
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia| Adakah anda terpilih sebagai calon Pegawai Imigresen KP19?Tahniah sekiranya anda dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan Pegawai Imigresen KP19.
Pastikan anda buat persediaan secukupnya sebelum menghadapi peperiksaan ini.
Baca juga : [+] 15 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Imigresen KP19
Skop Tugas Pegawai Imigresen KP19
Terlebih dahulu, calon-calon perlulah mengetahui serba ringkas skop tugas seorang Pegawai Imigresen KP19 .
Pegawai Imigresen KP19 bertanggungjawab :
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Untuk menjawat jawatan ini, para calon perlulah lulus peperiksaan online Pegawai Imigresen KP19 nanti. Yang pasti, untuk lulus, calon-calon perlulah membuat persediaan yang rapi.
Format Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19
Untuk pengetahuan semua calon, peperiksaan online bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon , kemahiran mengaplikasi maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan pengalaman.
Berikut merupakan format peperiksaan online yang melibatkan 2 seksyen sahaja :
- Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Nota Peperiksaan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19


Penerangan Format dan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:
i) Kemahiran Logik
ii) Kemahiran menginterpretasi Data
iii) Konsep matematik
Masa : 20 minit
Soalan : 15 (aneka pilihan)
I) Kemahiran Logik
Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.
Contoh soalan seperti berikut:
- Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah

Jawapan : D
2. apakah simbol yang diwakili oleh S?

Jawapan : A
3. Apakah bentuk berikutnya?

Jawapan : C
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Penerangan Format
Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis
Contoh Soalan seperti berikut:
- Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A. 20 orang
B. 40 orang
C. 60 orang
D. 80 orang
Jawapan : B
Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40
iii) Konsep Matematik
Penerangan Format
Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif
Contoh Soalan seperti berikut:
1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000
Jawapan :B.
Teknik menjawab:
10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500
2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?

A. 64
B. 54
C. 49
D. 4
Jawapan : B
Teknik Menjawab:
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54
( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)
Dapatkan Rujukan Khas Pegawai Imigresen KP19 [KLIK SINI]
Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 di bawah.Image

Contoh Soalan Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Imigresen KP19
Dalam bahagian ini calon – calon akan dibekalkan dengan satu petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.
Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.
Contoh soalan peperiksaan Kefahaman Bahasa Inggeris
Read the passage below carefully. Then, answer the questions that follow.
Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.
The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).
Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.
The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.
In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!
(Adapted from The Langkawi Tourism
Newsletter)
1. From the passage below, we know that Malays
- A. use flavouring when they cook.
- B. use spices in their cooking.
- C. eat vegetables everyday.
- D. eat spicy food only.
2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means
- A. main ingredient in a dish
- B main food that a person eats
- C food that is eaten by everyone
- D food that is everyone’s favourite
3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
- A. has coconut milk in it
- B. has local ingredients
- C. is cooked with spices
- D. is simply delicious
1. The ______________ has been prompt to react to the crisis.
- A. goverment
- B. government
- C. gavernment
- D. governmant
2. Which of these sentences has wrong prepositions?
- A. He picked up the penny from beneath the couch.
- B. Side from singing, she also plays the piano at the bar.
- C. My car is parked in front of the mailbox.
- D. The loud noise came from within the stadium.
3. Find the best answer for this question, “Could I ask you something personal?”
- A. Of course, I can.
- B. Yes, I may.
- C. Certainly.
- D. Yes, you couldn’t.
Setiap Tahun Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan “cun”, no problem!
3. Tak Terkejar! Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejai.
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Panduan Khas Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19
Kami bersama-sama Tim Infokerjaya menyediakan satu panduan Khas Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19 bagi membantu calon membuat persediaan sebelum peperiksaan berlangsung.

Rujukan khusus peperiksaan PEGAWAI IMIGRESEN KP19 ini. Ianya difokuskan untuk bantu persediaan pantas exam anda dengan 90++ mukasurat penuh dilengkapi dengan 80 soalan dan jawapan setiap seksyen penilaian. Anda dibekalkan juga dengan nota-nota ringkas untuk persediaan pantas anda!
Rujukan dalam bentuk EBOOK yang dihantar ke email dengan pantas selepas tempahan disemak. TIADA buku dipos ke rumah.
Kami bersama Tim Infokerjaya telah membantu lebih berpuluh ribu calon sejak tahun 2008 lagi.
Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan.




Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan dijalankan.
Dapatkan Rujukan Khas Pegawai Imigresen KP19 [KLIK SINI]
Jika ada sebarang pertanyaan ,boleh whatsapp admin dengan terus tekan link dibawah ye
Semoga bermanfaat. Selamat berjaya