10 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41

Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41 di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia| Tahniah diucapkan kerana anda terpilih dan layak untuk meghadiri temuduga kerja kerajaan.

10 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41

Adakah anda sedang mencari contoh soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41 bagi buat persediaan temuduga tersebut ? Dalam artikel ni kami ingin kongsikan beberapa contoh soalan lazim yang biasa ditanya dalam sesi temuduga.

Adakah anda sudah bersedia?

Jangan gentar. Anda sebenarnya dah cukup bersedia sebab itu berjaya melepasi PAC tempoh hari. Apa yang akan diuji dalam temuduga ini adalah pastinya lanjutan dari ujian dalam PAC. Kemungkinan besar;

  • kepekaan anda tentang isu-isu semasa. Terutamanya dasar-dasar dan inisiatif baru kerajaan
  • bagaimana anda yakin dalam melontarkan idea dan pandangan
  • personaliti anda di hadapan panel temuduga. Anda kena ingat, panel temuduga anda mungin terdiri daripada pegawai-pegawai besar SPA. Kemungkinan Pengerusi SPA sendiri yang temuduga anda. Kenal ke siapa Tan Sri pengerusi SPA?
  • attitude temuduga anda

Anda akan digasak untuk disingkirkan!

Aduh! Ye ke?

Yup. Calon yang gagal dalam ‘asakan’ ini akan terus disingkirkan. Kiranya hanya 300 calon terbaik ini akan berjaya dalam asakan panel temuduga. Kami doakan anda salah seorangnya. Tapi isunya anda cukup bersedia ke tak?

Salah satu persediaan terpenting yang anda perlu lakukan untuk menghadapi temuduga adalah dengan mengetahui sedikit sebanyak bentuk soalan yang biasa ditanya oleh pihak penemuduga.

Sekiranya anda mengetahui bentuk soalan yang mungkin akan ditanya nanti, anda lebih mudah untuk buat persediaan bagi menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Ini sangat membantu anda untuk menghadapi temuduga nanti.

Kami telah menyediakan beberapa Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41  di dalam artikel ini bagi bantu anda mendapat gambaran bentuk-bentuk soalan yang mungkin akan ditanya masa sesi temuduga nanti.

Tetapi seeloknya , anda perlu mengetahui terlebih dahulu kaedah atau cara penilaian calon bagi sesi temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 oleh pihak penemuduga.

Skop Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Berikut merupakan skop tugas Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41.

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Baca Juga : [+] 15 Sebab Gagal Temuduga

Penilaian Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Untuk lulus sesi temuduga, anda juga perlulah mengetahui kaedah penilaian calon ketika temuduga dijalankan.

Dalam setiap temuduga SPA, anda akan dinilai oleh pihak penemuduga yang melibatkan beberapa kriteria seperti berikut:

  1. Penampilan
  2. Tingkah laku
  3. Kemahiran bertutur
  4. Keyakinan
  5. Kewibawaan (personaliti yang tegas dan meyakinkan)
  6. Motivasi
  7. Pembawaan (kemampuan bergaul dan mengawal emosi)
  8. Kecerdasan
  9. Pengetahuan

Semua kriteria di atas menyumbang kepada pemarkahan penilaian sesi temuduga anda

Contoh Soalan Temuduga Pegawai tadbir dan Diplomatik M41

Anda tak akan tahu siapa panel temuduga anda. Tapi anda boleh bertanya sebelum temuduga nanti. Untuk tindakan pantas;

  • Masuk ke web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan cuba ingat wajah-wajah yang ada di segmen;
    • Ahli Suruhanjaya
    • Carta Organisasi SPA

Kemungkinan besar anda akan bertemu mereka di sesi temuduga nanti!

Seterusnya, kita akan bincangkan beberapa Contoh Soalan Temuduga .

Secara umumnya, soalan yang lazim ditanya ketika sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek:

  • Latarbelakang dan kelayakan calon
  • Skop tugas Jawatan yang dipohon
  • Dasar kerajaan
  • Isu Semasa berkaitan dalam dan luar negara

Berikut merupakan contoh -contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang mungkin di tanya semasa sesi temuduga

1. Ceritakan serba sedikit latar belakang anda.
2. Apakah kelayakan yang anda ada?
3. Adakah anda rasa anda layak untuk memegang jawatan ini? Sila berikan alasan anda
4. Kenapa mohon kerja jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 ?
5. Apakah kelebihan yang anda ada supaya kami pilih anda memegang jawatan ini berbanding orang lain?

6. Apakah kelemahan anda ?
7. Adakah anda pernah bekerja? Ceritakan peranan anda di tempat kerja dahulu
8. Tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa.Boleh anda jelaskan bgaimana anda akan mengatasinya jika anda berada dalam situasi ini.
9. Apakah perkara yang boleh meningkatkan motivasi diri anda?
10. Apakah yang anda paham mengenai bidang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ?

Panduan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Untuk makluman anda, pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya telah mengeluarkan satu Panduan Khas Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD bagi membantu calon yang akan menghadapi sesi temuduga. Rujukan khas ini dipakejkan secara percuma dalam setiap pembelian Rujukan Lengkap Temuduga Kerja kerajaan .

Pakej Lengkap Temuduga ini mengandungi:
1). 7 Kisah Benar sesi temuduga sebenar!
2). 7 Checklist wajib temuduga kerajaan
3). Etika Pemakaian Temuduga Lelaki
4). Etika Pemakaian Temuduga Perempuan
5). Persediaan Ekspress Sebelum, Semasa dan Selepas Temuduga Kerajaan
6). Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga
7). Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
8). Rahsia Penulisan Resume Temuduga
9). Rahsia Penampilan Temuduga
10). Rahsia Lebih 250 Soalan dan Jawapan Temuduga

Tips Menghadapi Temuduga

Sila pastikan anda buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga ini kerana ini merupakan peringkat yang terakhir sebelum anda layak menyandang jawatan yang dinginkan. Gunakanlah peluang yang ada ini sebaiknya.

Cuba praktiskan menjawab contoh soalan temuduga  di atas, sebagai persediaan untuk anda.

Penampilan semasa sesi temuduga juga menyumbang kepada pemarkahan semasa sesi temuduga. Ini kerana penampilan yang baik dan bersesuaian semasa sesi temuduga menggambarkan anda telah bersedia untuk di temuduga. Secara tidak langsung ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri anda secara sesi temuduga dijalankan.

Banyak lagi tips temuduga yang kami kongsikan dalam panduan khas temuduga bagi membantu calon buat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga. Boleh rujuk panduan Khas Temuduga ini.

Apa Kata Mereka Yang Telah Berjaya Dengan Bantuan Panduan Temuduga

Berikut merupakan testimoni bagi mereka yang telah lulus sesi temuduga dan dapat menjawab jawatan yang di idamkan  dengan menjadikan Panduan Temuduga ini sebagai rujukan utama.

Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29
Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29
Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29
Temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29

Inginkan Panduan Khas Temuduga Kerja Kerajaan?

rahsia-tips-temuduga-SPA

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

semoga anda juga berjaya seperti mereka.

Artikel berkaitan : [+] contoh soalan Peperiksaan Online PTD



  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *