Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41| Adakah anda terpilih untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang akan berlangsung tidak lama lagi?

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Tahniah sekiranya anda dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini .

Belum semak kelayakan menduduki peperiksaan? [SEMAK SINI]

Sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan ini, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh semua calon iaitu seperti berikut

  1. Semua calon perlu mengetahui format peperiksaan dan mesti bersedia dengan topik soalan yang bakal anda jawab nanti semasa peperiksaan
  2. Perlu menjawab dengan pantas terutama soalan yang melibatkan pengiraan Matematik. Anda perlu memperbanyakkan ulang kaji untuk topik ini.
  3. Anda perlu mengetahui skop tugas jawatan yang anda pohon iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 .

Saya sangat mengesyorkan anda dapatkan rujukan peperiksaan ini untuk bantu anda buat persediaan sebelum peperiksaan.

Baca juga : [+] Kelayakan, Tangga Gaji dan Skop Tugas Penguatkuasa KP41

Skop Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Terlebih dahulu, calon-calon perlulah mengetahui serba ringkas skop tugas seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 .

Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 , bertanggungjawab :

  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi,sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah,
  • perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat .
    Portal SPA

Baca juga [+] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Untuk menjawat jawatan ini, para calon perlulah lulus peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 nanti. Yang pasti, untuk lulus, calon-calon perlulah membuat persediaan yang rapi.

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Untuk pengetahuan semua calon, peperiksaan online bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon , kemahiran mengaplikasi maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan pengalaman.

Berikut merupakan format peperiksaan online  yang melibatkan 3 seksyen sahaja :

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Format Seksyen A Pengetahuan Am dan Contoh Soalan

Dalam seksyen Pengetahuan Am, skop dan juga persoalan yang bakal ditanya sangat luas.

Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan.

Selain daripada itu, calon juga perlu mengetahui pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Berikut contoh soalan Seksyen Pengetahuan Am.

1. Antara kenyataan berikut, yang manakan jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan Sumber Manusia?

A. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, Persatuan atau organisasi.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan Awam dan swasta.
C. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.

2. Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?

A. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
B. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Kementerian Sumber Manusia

3. Berikut adalah agensi kerajaan yang ditadbir oleh Kementerian Kewangan KECUALI

  1. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
  2. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
  3. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
  4. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

4. Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

I.        Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.
II.       Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.
III.      Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.
IV.      Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.

A.       I dan II
B.       I, II dan III
C.       II, III dan IV
D.       I, II, III dan IV

5. Di antara berikut, yang manakah BUKAN agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri?

A.       Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara
B.       Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
C.       Kastam Di Raja Malaysia
D.       Polis Di Raja Malaysia

6. Semua pernyataan di bawah adalah benar mengenai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) KECUALI

A.       Sebagai Jabatan yang dinamik dan kompeten dalam pengurusan pertubuhan.
B.       Memantapkan hubungan baik dengan pertubuhan dan meningkatkan penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966.
C.       Mengurus rekod pengenalan diri yang sahih serta memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
D.       Mempastikan Pertubuhan-pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan dasar-dasar negara.

7. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet.

I.        Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara.
II.       Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara.
III.      Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali.
IV.      Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

A.       I, II sahaja
B.       III, IV sahaja
C.       I, II, IV sahaja
D.       I, II, III, IV

8. Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri

A.       Ahli Majlis Raja-Raja
B.       Memilih Yang di-Pertuan Agong
C.       Melantik Ketua Menteri
D.       Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri

9. Dalam merangka perpaduan nasional yang mempunyai berbilang kaum ini, Dasar Pendidikan telah dirangka bagi menggembleng usaha perpaduan. Berikut adalah antara inisiatif yang telah dilakukan dalam mencapai hasrat ini:

I.        Sistem persekolahan yang sama bagi semua.
II.       Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
III.      Sukatan pelajaran yang seragam.
IV.      Peperiksaan dan kurikulum yang seragam.

A        I, II sahaja
B        I, II IV sahaja
C        II, III IV sahaja
D        I, II, III, IV

10. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. Penubuhan ASEAN
B. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN
C. Pakatan ketenteteraan di antara Negara-negara ASEAN
D. Penubuhan kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara

( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)

This image has an empty alt attribute; its file name is e8bd23b84dfb16e00493a6733bb6b091.png

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di bawah.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-ikon-2.jpg

Penerangan Format Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah dan Contoh Soalan

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:

i) Kemahiran Logik
ii) Kemahiran menginterpretasi Data
iii) Konsep matematik

Nota Peperiksaan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

I) Kemahiran Logik

Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.

Contoh soalan seperti berikut:

  1. Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah
Contoh Soalan peperiksaan SPA

Jawapan : D

2. apakah simbol yang diwakili oleh S?

Contoh Soalan peperiksaan SPA

Jawapan : A

3. Apakah bentuk berikutnya?

Contoh Soalan peperiksaan SPA

Jawapan : C

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Penerangan Format

Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis

Contoh Soalan seperti berikut:

  1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac
Contoh Soalan peperiksaan SPA

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan  adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang

B. 40 orang

C. 60 orang

D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240

Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200

Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40

iii) Konsep Matematik

Penerangan Format

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif

Contoh Soalan seperti berikut:

1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000

Jawapan :B.

Teknik menjawab:

10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500

2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?

Contoh Soalan peperiksaan SPA

A. 64

B. 54

C. 49

D. 4

Jawapan : B

Teknik Menjawab:

Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54

( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)

This image has an empty alt attribute; its file name is e8bd23b84dfb16e00493a6733bb6b091.png

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di bawah.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-ikon-2.jpg

Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Dalam bahagian ini calon – calon akan dibekalkan dengan satu petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.

Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.

Contoh soalan peperiksaan Kefahaman Bahasa Inggeris

Read the passage below carefully. Then, answer the questions that follow. 

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut. 

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish. 

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things. 

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking! 

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays

  • A. use flavouring when they cook.
  • B. use spices in their cooking.
  • C. eat vegetables everyday.
  • D. eat spicy food only.


2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means

  • A. main ingredient in a dish
  • B main food that a person eats
  • C food that is eaten by everyone
  • D food that is everyone’s favourite


3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it

  • A. has coconut milk in it
  • B. has local ingredients
  • C. is cooked with spices
  • D. is simply delicious

1. The ______________ has been prompt to react to the crisis.

  • A. goverment
  • B. government
  • C. gavernment
  • D. governmant

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

  • A. He picked up the penny from beneath the couch.
  • B. Side from singing, she also plays the piano at the bar.
  • C. My car is parked in front of the mailbox.
  • D. The loud noise came from within the stadium.

3. Find the best answer for this question, “Could I ask you something personal?”

  • A. Of course, I can.
  • B. Yes, I may.
  • C. Certainly.
  • D. Yes, you couldn’t.

Setiap Tahun Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.  

2. Tak Cukup MASA Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan “cun”, no problem!  

3. Tak Terkejar! Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejai.

4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Kami bersama-sama Tim Infokerjaya menyediakan satu rujukan Khas bagi membantu calon membuat persediaan dalam masa terdekat.

rujukan ptd terkini
tempah sekarang

Sekiranya anda merupakan calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dan berminat untuk dapatkan rujukan khas ini, boleh klik link di bawah

Rujukan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 [KLIK SINI]

Kami bersama Tim Infokerjaya telah membantu lebih berpuluh ribu calon sejak tahun 2008 lagi.

Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan.

Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan dijalankan.

Sekiranya anda merupakan calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dan berminat untuk dapatkan rujukan khas ini, dapatkan sekarang di link berikut;

Rujukan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 [KLIK SINI]

Jika ada sebarang pertanyaan ,boleh whatsapp admin dengan terus tekan link dibawah ye

This image has an empty alt attribute; its file name is e8bd23b84dfb16e00493a6733bb6b091.png

Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di bawah.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-ikon-2.jpg

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment