Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29
Tahniah kepada anda yang telah terpilih untuk menduduki ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29.
Jika anda sedang mencari contoh soalan untuk ujian psikometrik ini, dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29.
Ujian ini perlu diambil oleh calon yang terpilih sebelum dipanggil ke sesi temuduga. .
Gagal ujian psikometrik ini, bermakna anda gagal untuk ke sesi temuduga dan harapan anda untuk menyandang jawatan ini hanya tinggal angan – angan.
Rugi tau.
Pastikan anda buat persediaan awal. Semoga jawatan ini milik anda.
Baca juga:
[+] Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29
Apa itu Ujian Psikometrik
Ujian Psikometrik merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menilai dan mengukur tahap psikologi seseorang calon.
Jika sebelum ini ujian psikometrik ini dinamakan sebagai penilaian sahsiah dan minat.
Berdasarkan Sukatan Peperiksaan Psikometrik oleh Pihak SPA,
SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.
Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.
Melalui ujian psikometrik ini, calon – calon dapat dinilai dari segi tahap kepimpinan, sahsiah diri, cara berfikir, kebolehan bersosial dan berkomunikasi, kerjasama, kestabilan emosi dan beberapa kriteria yang lain.
Apakah format ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29
Berikut merupakan kriteria penilaian Ujian Psikometrik ini.
Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.
Manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
Tiada format tetap bagi soalan ujian psikometrik ini dan terdapat kepelbagaian pilihan jawapan. Jawapan yang diberikan samada terdiri daripada
- 2 pilihan jawapan (ya atau tidak) ,
- 3 pilihan jawapan (betul, salah, tidak pasti) ,
- 4 pilihan jawapan atau 5 pilihan jawapan.
Wow, macam-macam bentuk jawapan yang diperlukan.
Sebenarnya, jawapan yang diberikan oleh calon sedikit sebanyak dapat menggambarkan personaliti diri, minat dan kecenderungan samada ke arah positif ataupun negatif.
Rujukan Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29[KLIK]
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29
Berikut merupakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik sebagai panduan dan rujukan anda.
1. Saya tidak mahu mengambil risiko, kerana bimbang kegagalan.
A. Setuju
B. Tidak setuju
2. Perkara yang kurang diterima ialah
A.Hidup seperti biasa
B. Hidup tanpa arah tuju
3. Didalam interaksi sosial, saya rasa amat sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.
A. Wajar
B. Tidak wajar
4.Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau pertolongan orang lain.
A. Betul
B. Salah
5. Jika orang tidak menghormati saya, saya juga tidak akan menghormatinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar
6. Saya rasa amat gembira apabila bersama dengan rakan
A. Ya
B. Bukan
7. Pilihan anda dibuat secara
A. Rawak
B. Teliti
8. Saya kurang berkeyakinan mencuba sesuatu yang baru kerana bimbang tidak dapat hasil yang memberangsangkan
A. Wajar
B. Tidak wajar
9. Apabila saya nampak kawan saya mendapat pencapaian yang baik, saya berusaha mencontohinya.
A. Wajar
B. Tidak wajar
10. Marah adalah emosi negatif, yang boleh menimbulkan masalah teruk jika tidak dikawal.
A. Betul
B. Salah
11.Jika kita berbuat baik kepada seseorang, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti
12.Walaupun dimana sahaja saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak pasti
13. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi suatu masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
14. Saya tidak suka sekiranya pandangan saya ditolak
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar
15. Saya kurang berani untuk memberi pendapat semasa mesyuarat.
A. Sangat benar
B. Benar
C. Neutral
D. Tidak benar
E. Sangat tidak benar
16. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, saya mesti bersifat positif.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
17. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
18. Walaupun dimana sahaja saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
19. Setiap manusia hanya mementingkan diri sendiridan ia adalah hakikat di dalam dunia.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
20. Apabila jiran dan kawan adalah masalah, saya suka melawat mereka.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
Mesti baca : Contoh Soalan ujian Psikometrik SPA Sesuai Untuk Semua jawatan Kerajaan
Daripada beberapa contoh soalan ujian psikometrik di atas, hanya calon- calon yang cenderung ke arah positif sahaja yang lebih menonjol dan terpilih untuk hadir ke sesi temuduga kerja kerajaan.
Jadi, macam mana untuk lulus ujian psikometrik ini? Susah ke?
Tak susah. Yang penting, perlukan banyak latihan atau latih tubi dengan soalan- soalan yang mungkin akan ditanya semasa sesi ujian psikometrik.
Perlu ada panduan khas untuk mantapkan lagi pemahaman mengenai soalan yang akan ditanya sesama sesi ujian psikometrik.
Kami dah bersama calon sejak tahun 2008/09. Kami faham impian calon nak jawat jawatan kerajaan. Nak bantu diri, nak bantu keluarga. Untuk yang baru nak kerja, anda ada keperluan yang lebih untuk berkahwin, untuk keluarga. Kan?
Jadi tips penting supaya anda tak sangkut dalam ujian PSIKOMETRIK adalah;
TONJOLKAN NILAI POSTIF ANDA
SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!
Senang tak? Kena faham, ujian ini mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti.
Susah nak terang semua. Rasanya lebih mudah kalau anda buat LATIH TUBI jawab soalan-soalan yang biasa di tanya dalam ujian ini.
Panduan Lengkap Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29
Panduan ujian psikometrik ini boleh dijadikan sebagai rujukan khas bagi semua jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam yang melibatkan penilaian ujian psikometrik.
Kami dah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu untuk ujian psikometrik dalam Rujukan Psikometrik ini.
☑ Tips jawab soalan
☑ 200 Contoh soalan dan jawapan sebagai gambaran awal bentuk soalan yang bakal ditanya.
☑ Cara jawab soalan supaya tak tersasar
☑ Apa yang bakal mengGAGALkan PSIKOMETRIK anda
Gagal ujian ini akan menyebabkan anda gagal jawat jawatan yang didamkan.
Nak Preview Copy Rujukan Psikometrik [klik sini]
Jemput join group Telegram khas Ujian Psikometrik untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut
[+] https://t.me/tipstemuduga_ujianpsikometrik
Bantu diri anda untuk berjaya dengan menonjolkan aura positif anda berbanding dengan calon- calon peperiksaan jawatan kerajaan yang lain.
Sila perbanyakkan latihan tubi dengan bantuan panduan ujian Psikometrik ini. Sila buat tempahan segera. Semoga berjaya.
Apa kata mereka yang telah dapatkan rujukan psikometrik ini.
Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan psikometrik bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji .
Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum ujian dijalankan.
Jangan berlengah lagi. Jom dapatkan Rujukan Psikometrik ini.
Rujukan Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29[KLIK]
Semoga bermanfaat.