Cara Susun Fail Sijil Temuduga

Cara susun fail sijil temuduga yang betul adalah perkara asas yang perlu dilakukan sebelum menghadiri temuduga.

Anda boleh rujuk cara susun fail sijil berikut seperti yang telah diterangkan di laman sesawang SPA.

cara susun fail sijil temuduga

Semasa Menghadiri Temuduga

Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:

  1. MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
  2. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan);
  3. SPM/ SPMV/ SVM atau setaraf;
  4. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
  5. skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan);
  6. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
  7. Skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah;
  8. Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
  9. surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
  10. Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan);
  11. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
  12. Sijil kegiatan luar;
  13. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun; dan
  14. Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).

Anda juga dikehendaki:

myresume
Lengkapkan myresume
  • melengkapkan resume di pautan myResume;
  • memuat naik
    1. gambar, Mykad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
    2. sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; dan
    3. skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan; serta
  • mencetak senarai semak temu duga daripada sistem MyResume;
  • menyemak pengiktirafan kelayakan akademik iaitu Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkenaan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di laman sesawang MQA; dan
  • berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
  • Kegagalan tuan/ puan untuk mematuhi perkara 1 dan 2 serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.

Keputusan temu duga boleh diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA.

Baca juga : [+] 50 contoh soalan temuduga SPA yang biasa ditanya penemuduga

>> Rujukan Lengkap Rahsia Temuduga Kerja Kerajaan[KLIK SINI] <<

Semoga artikel Cara Susun Fail Sijil Temuduga ini memberi manfaat kepada anda

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment