Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 | Tahniah sekiranya anda telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Mesti anda masih tercari-cari maklumat bagi membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan ini.

 

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Berikut merupakan maklumat peperiksaan yang telah di hebahkan oleh pihak SPA di Laman Sosial Rasmi Facebook SPA.

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29

Tarikh Peperiksaan : 26 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi – 12:25 Tengah Hari

Sila layari laman web :
———————–
http://e-semakan.spa.gov.my/pen_peg_pembgnan_masyarakat

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:25 tengah hari.

Untuk menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyakat S29 ini, calon-calon perlu buat persediaan sewajarnya sebelum peperiksaan dijalankan. Peluang yang diberikan perlulah digunakan sebaik mungkin.

Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini dilakukan secara online oleh pihak SPA. Semestinya ramai calon yang tengah tercari- cari rujukan atau panduan  berkaitan dengan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat  ini. Kami bersedia untuk bantu anda.

Penerangan Format dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Seperti yang telah sedia maklum, format untuk peperiksaan ini terbahagi kepada 3 seksyen seperti dibawah:

i) Seksyen A Pengetahuan Am

ii) Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

iii)  Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris.

 

Seksyan A Pengetahuan Am

Penerangan Format

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia,perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara

Masa : 15 minit

Soalan : 20 (aneka pilihan)

Contoh soalan

1. Berikut merupakan komponen utama Badan perundangan di Malaysia KECUALI
A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Jawapan : B

 

2. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A.penubuhan ASEAN

B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN

C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN

D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara

Jawapan D

 

3. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu temasya sukan yang berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah temasya sukan tersebut?

A. Sukan Olimpik

B. Sukan Paralimpik

C. Sukan Malaysia (SUKMA)

D. Sukan Komanwel

Jawapan : D

 

4. Kuasa tertinggi Pentadbiran negara adalah

A. Perdana Menteri

B. Majlis Raja- raja

C. Yang di-Pertuan Agong

D. Perlembabagaan Malaysia

Jawapan : D

 

5. Berikut ialah Bidang bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kecuali

A. Menangani kos sara hidup

B. mengurangkan perbelanjaan megurus kerajaan

C. Memperkasaprasarana luar bandar dan pedalaman

D. meningkatkan taraf hidup rakyat yag berpendapatan rendah.

Jawapan : B

 

6. Senaraikan 2 pihak yang terlibat dengan pengubahan sempadan sesebuah negeri.

i. Badan Perudangan Negeri

ii. Majlis Raja-raja

iii. Majlis Daerah

iv. Majlis Bandaraya

A. i dan ii

B. i dan iv

C. ii dan iii

D. iii dan iv

Jawapan : A

 

7. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam

B. keturunan Melayu

C. pernah menjadi Menteri Kabinet

D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang

Jawapan : D

 

8. “Gempa bumi dan Tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran logi nuklear”.

Dimanakah letaknya logi nuklear tersebut?

A. Chiba

B. Kyoto

C. Takashi Kurita

D. Fukushima Daiichi

Jawapan : D

 

9. Siapakah pihak yang perlu dirujuk oleh Perdana Menteri sebelum beliau melantik Hakim

A. Ketua Hakim Negara

B. Hakim-hakim Besar

C. Ketua Menteri Sabah

D. Ketua Menteri Sarawak

Jawapan : B

 

Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik, IQ, Kefahaman).

Penerangan Format

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara berikut:

i) Kemahiran Logik

ii) Kemahiran menginterpretasi Data

iii) Konsep matematik

Masa : 20 minit

Soalan : 15 (aneka pilihan)

 

I) Kemahiran Logik

Calon akan diuji dari aspek pengetahuan , kemahiran berfikir serta kemahiran aplikasi maklumat.

Contoh soalan seperti berikut:

  1. Berdasarkan gambar di bawah, gambar rajah seterusnya ialah

Jawapan : D

 

2. apakah simbol yang diwakili oleh S?

Jawapan : A

 

3. Apakah bentuk berikutnya?

Jawapan : C

 

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Penerangan Format

Calon diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis

Contoh Soalan seperti berikut:

  1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan  adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatandan pelancong luar negarayang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang

B. 40 orang

C. 60 orang

D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400-160
= 240

Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200

Beza pelancong Bulan April = 240 -200
= 40

iii) Konsep Matematik

Penerangan Format

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif

Contoh Soalan seperti berikut:

1.Ahmad membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:
A. RM1000
B. RM1500
C. RM1750
D. RM2000

Jawapan :B.

Teknik menjawab:

10 % = RM100
Gaji keseluruhan : 100 / 10 x RM100 = RM1000
Kenaikkan 50%: 50/100 x RM1000 = RM500
Jumlah keseluruhan gaji : RM1000 + RM500 = RM1500

 

2. Antara nombor- nombor berikut, yang manakah ganjil?

A. 64

B. 54

C. 49

D. 4

Jawapan : B

Teknik Menjawab:

Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54

 

( Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya sebagai contoh sahaja)

 

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Format

Dalam bahagian ini calon – calon peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 akan dibekalkan dengan satu petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.

Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.

Untuk mendapatkan rujukan yang lebih lengkap dan menjimatkan masa, kami sangat mengesyorkan untuk anda mendapatkan panduan berikut sebagai panduan serta persediaan untuk menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

 

[+] BACA JUGA : Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Panduan Lengkap Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

 

Untuk dapatkan panduan lengkap peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini, sila klik  berikut:

Berikut merupakan beberapa testimoni calon yang telah berjaya lulus dengan bantuan rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Jangan berlengah lagi untuk dapatkan rujukan lengkap nota dan contoh soalan bagi menjimatkan masa anda mengulangkaji sebelum peperiksaan di jalankan


 

Channel Khas Telegram Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 (KLIK SINI): 

Perkongsian Tips peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

 

Semoga bermanfaat. Selamat berjaya

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *