Tangga Gaji, Kelayakan Dan Skop Tugas Jururawat U29

Gaji, Kelayakan & Skop Tugas Jururawat U29

Anda telah dapat panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki Ujian Psikometrik dan Temuduga bagi jawatan Jururawat U29? Tahniah.

Pasti anda tengah tercari-cari mengenai maklumat jawatan ini. Di sini kami ingin kongsikan maklumat jawatan, skop tugas Jururawat U29 .

Semakan Jadual Penilaian Jururawat U29

Seperti yang telah anda sedia makluman hebahan semakan telah dilakukan oleh pihak SPA berkaitan tarikh dan maklumat jadual penilaian bagi jawatan Jururawat U29.

Bagi yang belum buat semakan boleh KLIK SINI

Tangga Gaji Jururawat U29

Sebelum kami jelaskan mengenai skop tugas Jururawat U29, perlu diketahui bahawa Jawatan ini berada bawah kumpulan Pelaksana dalam Kementerian Kesihatan.

Gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1797.00 manakala gaji maksimum pula ialah RM5753.00 . Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM145.

Syarat Kelayakan Jawatan Jururawat

Calon bagi lantikan jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

    – Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  2. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan

Skop Tugas Jururawat U29

Skop tugas Seorang Jururawat U29 adalah seperti berikut:

  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  4. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  6. Membuat pesanan bekalan peralatan.
  7. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Bidang Jururawat U29

Jururawat dipecahkan kepada beberapa bahagian:

  1. Perawatan Kesihatan Keluarga
    1. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
    2. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
    3. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
    4. Perkhidmatan perancang keluarga.
    5. Pendidikan kesihatan.
  2. Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
  3. Menyelia
    1. Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
    2. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
  4. Pentadbiran
    1. Mentadbir klinik.
    2. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
    3. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
    4. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
  5. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
    1. Penjagaan Pesakit
      1. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
      2. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
      3. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
      4. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
    2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
    3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
    4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
    5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Ujian Psikometrik

Semua calon yang layak akan dipanggil oleh Pihak SPA untuk menduduki Ujian Psikometrik yang biasanya dijalankan secara atas talian. Kaedah ujian bertujuan untuk menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.

Tak tahu nak buat persediaan apa untuk ujian psikometrik? Ramai yang gagal exam ini. Jangan risau. Anda berada di tempat yang betul. Kami akan cuba bantu anda.

Rujukan Ujian Psikometrik

Rujukan Psikometrik ini khas untuk anda Ianya mengandungi:
☑ 200 Contoh soalan dan jawapan sebagai gambaran awal bentuk soalan yang bakal ditanya.
☑ HURAIAN JAWAPAN. Kita berikan huraian kepada setiap jawapan yang diberikan. Jadi akan mudahkan kefahaman calon bagi ‘trick‘ soalan yang dikemukakan.
☑ Tips jawab soalan
☑ Cara jawab soalan supaya tak tersasar
☑ Apa yang bakal mengGAGALkan PSIKOMETRIK anda

Nak Preview Copy Rujukan Psikometrik Terkini? Sila KLIK SINI

contoh soalan dan rujukan psikometrik
tempah sekarang

Join telegram

Jemput join group Telegram khas Ujian Psikometrik untuk dapatkan lebih banyak perkongsian di link berikut

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment