputuskan Demi Kesejahteraan Rakyat
C. Pelaksanaan Program dan Projek Bermanfaat Yang Memberi Fokus Kepada Rakyat
D. Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Yang Profesional.

Jawapan: B. Merealisasikan Agenda Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman Maju Pada Tahun 2020 Dengan Melaksanakan Semua Dasar Yang Diputuskan Demi Kesejahteraan Rakyat

3. Baca penyataan berikut:

Merancang, melaksanakan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman dan Persekutuan, menguruskan lawatan Seri paduka baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menter Malaysia, Ketua-ketua Negara dan lain-lain pembesar ke Negeri Terengganu, serta memberi khidmat nasihat kepada Jabatan Negeri dan Persekutuan berhubung Pengurusan Majlis dan Protokol Negeri.

Pernyataan di atas merupakan peranan yang dimainkan oleh
A. Bahagian khidmat pelanggan
B. Bahagian sumber manusia
C. Bahagian Pengurusan Majlis dan protokol
D. Unit Pengurusan Negeri Terengganu

Jawapan: C. Bahagian Majlis dan Protokol

(perlu diingatkan, contoh soalan di atas bukanlah soalan ramalan. Ia hanya soalan contoh sahaja)

Contoh Soalan Peperiksaan Daya Menyelesaian masalah

1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C.RM1750
D. RM2000

Jawapan :B. RM1500

Teknik menjawab:

10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500

2.Safiyyah ingin mengagihkan rambutannya kepada  Husna dan Huda. Husna mendapat 5 biji rambutan manakala Huda mendapat 3 kali ganda rambutan daripada Husna. Rambutan yang tinggal pada Safiyyah hanya 10 biji sahaja. Berapakah jumlah keseluruhan rambutan tersebut?
A. 30
B.40
C. 45
D. 50

Jawapan : A.  30

Teknik menjawab:

Husna : 5 biji
Huda : 5×3 = 15 biji
Safiyyah : 10 biji
Jumlah keseluruhan : 5 + 15 + 10 = 30 biji

(Perlu diingatkan, contoh soalan di atas bukanlah soalan ramalan. Ia hanya soalan contoh sahaja)

Calon perlulah membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan ini. Kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya berusaha untuk membantu para calon dengan menyediakan Panduan Khas Peperiksaan Pegawai TAdbir N41 ini Kami telah membantu lebih ribuan calon yang akan menghadiri peperiksaan jawatan kerajaan sejak 2008 lagi.

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu

Panduan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 ini merangkumi contoh soalan peperiksaan beserta jawapan, tips menjawab soalan dan nota tambahan yang sentiasa dikemaskini untuk disesuaikan dengan format peperiksaan.

Testimoni Calon Peperiksaan Lepas

Berikut merupakan beberapa calon yang telah berjaya menjawab soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri lalu yang telahpun menggunakan Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir khas untuk peperiksaan berkenaan. Dikhabarkan pada ketika itu, terdapat berpuluh ribu calon yang turut serta menduduki peperiksaan tersebut.

Panduan khas ini dapat membantu mereka membuat persediaan dan  latih tubi  serta mengetahui info yang penting sebelum menghadapi peperiksaan.

testimoni soalan peperiksaan Pegawai Tadbir
testimoni soalan peperiksaan Pegawai Tadbir
testimoni soalan peperiksaan Pegawai Tadbir
testimoni soalan peperiksaan Pegawai Tadbir
testimoni soalan peperiksaan Pegawai Tadbir

Berdasarkan maklum balas yang diterima, ramai yang berpuas hati dengan panduan tersebut. Koleksi contoh soalan serta skema jawapan sangat membantu calon membuat persediaan sebelum peperiksaan.

Sepastinya, pihak Infokerjaya sentiasa mengemaskini panduan yang dihasilkan dengan penjualan yang terkawal dari segi masa dan kualiti.

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan Pegawai Tadbir N41 , mungkin panduan khas ini yang anda cari. Dapatkannya segera bagi bantu anda membuat persediaan awal .

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 di bawah untuk dapatkan contoh soalan dan rujukan peperiksaan.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-ikon-2.jpg
Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment