Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1
Anda dipanggil untuk peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)? Pasti sekarang anda sedang tercari cari bahan yang sesuai untuk membuat persediaan peperiksaan ini.
Dalam artikel ini , saya ingin kongsikan 20 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Laskar Kelas II Maritim T1 .
Sebelum admin meneruskan perkongsian, Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 berikut:
Baca juga :
[+] Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11
Format Peperiksaan Online Laskar Kelas II Maritim T1
Format peperiksaan bagi setiap jawatan adalah berbeza, Secara umumnya, format peperiksaan PSEE ini terbahagi kepada 3 seksyen.
- Pengetahuan Am
- Daya Menyelesaikan Masalah
- Kefahaman Bahasa Inggeris
Untuk peperiksaan online calon Laskar Kelas II Maritim T1 , format peperiksaan kali ini melibatkan 2 seksyen sahaja iaitu
i Daya Menyelesaikan Masalah
ii Kefahaman Bahasa Inggeris
Jemput join Telegram Khas Peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 di bawah untuk dapatkan contoh soalan dan rujukan peperiksaan.
Persediaan Awal Calon
Sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan ini, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh semua calon iaitu seperti berikut
i. Semua calon perlu mengetahui format peperiksaan dan mesti bersedia dengan topik soalan yang bakal anda jawab nanti semasa peperiksaan
ii. Perlu menjawab dengan pantas terutama soalan yang melibatkan pengiraan Matematik. Anda perlu memperbanyakkan ulang kaji untuk topik ini.
iii. Anda perlu mengetahui skop tugas jawatan yang anda pohon iaitu Laskar Kelas II Maritim T1 .
Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi mengenai Seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Untuk penerangan dan contoh soalan bagi Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris boleh KLIK SINI.
Nota Daya Menyelesaikan Masalah
Penerangan Format dan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:
i) Kemahiran Logik
ii) Kemahiran menginterpretasi Data
iii) Konsep matematik
Masa : 25 minit
Soalan : 20
I) Kemahiran Logik
Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis
iii) Konsep Matematik
Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif
20 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1
Berikut adalah 20 contoh soalan beserta jawapan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 sebagai persediaan awal. Boleh cuba jawab ye.
1) Dalam sebuah kilang, jumlah pekerja adalah seramai 510 orang. Jika bilangan pekerja perempuan ialah 4 kali ganda dari pekerja lelaki. Cari bilangan pekerja perempuan dalam kilang tersebut.
- A. 406
- B. 408
- C. 410
- D. 412
Jawapan B
2) Musa memandu pada kelajuan 100km/j untuk pulang ke kampungnya. Dalam perjalanan beliau telah berhenti rehat selama 30 minit.Masa yang diambil untuk sampai ke kampungnya ialah 3 jam 45 minit. Berapakah jarak perjalanan musa.
- A. 315 KM
- B. 325 KM
- C. 350 KM
- D. 375 KM
Jawapan B
3) 8 Buah kerusi berharga RM900 dan sebuah meja berharga 1/4 daripada 6 buah kerusi tersebut. Berapakah harga bagi 20 kerusi dan 3 buah meja tersebut?
- A. RM 2250.00
- B. RM 2756.25
- C. RM 3093.75
- D. RM 4781.25
Jawapan B
4) Sebuah van dengan kos RM 38, 000 telah dibeli pada 1 Januari 2007, Aset ini disusut nilaikan 10 % setahun mengikut kaedah baki berkurang. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
- A. RM 2220.20
- B. RM 3078.00
- C. RM 3420.00
- D. RM 3800.00
Jawapan B
5) 32, 34,35,38,39 adalah 1 set data . Apakah min data tersebut
- A. 35.0
- B. 35.4
- C. 35.5
- D. 35.6
Jawapan D
6) Ukuran keliling sebuah taman permainan ialah 300m dan 2 jenis pokok bunga di tanam di sekelilingnya dalam jarak setiap 3m. 1/4 daripadanya pokok bunga raya . Berapakah bilangan pokok kertas?
- A. 75
- B. 30
- C. 25
- D. 100
Jawapan A
7) Dalam 1 kotak terdapat 50 biji buah epal. Kebarangkalian buah apel yang rosak ialah 3/50. Berapakah bilangan apel yang elok dalam 25 kotak ?
- A. 75
- B. 750
- C. 1175
- D. 1250
Jawapan C
8) Jack ialah anak david dan abang kepada john. Margeret ialah ibu kepada john dan anak perempuan Marie. Kenyataan yang manakah adalah benar ?
- A. Marie adalah ibu mertua jack
- B. Margeret ialah ibu kepada jack
- C. David adalah abang kepada john
- D. Marie ialah nenek kepada David
Jawapan B
9) Sebuah kereta api meninggalkan Bandar A pada jam 2137 dan tiba dibandar B Keesokkan harinya pada jam 0617. Kirakan masa yang diambil untuk perjalanan kereta api tersebut ?
- A. 8 Jam 20 Minit
- B. 8 Jam 40 Minit
- C. 9 Jam 40 Minit
- D. 15 Jam 20 Minit
Jawapan B
10) Jika KEJAYAAN sepadan dengan 63529227, maka KERJAYA sepadan dengan ?
- A. 6 3 3 5 2 9 2
- B. 6 3 5 5 2 9 2
- C. 6 3 2 5 2 9 2
- D. 6 3 8 5 2 9 2
Jawapan D
11) Sebuah lori dipandu dari kilang P ke Pekan Q dengan kelajuan 50km/j dalam tempoh masa 1 jam 30 minit. Setelah menurunkan muatan lori itu dipandu dengan 2 kali kelajuan sebelumnya ke Pekan R juga dalam tempoh masa yang sama. Berapakah jarak dari Pekan Q ke Pekan R?
- A. 65km
- B. 75km
- C. 140km
- D. 150km
Jawapan D
12). Unit telefon bimbit yang bernilai RM1400 dibeli oleh Zainal dengan potongan harga 5%. Kemudian Zainal menjual telefon tersebut kepada Umar dengan harga RM1200. Umar pula menjualnya kepada Kimi dengan harga RM1000 dan kimi menjualnya kepada Ah Seng dengan harga RM800. Siapakah yang paling untung?
- A. Zainal
- B. Umar
- C. Kimi
- D. Ah Seng
Jawapan D
13).Jisim sebuah treler Bersama muatan 6 buah pembentung konkrit ialah 4.25 tan metrik. Berapakah jisim sebatang pembentung konkrit itu jika jisim lori terebut ialah 1550kg?
- A. 425kg
- B. 450kg
- C. 540kg
- D. 550kg
Jawapan B
14).Sebuah bas dipandu dengan purata kelajuan 95km/j dalam tempoh 4 jam 15 minit. Sejauh manakah perjalanan bas tersebut?
- A. 389.50km
- B. 394.25km
- C. 403.75km
- D. 427.50km
Jawapan C
15).500 belon berisi udara disediakan untuk hiasan sebuah pentas. Purata bilangan belon itu meletup dalam tempoh masa 1 jam ialah 3 biji. Berapakah peratus (%) belon yang masih berisi udara selepas 1 hari ?
- A. 85.6
- B. 65.6
- C. 16.82
- D. 14.4
Jawapan A
16).250ml air gula dicampurkan dengan 2.5 liter air sirap untuk membuat air sirap yang cukup manis. Berdasarkan kadar ini berapakah isi padu air sirap yang diperolehi apabila menggunakan 2.5 liter air gula?
- A. 27.5 liter
- B. 25.0 liter
- C. 22.5 liter
- D. 26.5 liter
Jawapan B
17).3/5 daripada 12.5 meter reben digunakan untuk membuat bunga reben. Selebihnya digunakan untuk mengikat hadiah dengan ukuran 50cm bagi setiap hadiah. Jika 6 hadiah diikat dengan reben itu, berapakah baki reben yang tinggal?
- A. 1.0m
- B. 1.5m
- C. 2.0m
- D. 2.5m
Jawapan C
18).Ramlan menjual jambu dengan harga RM5.00 bagi setiap 8 biji. Berapakah bilangan jambu yang telah dijualnya apabila dia mendapat keuntungan bersih sebanyak RM2503.25 iaitu 85% daripada hasil jualannya?
- A. 565
- B. 589
- C. 4712
- D. 4816
Jawapan C
19).Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
- A. RM1000
- B. RM1500
- C. RM1750
- D. RM2000
Jawapan B
20).PQQPPQQQPPXXXQQPPPPQQQQQ. Apakah XXX?
- A. PQQ
- B. PPQ
- C. PPP
- D. QQQ
Jawapan A
[Penafian] Kami tiada kaitan dengan pihak SPA. Contoh soalan di atas BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya soalan latih tubi Daya Menyelesaikan Masalah sebagai persediaan untuk duduki peperiksaan online SPA.
Nak Lebih Banyak Contoh Soalan Peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1
Kami bersama-sama Tim Infokerjaya menyediakan satu rujukan Seksyen bagi membantu calon membuat persediaan. Sekiranya anda merupakan calon peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 , kami mencadangkan anda untuk dapatkan Rujukan Seksyen Extra ini iaitu:
i. Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah ( Nota dan Formula Matematik, 70 contoh soalan, Jawapan & jalan kira)
ii. Rujukan Kefahaman Bahasa Inggeris (Nota Grammar, 65 contoh soalan dan jawapan)
Rujukan dalam bentuk EBOOK yang dihantar ke email dengan pantas selepas tempahan disemak.
Kami bersama Tim Infokerjaya telah membantu lebih berpuluh ribu calon sejak tahun 2008 lagi.
Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan.
Berdasarkan testimoni daripada calon-calon yang pernah dapatkan panduan peperiksaan jawatan SPA sebelum ini, jelas menunjukkan ramai yang berpuas hati dan ianya banyak membantu calon dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan dijalankan.
Dapatkan Rujukan Laskar Kelas II Maritim T1 [KLIK SINI]
Jika ada sebarang pertanyaan ,boleh whatsapp admin dengan terus tekan link dibawah ye
Semoga bermanfaat. Selamat berjaya